Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500367
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Roslinda Mohd Nazar, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Anuar Jamaludin (P86230) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:42:13Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:42:13Z | - |
dc.date.issued | 2019-11-11 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:117646 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500367 | - |
dc.description | Dalam tesis ini, dipertimbangkan beberapa masalah aliran lapisan sempadan olakan campuran dan pemindahan haba bagi nanobendalir. Nanobendalir merupakan campuran pepejal-bendalir yang terdiri daripada nanozarah pepejal dengan bendalir asas seperti air. Nanobendalir kini menjadi aspek penting dalam industri kerana potensinya yang mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan bendalir asas. Sehubungan itu, nanobendalir diangkat menjadi satu daripada lima bidang teras dalam Pelan Tindakan Grafen Negara 2020. Oleh itu, kajian dalam tesis ini bertujuan untuk mengkaji ciri-ciri aliran lapisan sempadan olakan campuran dan pemindahan haba bagi nanobendalir. Seterusnya, model matematik berdasarkan model Tiwari dan Das diterbitkan untuk lima masalah kajian iaitu, (i) aliran olakan campuran tiga matra bagi nanobendalir Cu-air pada permukaan meregang/mengecut secara tak linear dengan kesan medan magnet, gelincir halaju, gelincir terma dan sedutan, (ii) aliran olakan campuran bagi ferobendalir Fe3O4-air pada permukaan meregang/mengecut secara tak linear dengan kesan medan magnet, radiasi terma dan sedutan, (iii) aliran olakan campuran bagi nanobendalir Cu-air pada permukaan meregang/mengecut secara linear dengan kesan radiasi terma, punca/penyerap haba dan sedutan, (iv) aliran olakan campuran bagi nanobendalir hibrid Al2O3-Cu-air pada permukaan meregang/mengecut secara linear dengan kesan medan magnet, punca/penyerap haba dan sedutan, dan (v) aliran olakan campuran bagi nanobendalir hibrid Al2O3-Cu-air pada permukaan meregang/mengecut secara eksponen dalam medium berliang dengan kesan keliangan, pelesapan likat dan sedutan. Semua masalah kajian tersebut membentuk persamaan lapisan sempadan (dalam bentuk persamaan pembezaan separa). Seterusnya, persamaan lapisan sempadan tersebut diturunkan kepada persamaan keserupaan (persamaan pembezaan biasa) dengan menggunakan kaedah penjelmaan keserupaan. Kemudian, persamaan keserupaan tersebut diselesaikan secara berangka menggunakan atur cara bvp4c dalam MATLAB. Keputusan berangka seperti pekali geseran kulit setempat, nombor Nusselt setempat, profil halaju dan profil suhu diperoleh untuk pelbagai parameter menakluk seperti parameter olakan campuran, parameter magnet, parameter keliangan, parameter radiasi terma, parameter punca/penyerap haba, nombor Eckert, parameter pecahan isi padu nanozarah, parameter sedutan, parameter meregang/mengecut, parameter gelincir halaju dan parameter gelincir terma. Didapati nanobendalir melambatkan pemisahan lapisan sempadan lebih baik berbanding dengan air. Sebaliknya, kadar pemindahan haba bagi air adalah lebih baik berbanding dengan nanobendalir. Selain itu, penyelesaian dual diperoleh dalam aliran membantu dan aliran menentang. Oleh itu, analisis kestabilan dilakukan dan didapati penyelesaian cabang atas ialah penyelesaian stabil manakala penyelesaian cabang bawah ialah penyelesaian tidak stabil.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Nanofluids | - |
dc.subject | Microfluidics | - |
dc.subject | Fluidic devices | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Beberapa masalah aliran lapisan sempadan olakan campuran bagi nanobendalir: penyelesaian berangka dan analisis kestabilan | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 323 | - |
dc.identifier.callno | TJ853.4.M53.M634 2019 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004502(2020) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117646+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.89 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.