Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500364
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorBadrul Munir Md Zain, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorSiti Norsyuhada Kamaluddin (P78639 )-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:42:10Z-
dc.date.available2023-10-13T09:42:10Z-
dc.date.issued2019-10-31-
dc.identifier.otherukmvital:117643-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500364-
dc.descriptionPulau Orang Utan Bukit Merah (BMOUI) merupakan satu-satunya pusat rehabilitasi dan konservasi orang utan yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Kajian aspek biologi (genetik dan kelakuan) dan aspek abiotik (kualiti tanah dan kualiti air) diperlukan bagi meningkatkan aspek pengurusan dan kualiti hidup orang utan dalam kurungan. Kajian aspek biologi dan abiotik telah dijalankan di Pulau Orang Utan Bukit Merah, Perak. Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan i) status genetik orang utan BMOUI di peringkat subspesies dengan perbandingan orang utan dari zoo terpilih di Semenanjung Malaysia, ii) aktiviti bajet orang utan BMOUI mengikut kategori subspesies, umur dan jantina iii) status kualiti tanah BMOUI dan status kualiti air Tasik Bukit Merah. Kajian identifikasi genetik melibatkan penjujukan DNA mitokondria kawasan D-loop dan analisis filogenetik. Hasil analisis filogenetik menunjukkan kesemua orang utan BMOUI adalah merupakan orang utan Borneo dengan tiga subspesies P. p. pygmaeus, P. p. wurmbii dan P. p. morio. Status identiti genetik orang utan dari zoo terpilih juga telah berjaya dibuktikan secara tepat. Kajian aktiviti bajet orang utan melibatkan persampelan fokal dengan pengrekodan berterusan selama 252 jam. Dapatan kajian merekodkan orang utan hanya menunjukkan perbezaan aktiviti bajet mengikut kategori umur dan jantina sahaja. Tiada perbezaan aktiviti bajet yang direkodkan mengikut subspesies. Peratusan aktiviti bajet orang utan adalah rehat (59.9%), makan (12.6%), bermain (14%), bergerak (8.9%), berdandan (0.2%), interaksi (1.7%) dan lain-lain aktiviti (2.8%). Kelakuan postural orang utan didominasi oleh postur duduk (47.0%), berdiri secara dua tangan dan dua kaki (29.4%), berbaring (10.5%) dan bergayut (4.5%). Kajian aspek abiotik iaitu tanah dan air dijalankan dan dianalisis mengikut kaedah piawai. Sampel tanah dari 10 buah stesen terpilih di BMOUI telah dianalisis melibatkan ciri fiziko-kimia seperti taburan saiz partikel, bahan organik (BOT), konduktiviti hidraulik (KH), pH, kekonduksian elektrik (KE), kapasiti pertukaran kation (KPK), peratus ketepuan bes (KB) dan kandungan nutrien tersedia (fosforus, kalium dan magnesium). Parameter fiziko-kimia air yang diukur adalah suhu, oksigen terlarut (DO), konduktiviti, pH, permintaan oksigen biokimia (BOD), permintaan oksigen kimia (COD), jumlah pepejal terampai (TSS), fosfat, nitrat, sulfat, ammonia nitrogen dan keliatan air. Sebanyak 10 logam berat ditentukan dalam kedua-dua kajian fizikal iaitu Mangan (Mn), Ferum (Fe), Aluminum (Al), Kuprum (Cu), Kobalt (Co), Kromium (Cr), Nikel (Ni), Zink (Zn), Plumbum (Pb) dan Kadmium (Cd). Hasil menunjukkan tanah di kawasan kajian adalah bersifat asid dan taburan saiz partikel didominasi oleh tekstur tanah lempung berpasir. Nilai BOT, KH, KE, KPK, KB dan nutrien tersedia (fosforus, kalium dan magnesium) mempunyai sela kepekatan daripada sangat rendah, rendah, sederhana ke tinggi. Kepekatan logam berat berada di bawah kepekatan yang dibenarkan di dalam tanah. Manakala, kepekatan semua logam berat di dalam air berada di bawah kepekatan maksimum yang dicadangkan oleh piawaian kecuali logam Fe, Al, Cu dan Pb. Semua parameter kualiti air berada pada kelas II iaitu bersih sehingga sedekit tercemar berdasarkan WQI. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat meningkatkan kefahaman dalam aspek identifikasi genetik, kelakuan orang utan dalam kurungan serta aspek abiotik. Kajian ini juga secara tidak langsung membantu pihak pengurusan BMOUI dalam mengurus dan meningkatkan kualiti hidup orang utan dalam kurungan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectOrangutan -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePengurusan ex-situ orang utan Pulau Orang Utan Bukit Merah, Perak, Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages345-
dc.identifier.callnoQL737.P96S568 2019 tesis-
dc.identifier.barcode004500(2020)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117643+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.67 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.