Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500357
Title: Penghasilan, pengubahsuaian dan pencirian nanokristal kanji sagu (Metroxylon Sago) sebagai partikel pengemulsi
Authors: Azfar Al Ariff Ahmad (P75964)
Supervisor: Mohamad Azwani Shah Mat Lazim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Nanostructured materials
Starch
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-Sep-2019
Description: Nanokristal kanji (NKK) telah diekstrak daripada kanji sagu (Metroxylon Sago) sebagai sumber alternatif bagi penghasilan NKK. Keputusan telah menunjukkan bahawa penghasilan NKK daripada kanji sagu (NKS) menghasilkan perolehan sebanyak 25.1±0.2% (w/w) dan adalah lebih tinggi berbanding penghasilan NKK daripada sumber tumbuhan lain. Serbuk NKS yang dihasilkan adalah berwarna perang pudar dengan partikel berbentuk bulat bersegi serta berdiameter di antara 20 - 100 nm. Meskipun pencirian fisikokimia menunjukkan tiada sebarang perubahan kimia berlaku terhadap NKS berbanding kanji Sagu, namun terdapat sedikit perubahan pada sifat-sifat fizikalnya selepas proses hidrolisis dilakukan. Emulsi Pickering yang stabil dapat dihasilkan apabila kandungan NKS yang digunakan adalah melebihi 3.5% (w/v), dan tiada proses pengkriman berlaku sepanjang tempoh penyimpanan. Seterusnya, NKS terubahsuai (mNK) telah berjaya dihasilkan dengan menggunakan dua kaedah pengubahsuaian dalam pelarut yang berbeza iaitu larutan piridina dan NaOH. Keputusan menunjukkan penggunaan pelarut piridina menghasilkan mNK dengan darjah penukargantian (DS, 0.122), lebih tinggi berbanding menggunakan larutan NaOH (0.076) walaupun amaun substrat dan reagen yang digunakan adalah sama. Memandangkan kaedah alternatif yang menggunakan larutan NaOH adalah lebih mesra alam, selamat dan murah, kaedah ini telah dipilih bagi menghasilkan mNK dengan DS yang berbeza. Pengubahsuaian ke atas NKS menggunakan asid lauroil klorida (ALC) pada tiga kepekatan yang berbeza (0.5, 1.0 dan 1.5 g, w/w) menghasilkan tiga jenis mNK iaitu mNK-0.5, mNK-1.0 dan mNK-1.5 dengan DS masing-masing adalah adalah 0.068 ± 0.01, 0.139 ± 0.02 dan 0.215 ± 0.02. Diapati amaun ALC yang digunakan adalah berkadar langsung dengan DS bagi setiap mNK yang diperolehi. Pengubahsuaian NKS telah disahkan menggunakan FTIR, NMR dan juga penganalisis unsur. Pencirian terma menunjukkan mNK dengan DS yang lebih tinggi adalah lebih tahan terhadap suhu tinggi berbanding NKS. Disebabkan DS yang rendah, tiada perubahan morfologi berlaku pada kesemua mNK berbanding NKS. Ujian pembasahan dan sudut sentuh menunjukkan sifat hidrofobik mNK semakin meningkat apabila DS semakin bertambah. Selanjutnya, kaedah respon permukaan (Response Surface Methodology, RSM) telah digunakan bagi mengenalpasti formulasi optimum bagi menghasilkan emulsi Pickering yang stabil dan membuat perbandingan diantara emulsi yang dihasilkan menggunakan NKS dan mNK-1.0. Kajian menunjukkan hubungkait amaun partikel pengemulsi dengan indeks pengkriman dan kelikatan adalah berkadar langsung. Berbanding NKS, mNK-1.0 mampu menghasilkan emulsi yang lebih stabil meskipun menggunakan amaun partikel pengemulsi yang lebih sedikit dan kandungan minyak yang lebih tinggi. Bagi tujuan applikasi, formulasi yang mengandungi 2.5% partikel pengemulsi dan 50% kandungan minyak telah digunakan bagi menghasilkan emulsi bagi tujuan penghasilan mikro-kapsul vitamin-E.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.
Pages: 193
Call Number: TA418.9.N35A994 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117639+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
972.59 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.