Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500350
Title: | Penilaian biologi ke atas aruan tasek, Rachycentron canadum (LINNAEUS, 1766) di perairan pantai, Timur Laut Semenanjung Malaysia |
Authors: | Zulhusni Ahmad (P67331 ) |
Supervisor: | Abdullah Samat, Dr. |
Keywords: | Fisheries -- Malaysia Freshwater fishes -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 20-Sep-2019 |
Description: | Ikan aruan tasek, Rachycentron canadum merupakan satu-satunya spesies dalam famili Rachycentridae dan berpotensi untuk dikomersialkan khususnya melalui aktiviti akuakultur. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk memperihalkan beberapa aspek biologinya daripada aspek tumbesaran, pemakanan dan reproduktif. Sampel R. canadum diperolehi dari pusat pendaratan ikan sepanjang pantai, Timur Laut Semenanjung Malaysia bagi tempoh Januari 2014 hingga Ogos 2015. Analisis-analisis ke atas parameter panjang-berat dan faktor keadaan telah dilakukan bagi perihalan kesejahteraan, penentuan kandungan perut untuk diet dan kedudukan aras trofiknya, penelitian terhadap morfologi dan histologi salur penghadaman untuk perihalan tapak pencernaan dan pemeriksaan ke atas gonad bagi menentukan status reproduktif semasa. Sejumlah 98 sampel dengan julat saiz 38 - 154 cm (TL) dan berat badan dengan julat 0.3 - 21.0 kg (BW). Hasil analisis hubungan panjang-berat menunjukkan nilai koefisien b adalah 2.933 ± 0.045. Kajian juga mendapati nilai koefisien b ikan jantan dan ikan betina masing-masing adalah 2.964 ± 0.09 dan 2.896 ± 0.078. Penentuan faktor keadaan Fulton (K) mendapati nilai K berjulat antara 0.51 dan 0.82 dengan puratanya 0.63 ± 0.036. Analisis kandungan perut mendapati bahawa spesies ini dikategorikan sebagai pemangsa peringkat tinggi dengan nilai aras trofiknya adalah 4.34 ± 0.32. Ikan merupakan komposisi kandungan perut paling tinggi dengan peratus IRI adalah 95.3%, diikuti dengan sotong (3.1%), ketam (1.5%) dan udang (0.07%). Penelitian ke atas aspek reproduktif pula menunjukkan nisbah jantina ikan aruan tasek di perairan pantai, Timur Laut Semenanjung Malaysia tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara ikan jantan dan ikan betina (2 = 2.45, P = 0.118). Gonad yang matang tercerap sepanjang tahun dengan nilai tertinggi GSI tercerap di antara Mac dan Ogos 2015. Saiz kematangan pertama (L50) bagi ikan jantan dan betina masing-masing adalah 82.68 cm dan 91.75 cm, menunjukkan bahawa ikan jantan matang pada saiz yang lebih kecil berbanding betina. Julat kesuburan yang direkodkan adalah di antara 708,500 dan 4,368,800 oosit per induk dengan purata 2,014,578.57 ± 1,196,777.69. Kesimpulannya, hasil kajian ini mendapati ikan aruan tasek di perairan pantai, Timur Laut Semenanjung Malaysia mempunyai corak pertumbuhan secara allometrik dengan kondisi yang baik. Kajian ini juga mendapati bahawa ikan adalah diet utamanya. Tahap kesuburan spesies ini adalah tinggi dan bertelur sepanjang tahun dengan puncak musim peneluran adalah di antara bulan Mac dan Ogos.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D. |
Pages: | 149 |
Call Number: | SH307.M4Z835 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117635+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 861.41 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.