Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500332
Title: | Sintesis, aktiviti antioksidan dan antikolinesterase bagi sebatian koumaril 1,3-selenazol |
Authors: | Nurul Zawani Alias (P77910 ) |
Supervisor: | Wan Yaacob Wan Ahmad, Prof. Madya |
Keywords: | Selenium Selenium -- Physiological effect Organoselenium compounds Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Jan-2019 |
Description: | Sebatian seleno telah disintesis secara meluas kerana potensi dalam bidang farmakologi. Contohnya seperti sebatian ebselen iaitu selenazol oksida yang meniru sebatian glutation peroksida yang diketahui mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi. Di samping itu, analog sulfurnya juga telah banyak disintesis kerana berpotensi sebagai bahan antioksidan dan juga sebagai agen antikolinesterase. Kedua-dua aktiviti ini berkait rapat antara satu sama lain. Oleh kerana unsur selenium dan terbitannya mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi, maka terbitan sebatian selenazol berkemungkinan besar mempunyai aktiviti antioksidan dan antikolinesterase yang tinggi. Sebatian ini digabungkan dengan moieiti koumarin yang diketahui umum mempunyai pelbagai fungsi farmakologi. Sebanyak empat terbitan 3-asetil-kromen-2-on (2b-2e) telah disintesis dan digunakan untuk menyediakan empat terbitan 3-(2-bromo-asetil)-kromen-2-on (3b-3e). Sebanyak lima terbitan 3-(2-amino-1,3-selenazol-4-il) koumarin (4a-4e) pula disintesis daripada sebatian 3a dan 3b-3e menerusi tindak balas Hantzsch. Sebatian 4a-4e ini kemudiannya direfluks dalam atmosfera N2 selama 12 jam dengan 2-halofenil isosianat dan 2-nitrofenil isosianat dengan trietilamina sebagai bes dalam THF kering bagi menghasilkan lima sebatian baru 1-[4-(2-okso-2H-kromen-3-il)-selenazol-2-il]-3-fenil-urea (5a-5e). Terbitan 4a-4e di atas juga telah ditindakbalaskan dengan maleik anhidrida dan 2,3-dikloromaleik anhidrida dalam THF selama tiga jam dengan pengacauan bagi memberikan enam sebatian baru 3-[4-(2-okso-2H-kromen-3-il)-selenazol-2-ilkarbamoil]-akrilik asid (6a-6f). Modifikasi sebatian baru ini adalah dengan menggantikan atom sulfur kepada selenium menghasilkan struktur koumaril 1,3-selenazol dengan kumpulan pengganti urea dan koumaril 1,3-selenazol dengan asid maleimik. Struktur kesemua 24 sebatian telah dicirikan dengan menggunakan spektroskopi IM, RMN 1H dan 13C serta spektrometri jisim. Penentuan struktur hablur tunggal terhadap empat daripada 24 sebatian di atas juga telah dilakukan. Semua sebatian 4a-4e, 5a-5c dan 6a-6f telah diuji dengan asai DFPH, AKAPK dan ABTS bagi menentukan aktiviti antioksidan mereka dan kesemua sebatian yang diuji menunjukkan aktiviti yang lemah. Hanya sebatian 6e dan 6f memberikan nilai KP50< 500 μM dengan asai DFPH. Ujian AKAPK mencatatkan A0.50 < 500 μM bagi sebatian 4a-4d dan 6a-6f. Asai penggarutan ABTS•+ pula mencatatkan KP50 > 1000 μM bagi semua sebatian. Sebatian yang telah disintesis juga telah diuji dengan asai mikroplat bagi menentukan peratus perencatan enzim asetilkolinesterase (EAK) dan enzim butirilkolinesterase (EBK). Sebatian 5c mencatatkan nilai KP50 EAK dan EBK yang paling rendah dalam siri sebatiannya iaitu KP50 EAK = 99.76 μM dan KP50 EBK = 140.28 μM. Manakala sebatian 6b mencatatkan nilai KP50 yang paling rendah dalam siri sebatiannya dengan nilai KP50 EAK = 56.01 μM dan KP50 EBK = 121.34 μM. Walaupun begitu, nilai ini masih dianggap tinggi berbanding KP50 donepezil iaitu KP50 EAK = 0.03 μM dan KP50 EBK = 4.66 μΜ. Ini menunjukkan kesemua sebatian yang diuji mempunyai aktiviti perencatan yang sederhana terhadap EAK dan EBK. Analisis dok molekul bagi sebatian 5c dan 6b terhadap EAK (BDP: 4EY7) dan EBK (BDP: 5DYW) dijalankan menggunakan perisian Glide bagi mendapatkan skor pengikatan dan bentuk interaksi sebatian dengan tapak aktif EAK dan EBK. Skor pengikatan bagi 5c dan 6b terhadap EAK dan EBK didapati lebih tinggi daripada donepezil menunjukkan kurangnya interaksi berbanding donepezil. Namun begitu, kedua-dua sebatian ini memberikan interaksi tindanan π-π di antara moieti aromatik dengan residu EAK dan EBK.,Ph.D. |
Pages: | 262 |
Call Number: | QP535.S5 N837 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116993+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 9.33 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.