Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500324
Title: | Pengenalpastian dan pencirian penanda molekul jangkitan cryptocaryon irritans |
Authors: | Yogeswaran Lokanathan (P43103) |
Supervisor: | Sheila Nathan, Prof. Dr. |
Keywords: | Fishes -- Diseases Parasitology Ciliata -- Classification Protozoa -- Classification Marine fishes -- Parasites Marine fishess -- Infections Biochemical markers Molecular microbiology Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Nov-2011 |
Description: | Cryptocaryon irritans adalah agen penyebab penyakit bintik putih (cryptocaryonosis) ikan laut. Kekurangan maklumat genetik C. irritans menyukarkan pembangunan kaedah kawalan bagi parasit ini. Kajian ini bertujuan mengenal pasti gen-gen yang berpotensi dalam pembangunan strategi kawalan C. irritans melalui analisis penanda jujukan terungkap (Expressed Sequence Tags, EST) dan seterusnya mengkaji potensi protein yang terpilih sebagai calon serodiagnosis bagi cryptocaryonosis. Satu perpustakaan cDNA tomon C. irritans yang dipencilkan daripada ikan siakap (Lates calcarifer), telah dibina. Sebanyak 5760 klon dijujukkan dan 5356 EST yang berkualiti baik diperoleh. Penghimpunan EST tersebut menghasilkan 2659 transkrip unik (TU). Analisis BLAST menunjukkan 74% TU mempunyai padanan signifikan (nilai E ≤ 10-5) dengan jujukan yang terdapat di pangkalan data GenBank dan 18% padanan tersebut adalah dengan protein yang tidak diketahui fungsinya. Sebanyak 40% TU berpadanan dengan siliat Tetrahymena dan Paramecium. Anotasi ontology gen (Gene Ontology; GO) menganotasikan 790 TU dengan 1782 istilah GO. Analisis bioinformatik selanjutnya meramalkan 476 protein membran, lima protein tambatan glikosilfosfatidilinositol (GPI), 156 protein rembesan dan 373 protein dengan ulangan peptida yang hadir dalam set TU tomon C. irritans. Semua protein ini merupakan calon yang berpotensi sebagai penanda diagnostik, sasaran terapeutik dan calon vaksin bagi penyakit cryptocaryonosis. Seterusnya, lapan gen C. irritans dipilih untuk pencirian keantigenan dan penilaian potensi sebagai penanda serodiagnosis. Kesemua lapan gen ini disintesis secara kimia, diklonkan dan diekspreskan. Lima protein rekombinan yang berjaya diekspreskan ditulenkan dan disaring melalui ELISA dengan sera ikan yang telah diimunisasi dengan theron (n=15) dan sera ikan yang terjangkit secara semula jadi (n=11). Penyaringan menunjukkan kesemua lima protein tersebut adalah bersifat antigenik dan bertindak balas dengan sera ikan yang terdedah kepada C. irritans. Hasil penyaringan ikan asimptomatik (n=17) dari sebuah pusat ternakan ikan menunjukkan empat daripada lima protein tersebut mempunyai imunoreaktiviti yang tinggi terhadap sera ikan asimptomatik. Oleh yang demikian, kesemua empat protein tersebut berpotensi sebagai penanda molekul yang sesuai bagi serodiagnosis cryptocaryonosis, terutamanya dalam populasi ikan yang tidak mempamerkan sebarang tanda klinikal jangkitan C. irritans.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. |
Pages: | 227 |
Call Number: | SH177.C45Y637 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114640+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 234.37 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.