Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500312
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNur Riza Mohd Suradi, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNorkisme Zainal Abidin (P56965)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:41:22Z-
dc.date.available2023-10-13T09:41:22Z-
dc.date.issued2018-11-09-
dc.identifier.otherukmvital:114461-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500312-
dc.descriptionPelbagai prakarsa serta galakan kerajaan dalam mentransformasi Malaysia menjadi negara maju melalui Wawasan 2020 telah dilaksanakan sejak tiga dekad dahulu. Namun, kedudukan Malaysia dalam Indeks Daya Saing Global dan Indeks Inovasi Global tidak banyak mengalami perubahan, antaranya disebabkan oleh sumbangan rendah Syarikat Milik Rakyat Malaysia (SMRM) terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Kajian ini dijalankan bagi meneroka ekosistem inovasi SMRM dengan mengenal pasti tahap kefahaman inovasi SMRM menggunakan analisis deskriptif, menentukan faktor inovasi yang perlu diberi tumpuan utama melalui pembangunan Analisis Kepentingan-Keberkesanan (AKK), membina dan menguji Model Keupayaan Rantaian Nilai Inovasi SMRM serta menentukan pengaruh konstruk-konstruk keupayaan inovasi terhadap prestasi syarikat menggunakan Analisis Pemodelan Persamaan Struktur-Kuasa Dua Terkecil Separa (PPS-KDTS). Borang soal selidik diedarkan kepada pemilik/pengurus SMRM menggunakan kaedah pensampelan rawak berstratum berkadaran berdasarkan kepada kerangka pensampelan Jabatan Perangkaan Malaysia. Tinjauan dijalankan sepanjang bulan Jun hingga Oktober 2012 melalui kaedah e-mel, temu bual bersemuka dan kaedah letak dan pungut. Sebanyak 800 borang soal selidik diedarkan, 501 borang berjaya dikumpulkan dan 348 borang diguna pakai dalam menganalisis data kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman SMRM terhadap konsep inovasi adalah sederhana. Hampir separuh daripada SMRM mempunyai tanggapan yang salah bahawa inovasi adalah mahal dan sukar dilaksanakan. Dapatan AKK menunjukkan bahawa faktor inovasi yang perlu diberi perhatian utama berbeza mengikut saiz syarikat. Syarikat kecil perlu memberi tumpuan utama kepada faktor Fasiliti dan faktor Sumber Manusia; syarikat sederhana - faktor Polisi dan faktor Pembiayaan; manakala syarikat besar - faktor Fasiliti, faktor Sumber Manusia dan faktor Pembiayaan. Model Keupayaan Rantaian Nilai Inovasi SMRM yang berdasarkan kepada Pendekatan Faktor-Proses dan terdiri daripada tiga komponen utama: Faktor inovasi (Polisi, Sumber Manusia, Pembiayaan, Fasiliti); Rantaian Nilai Inovasi (Penjanaan Idea, Reka Bentuk, Prototaip, Pembangunan, Pemasaran) dan Prestasi Syarikat (Prestasi Inovasi dan Prestasi Perniagaan) adalah sah dan boleh dipercayai. Keupayaan Reka Bentuk, Prototaip dan Pembangunan mempunyai pengaruh terhadap Prestasi Inovasi manakala keupayaan Prototaip, Pembangunan dan Pemasaran mempunyai pengaruh terhadap Prestasi Perniagaan. Selain itu, hasil analisis turut menunjukkan bahawa Prestasi Inovasi mempengaruhi Prestasi Perniagaan. Secara keseluruhannya, masih banyak perkara yang perlu dilakukan oleh SMRM dalam meningkatkan keupayaan inovasi bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 dan seterusnya melangkah ke arah Transformasi Nasional 2050. Gambaran yang jelas terhadap ekosistem inovasi SMRM, pembinaan Grid AKK, pembangunan model kajian dan pengenalpastian titik lemah faktor inovasi dan proses inovasi berupaya membantu SMRM khususnya dan kerajaan Malaysia umumnya dalam menilai keberkesanan prakarsa inovasi serta merangka strategi dan KPI syarikat bagi mencapai potensi inovasi sepenuhnya.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectBusiness -- Technological innovations -- Malaysia-
dc.subjectTechnological innovations -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleModel keupayaan rantaian nilai inovasi syarikat milik rakyat Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages227-
dc.identifier.callnoHF3800.6.Z5N637 2018 tesis-
dc.identifier.barcode004369(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114461+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
726.4 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.