Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500308
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Farah Hannan Anuar, Dr. | - |
dc.contributor.author | Tan Ching Haw (P72600) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:41:18Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:41:18Z | - |
dc.date.issued | 2018-10-03 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:114456 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500308 | - |
dc.description | Elektrolit polimer pepejal (EPP) berasaskan matriks kopolimer multiblok poli(D,Llaktida)-poli(etilena glikol) (PDLLA-PEG) yang mengandungi pelbagai nisbah komposisi PEG/PDLLA telah disediakan dengan mengguna garam litium sebagai spesis konduktor. Matrik kopolimer disintesis melalui kaedah pempolimeran bukaan gelang (ROP) D,Llaktida diikuti dengan tindak balas pemanjangan rantai menerusi pembentukan ikatan uretana di antara kopolimer triblok. Filem-filem elektrolit kemudiannya disediakan dengan penambahan garam litium pada peratus yang berbeza menggunakan kaedah pengacuanan larutan. Kesan pengkopolimeran dan penambahan garam litium telah dikaji secara menyeluruh dengan menjalankan pencirian terhadap struktur, morfologi mesoskopik, interaksi kimia, kekonduksian ionik, sifat elektrokimia dan kestabilan terma kopolimer dan EPP. Pembentukan ikatan ester (-CO-O-) antara blok PEG dan PDLLA selepas pempolimeran ROP dibuktikan dengan kehadiran proton metilena (4.25 ppm) dalam unit akhir PEG yang telah diasilkan. Komposisi blok PDLLA yang berbeza dalam kopolimer adalah dikawal dengan tetapan nisbah monomer/pemula (D,LLA/PEG) dan dikenalpasti secara kuantitatif dengan membandingkan integrasi puncak proton metilena PEG (3.6 ppm) dan proton metina PDLLA (5.2 ppm). Sebaliknya, pembentukan ikatan uretana antara prapolimer triblok dibukti dengan kehilangan puncak proton metina PDLLA dan kemunculan puncak proton kumpulan -NHCO-. Purata berat jisim molekul meningkat dengan peningkatan nisbah komposisi PDLLA sehingga mecapai 1.37 × 10 5 g mol -1, dengan indek poliserakan yang bernilai 2.0. Sampel EPP kopolimer yang terhasil adalah stabil dari segi terma sehingga 200 °C dan telah memenuhi syarat minimum praktikal untuk operasi bateri ion litium (30-80 °C). Interaksi kimia antara hos polimer dan kation litium dikaji menerusi teknik ATR-FTIR. Peralihan nombor gelombang serapan sinar infra-merah kumpulan berfungsi karbonil (1770-1730 cm-1) dan eter (1160-1040 cm-1) menerangkan pembentukan kompleks polimer-garam. Atom oksigen yang terkandung dalam kedua-dua kumpulan berfungsi tersebut adalah kaya dengan elektron dan pasangan elektron tunggalnya dicadang membentuk ikatan kordinat dengan kation litium. Peningkatan komposisi segmen blok PDLLA didapati berkesan untuk mengurangkan fasa hablur PEG. Kehadiran segmen blok PDLLA dalam kopolimer menghalang penyusunan semula setempatan rantai PEG dan seterusnya meningkatkan darjah ketidaktertiban segmen blok PEG. Penyataan ini disokong oleh analisis pembelauan sinar-X dan penurunan fasa hablur PEG adalah selari dengan pengkopolimeran PDLLA. Kekonduksian ionik optimum EPP PEG/PDLLA pada suhu bilik ialah 2.65 × 10-3 S cm-1, iaitu sekurang-kurangnya 2 dan 3 magnitud lebih tinggi berbanding dengan nilai kekonduksian optimum EPP yang berasaskan polimer induknya dengan mendopkan garam LiBF4. Sistem EPP ini turut dikaji dengan menggunakan teknik 'Dissipative Particle Dynamics' (DPD) dalam rangka struktur mesoskopik menerusi daya penolakan antara domain blok PEG dan PDLLA yang diakibatkan oleh perbezaan keterlarutan polimer induk. Struktur fasa meso kopolimer didapati berubah mengikut pecahan isipadu, f, dan sistem EPP kopolimer berkonduksian ionik optimum dicadang berada dalam bentuk gyroid. Saluran dwi-selanjar fasa meso gyroid membekalkan laluan alternatif kekonduksian ionik yang membolehkan pemindahan berkesan (efficient transport) kation litium.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Polyelectrolytes | - |
dc.subject | Copolymers | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Elektrolit polimer pepejal berasaskan kopolimer multiblok poli(etilena glikol)-poli-D,L-laktida | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 158 | - |
dc.identifier.callno | QD382.P64T336 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004364(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114456+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.14 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.