Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500303
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIsmanizan Ismail, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNazaruddin (P48251)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:41:14Z-
dc.date.available2023-10-13T09:41:14Z-
dc.date.issued2018-08-29-
dc.identifier.otherukmvital:114454-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500303-
dc.descriptionPersicaria minor atau lebih dikenali sebagai kesum, mengandungi metabolit sekunder, terutama terpenoid dan flavonoid. Walaupun kajian berkenaan metabolit sekunder dalam P. minor telah banyak dijalankan, namun penglibatan mikroRNA (miRNA) dalam pengawalaturan metabolit sekunder masih kurang difahami. miRNA merupakan RNA kecil yang tidak mengkod dan bersaiz 18-23 pasangan bes, didapati berperanan penting dalam pengawalaturan pengekspresan gen pasca-transkripsi. Dalam kajian ini, asid absisik (ABA) dan metil jasmonat (MJ) telah digunakan mengelisitasi daun P. minor untuk mengaruh penghasilan terpenoid dan sebatian meruap daun hijau. Dalam usaha untuk meneroka peranan miRNA dalam pengawalaturan tapak jalan biosintesis metabolit sekunder di P. minor, telah dibina perpustakaan miRNA dari daun P. minor yang telah dirawat dengan ABA dan MJ. Tiga perpustakaan miRNA dari sampel daun kesum kawalan (K), dan daun yang dirawat dengan ABA dan MJ telah dibina menggunakan penjujukan generasi baru. Hasil analisis SPME GC-MS menunjukkan bahawa terjadi peningkatan sebatian terpenoid daripada daun P. minor mulai hari pertama dan kedua pasca rawatan dengan ABA dan MJ. Rawatan dengan ABA telah meningkatkan kandungan seskuiterpena (humulena, β-bisabolena dan α-panasinsen), sedangkan rawatan dengan MJ telah meningkatkan kandungan seskuiterpena (kariofilena, β-farnesena, humulena, dan α-panasinsen). Sementara hanya metabolit monoterpen β-pinene yang mengalami peningkatan oleh rawatan ABA dan MJ. Hasil penjujukan perpustakaan; perpustakaan kawalan telah menjana sebanyak 11,223,189 (K1) dan 26,046,620 (K2) bacaan, perpustakaan ABA menjana sebanyak 3,940,941 (ABA1) dan 30,566,191 (ABA2) bacaan, dan perpustakaan MJ menjana 33,496,292 (MJ1) dan 47,378,860 (MJ2) bacaan. Selepas penyaringan bacaan berkualiti, sebanyak 6,609,315 (K1) dan 15,337,046 (K2); 2,459,779 (ABA1) dan 20,683,762 (ABA2); 19,094,706 (MJ1) dan 23,823,127 (MJ2) bacaan bersih diperoleh. Seterusnya proses anotasi telah dijalankan dengan memadankan jujukan bersih dengan pangkalan data mirBase dan Rfam menggunakan perisian CLC Workbench 8. Secara keseluruhan sebanyak 220 miRNA telah berjaya dikenalpasti, terdiri dari 173 miRNA terpulihara yang mewakili 62 famili miRNA dan 47 miRNA baru putatif. Berdasarkan analisis pembezaan pengekspresan gen, sebanyak 26 miRNA menunjukkan perubahan signifikan (empat dikawal naik, 22 dikawal turun) antara kawalan dan yang dirawat dengan ABA manakala 71 miRNA (52 dikawal naik, 19 dikawal turun) antara kawalan dan yang dirawat dengan MJ. Beberapa miRNA yang ditemui seperti miR396a, miR396b, miR6300 dan miR6173 terlibat dalam pengawalaturan pertahanan antioksidan, tapak jalan biosintesis sebatian meruap daun hijau dan tapak jalan biosintesis terpenoid. Analisis tindak balas berantai polimerase berbalik kuantitatif masa sebenar (qRT-PCR) telah dijalankan ke atas empat miRNA terpilih dan gen sasarannya. Keputusan menunjukkan miRNA dikawal turun, manakala gen sasarannya dikawal naik selama rawatan dengan ABA dan MJ. Melalui penjujukan degradom, dua sasaran bagi miRNA telah dikenalpasti iaitu peroksidase dan 3-hidroksi-3-metilglutaril koenzime A reduktase (HMGR) adalah transkrip sasaran pemotongan oleh miR396a dan miR6300. Kajian ini mencadangkan penglibatan miRNA dalam pengawalaturan tapak jalan terpenoid dan sebatian meruap daun hijau dan berpotensi untuk dimanipulasi untuk menggalakkan penghasilan metabolit sekunder tersebut dalam P. minor.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMedicinal plants-
dc.subjectBotanical chemistry-
dc.subjectChemistry-
dc.subjectOrganic-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAnalisis mikroRNA dan transkrip sasaran dalam tindak balas rawatan asid absisik dan metil jasmonat pada Persicaria minor dan kaitannya dengan penghasilan terpenoid dan sebatian meruap daun hijau-
dc.typeTheses-
dc.format.pages149-
dc.identifier.callnoRS164 .N339 2018 tesis-
dc.identifier.barcode004362(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114454+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.07 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.