Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500301
Title: Kajian taksonomi, ekologi dan struktur populasi mysidacea di kawasan rumput laut Pulau Tinggi, Johor, Malaysia
Authors: Tan Hai Siang (P67765)
Supervisor: Azman Abdul Rahim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Mysidacea
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-Aug-2018
Description: Satu kajian mengenai mysid telah dijalankan di kawasan rumput laut yang terletak di Pulau Tinggi, Johor. Pensampelan bulanan (15 bulan) dilakukan di dua stesen tetap iaitu di Kampung Pasir Panjang (02°17.567'N, 104°06.070'E) dan Kampung Sebirah Kechil (02°18.490'N, 104°05.575'E) dari Mac 2012 sehingga Mei 2013. Terdapat empat objektif utama dalam kajian ini: i) untuk memerihal, menyediakan senarai semak bagi mysid yang berasosiasi dengan habitat rumput laut Pulau Tinggi dan menggabungkan dengan data yang sedia ada untuk membina kekunci taksonomi bagi mysid di perairan Malaysia, ii) untuk menentukan komposisi, kelimpahan, kepelbagaian, variasi temporal mysid dan struktur populasi mysid yang paling dominan di hamparan rumput laut Pulau Tinggi, iii) untuk menghubungkaitkan faktorfaktor persekitaran yang mempengaruhi kelimpahan dan taburan temporal mysid di hamparan rumput laut, Pulau Tinggi. Persampelan dilakukan dengan menggunakan slej epibentik yang mempunyai dua lapisan dengan bermata jaring 140 μm. Sejumlah 13 spesies [Acanthomysis longispina, A. platycauda, A. quadrispinosa, Anchialina dentata, Anisomysis (Anisomysis) aikaiwai, Erythrops minutus, Haplostylus bengalensis, Lycomysis spinicauda, Prionomysis aspera, Pseudanchialina inermis, Rhopalophthalmus longipes, Siriella vulgaris dan S. media] dari 10 genus, 6 subfamili dan satu famili (Mysidae) telah berjaya dikenalpasti. Kedua-dua spesies R. longipes dan S. media merupakan rekod baru bagi Pulau Tinggi manakala A.quadrispinosa merupakan spesies yang paling dominan dengan bilangan individu sebanyak 3037.50 ind/m3 dan juvenil A. quadrspinosa mendominasi populasi spesies tersebut. Juvenil hampir hadir sepanjang masa persampelan mencadangkan proses pembiakan A. quadrispinosa nampaknya berterusan sepanjang tahun tetapi bilangan generasi dalam A. quadrispinosa setahun tidak dapat dikenalpastikan. Analisis PERMANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (P < 0.05) bagi parameter persekitaran di antara stesen dan bulan manakala analisis nMDS dan ANOSIM menunjukkan corak taburan mysid di antara kedua-dua kawasan persampelan juga terdapat perbezaan yang signifikan (P < 0.05). Kajian variasi temporal mysid di kedua-dua stesen menunjukkan kelimpahan mysid yang lebih tinggi pada musim hujan. Kelimpahan mysid berkorelasi secara signifikan dengan oksigen terlarut di kedua-dua tempat kajian menunjukkan bahawa kemungkinan besar oksigen terlarut merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kelimpahan mysid di perairan Pulau Tinggi. Secara kesimpulannnya, A. quadrispinosa merupakan spesies yang paling dominan dalam kajian ini dan senarai kekunci taksonomi mysid untuk perairan Malaysia telah berjaya dibina. Kelimpahan mysid mungkin dipengaruhi oleh parameter abiotik (saliniti air laut, kekeruhan air laut, kandungan oksigen terlarut, karbon organik partikel) terutamanya pada tempoh musim hujan. Walau bagaimanapun kajian lanjutan terhadap ekologi mysid diperlukan pada masa hadapan untuk lebih memahami fauna ini.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 293
Call Number: QL444.M35T336 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114453+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
971.54 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.