Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500297
Title: | Pengkulturan strategik Aurantiochytrium sp. SW1 menggunakan substrat kos rendah bagi meningkatkan penghasilan asid dokosaheksaenoik (DHA) |
Authors: | Vidyah Manikan (P75315) |
Supervisor: | Aidil Abdul Hamid, Prof. Dr. |
Keywords: | Docosahexaenoic acid Thraustochytriales Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 31-Jul-2017 |
Description: | Penghasilan asid dokosaheksaenoik oleh satu strain thraustochytrid tempatan, iaitu Aurantiochytrium sp. SW1 telah ditingkatkan dengan penggantian sumber karbon tulen kepada substrat lebih murah serta pengubahsuaian kaedah pengkulturan. Sistem terubahsuai itu diungkap menggunakan model-model matematik dan dibandingkan dengan sistem asal. Fruktosa tulen didapati lebih sesuai bagi penghasilan biojisim, lipid dan DHA oleh SW1 berbanding dengan sumber karbon yang lazim digunakan, iaitu glukosa dan juga sepuluh lagi sakarida yang terdiri daripada pelbagai jenis. Analisis faktorial dua aras menggunakan perisian menunjukkan bahawa fruktosa merupakan faktor yang paling berpengaruh ke atas kesemua tiga gerak balas yang dikaji, iaitu kandungan volumetrik (g/L) biojisim, lipid dan DHA, dengan kesan positif pada darjah kesignifikanan yang tinggi. Interaksinya dengan ekstrak yis merupakan faktor yang kedua paling berpengaruh, dengan kesan positif yang juga signifikan. Pengkulturan menggunakan pemanis industri, sirap jagung tinggi fruktosa (HFCS), menggantikan fruktosa didapati membawa kepada penghasilan biojism, lipid dan DHA yang lebih tinggi. Pada kepekatan kandungan gula yang sama, pengkulturan menggunakan HFCS dapat menghasilkan 19, 57 and 79% DHA (g/L) lebih tinggi berbanding fruktosa dan glukosa tulen serta campuran fruktosa-glukosa masing-masing. Dengan itu, keberkesanan HFCS untuk dijadikan sumber karbon kos rendah yang sesuai bagi penghasilan DHA daripada SW1 secara lebih murah telah dibuktikan. Profil-profil pertumbuhan serta penghasilan lipid dan DHA bagi pengkulturan menggunakan HFCS menunjukkan bahawa kapasiti sintesis DHA (% g DHA/g biojisim) merosot selepas pengkulturan selama 96 j. Ini menyebabkan penurunan dalam kepekatan DHA secara keseluruhan. Oleh itu, kesan rawatan kejutan suhu rendah (10ºC) ke atas kultur berumur 96 j telah dikaji. Keputusan menunjukkan bahawa rawatan selama 4 j dan 8 j masing-masing membawa kepada 24 dan 34% peningkatan dalam produktiviti DHA (mg/L/j) berbanding dengan kultur yang tidak dirawat. Keputusan yang setara diperoleh apabila pengkulturan diulang pada skala bioreaktor 5 L. Perbandingan dengan kultur yang disimpan pada suhu bilik mengesahkan bahawa kejutan suhu dapat membantu meningkat dan mengekalkan kapasiti sintesis DHA SW1, yang mana seterusnya membawa kepada peningkatan dalam kepekatan DHA (g/L) secara keseluruhan. Model-model matematik bagi pertumbuhan, penggunaan substrat dan penghasilan DHA dalam kultur dirawat serta kultur normal yang tidak dirawat dibangun dan dibandingkan. Keputusan menunjukkan bahawa penggunaan substrat, YX/S, (gbiojisim/gsubstrat) serta penghasilan DHA, YP/X, (gDHA/gbiojisim) adalah 37 dan 76% lebih tinggi bagi sistem dirawat berbanding sistem normal. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa fruktosa merupakan sumber karbon tulen yang terbaik bagi pertumbuhan serta penghasilan DHA; dan penggunaan HFCS sebagai sumber karbon utama menggantikan fruktosa diikuti pelakuan rawatan kejutan suhu rendah dapat meningkatkan produktiviti penghasilan DHA oleh Aurantiochytrium sp. SW1 secara signifikan.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D. |
Pages: | 142 |
Call Number: | QP752.D63V5343 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114443+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 807.71 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.