Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500281
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFarah Diba Abu Bakar, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNardiah Rizwana Jaafar (P65553)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:40:55Z-
dc.date.available2023-10-13T09:40:55Z-
dc.date.issued2018-02-14-
dc.identifier.otherukmvital:114181-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500281-
dc.descriptionMikroorganisma psikrofil berupaya mendiami kawasan sejuk melampau dengan bantuan beberapa faktor termasuklah enzim aktif sejuk. Enzim ini dicirikan sebagai memiliki tahap fleksibilliti yang tinggi, kestabilan suhu yang rendah serta aktiviti spesifik yang tinggi pada suhu rendah jika dibandingkan dengan homolog mesofil dan termofil. Ciri-ciri ini dipengaruhi oleh ciri struktur seperti pengurangan kandungan arginina dan prolina, peningkatan kandungan glisina serta peningkatan residu hidrofobik pada permukaan enzim. Di dalam kajian ini, liase, isomerase dan ligase daripada yis psikrofil obligat, Glaciozyma antarctica dianalisis bagi merungkai hubungan struktur dan fungsi enzim psikrofil. Pelombongan data genom menunjukkan terdapat 792, 625 dan 1019 gen masing-masing mengekod liase, isomerase dan ligase di dalam G. antarctica. Penyaringan bioinformatik telah mengenalpasti 52 gen sasaran iaitu 21 liase, 16 isomerase dan 15 ligase. Sebanyak 37 fragmen cDNA mengekod enzim ini diamplifikasi, diklon dan diekspres di dalam sistem pengekspresan Escherichia coli. Namun hanya 26 enzim rekombinan iaitu 10 liase, 10 isomerase dan 6 ligase didapati terlarut. Daripada 26 enzim rekombinan terlarut ini, 15 enzim rekombinan telah ditulen dan dilakukan penghabluran. Sebanyak lima enzim rekombinan iaitu tiga liase (L-fukulosa-1-fosfat aldolase (GaFucA), 3-dehidrokuinat dehidratase (GaDHQD) dan karbonik anhidrase (GaCA)), satu isomerase (peptidil prolil cis trans isomerase GaPPIase)) dan satu ligase (guanosina monofosfat sintetase (GaGMPS)) menghasilkan hablur. GaFucA terbelau pada 1.34Å dan struktur 3 dimensi (3D) dibina berdasarkan data eksperimen tersebut manakala GaDHQD, GaCA, GaPPIase dan GaGMPS masing-masing terbelau pada 2.9, 1.9, 3.2 dan 6Å. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh data pembelauan yang kurang baik, penjanaan struktur menerusi pemodelan homologi dilakukan. Pemerhatian terhadap keseluruhan seni bina struktur menunjukkan semua struktur adalah terpulihara di kalangan enzim psikrofil, mesofil dan termofil. Analisis asid amino mendapati kesemua enzim rekombinan terhablur G. antarctica memiliki kandungan arginina yang rendah berbanding homolog mesofil dan termofil manakala glisina dan prolina tidak menunjukkan sebarang corak tipikal enzim psikrofil. Selain itu, struktur enzim GaFucA, GaDHQD, GaCA dan GaGMPS memiliki kawasan permukaan terdedah diliputi residu tidak polar/hidrofobik yang lebih besar berbanding enzim mesofil dan termofil. Semua enzim mempamerkan ciri berbeza bagi interaksi hidrofobik, ionik dan aromatik serta ikatan hidrogen. Pencirian biokimia menunjukkan GaFucA berfungsi dengan cekap pada 0 ke 40°C dan stabil pada suhu di antara -20 hingga 50°C manakala GaDHQD adalah aktif dan stabil pada suhu di antara 10 ke 70°C. Ini mencadangkan kedua-dua enzim boleh berfungsi di dalam suhu rendah dan tinggi. Kajian kefungsian GaPPIase menunjukkan enzim ini adalah aktif sejuk dengan mempamerkan aktiviti spesifik yang tinggi pada suhu rendah (~15 ke 25°C). Sebagai kesimpulan, enzim liase, isomerase dan ligase G. antarctica mempamerkan kombinasi ciri struktur khusus yang dijangka menyumbang kepada fungsi dan adaptasi mikroorganisma tersebut di dalam suhu sejuk melampau.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPsychrophilic bacteria-
dc.subjectYeast-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePerungkaian ciri-ciri adaptasi sejuk enzim liase, isomerase dan ligase daripada yis psikrofil Glaciozyma antarctica-
dc.typeTheses-
dc.format.pages301-
dc.identifier.callnoQR84.7.N337 2018 tesis-
dc.identifier.barcode004334(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114181+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
940.34 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.