Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500277
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRoslinda Mohd Nazar, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorRahimah Jusoh @ Awang (P80268)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:40:51Z-
dc.date.available2023-10-13T09:40:51Z-
dc.date.issued2019-07-16-
dc.identifier.otherukmvital:113573-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500277-
dc.descriptionNanobendalir merupakan satu bentuk inovasi dalam teknologi pemindahan haba yang tercipta melalui proses ampaian nanozarah dalam bendalir asas. Lima masalah aliran lapisan sempadan tiga matra dan pemindahan haba nanobendalir dengan kehadiran medan magnet yang dipertimbangkan dalam kajian ini ialah; (i) aliran berputar magnetohidrodinamik (MHD) dalam nanobendalir terhadap helaian telap meregang/mengecut secara eksponen; (ii) aliran MHD dalam nanobendalir terhadap helaian telap meregang/mengecut secara eksponen dwiarah dengan kesan lesapan likat; (iii) aliran titik genangan MHD tak mantap dalam nanobendalir terhadap helaian telap meregang/mengecut dengan kesan penjanaan/penyerapan haba; (iv) aliran MHD dalam nanobendalir terhadap helaian telap meregang/mengecut dengan gelincir halaju dan sinaran terma; (v) aliran MHD dalam nanobendalir Maxwell terhadap helaian telap meregang/mengecut dengan syarat sempadan olakan. Bagi menyelesaikan semua model matematik yang dikaji, persamaan menakluk yang merangkumi persamaan keselanjaran, momentum dan tenaga dalam bentuk persamaan pembezaan separa diturunkan kepada persamaan pembezaan biasa dengan menggunakan penjelmaan keserupaan yang bersesuaian. Seterusnya, fungsi bvp4c dalam perisian MATLAB digunakan untuk menyelesaikan persamaan yang terturun ini secara berangka.Keputusan berangka kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf bagi profil-profil halaju dan suhu, pekali geseran kulit terturun dan nombor Nusselt setempat terturun. Keputusan berangka dijana untuk beberapa nilai parameterparameter menakluk iaitu parameter sedutan s, parameter magnet M, nombor Prandtl Pr, parameter regangan/pengecutan , nombor Eckert Ec, parameter suhu eksponen c, parameter putaran , parameter ketakmantapan A, parameter punca/penenggelam haba Q, parameter gelincir halaju , parameter sinaran terma Rd, nombor Biot ,nombor Deborah dan pecahan isipadu nanozarah . Pekali geseran kulit menunjukkan peningkatan dengan pertambahan nilai parameter magnet, parameter putaran, parameter sedutan dan parameter ketakmantapan. Sebaliknya, penurunan nombor Nusselt setempat dipengaruhi oleh keamatan medan magnet yang tinggi, lesapan likat dan sinaran terma. Penggunaan nanozarah kuprum (Cu) dan argentum (Ag) menghasilkan kadar pemindahan haba yang lebih baik berbanding nanozarah lain. Namun demikian, kesan pecahan isipadu nanozarah terhadap kadar pemindahan haba adalah berbeza mengikut model nanobendalir. Penyelesaian dual diperoleh bagi julat nilai parameter menakluk yang tertentu. Bagi menentukan kestabilan kedua-dua penyelesaian, analisis kestabilan dilaksanakan dengan menyelesaikan masalah nilai eigen linear. Berdasarkan nilai eigen terkecil yang diperoleh, penyelesaian pertama mematuhi ciri-ciri kestabilan. Oleh yang demikian, penyelesaian pertama adalah stabil manakala penyelesaian kedua adalah tidak stabil.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectNanobendalir-
dc.subjectPemindahan haba-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAliran lapisan sempadan tiga matra MHD dan pemindahan haba dalam nanobendalir terhadap helaian telap meregang/mengecut-
dc.typeTheses-
dc.format.pages299-
dc.identifier.barcode004271 (2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113573+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
923.78 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.