Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500274
Title: Pembelahan molekul air menggunakan mangkin nikel oksida terubahsuai bagi penghasilan hidrogen
Authors: Norliza Dzakaria (P81140)
Supervisor: Mohd Ambar Yarmo, Prof. Dr.
Keywords: Hidrogen
Mangkin nikel oksida
Molekul air
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Jun-2019
Description: Hidrogen merupakan sumber tenaga alternatif yang mesra alam dan bersih di samping dapat mengurangkan kebergantungan berterusan terhadap bahan api berasaskan fosil dan mengurangkan kesan pemanasan global. Penghasilan hidrogen daripada pemecahan molekul air merupakan salah satu matlamat jangka panjang yang realistik untuk sumber tenaga masa depan yang berterusan. Oleh itu, dalam kajian ini hidrogen tulen dapat dihasilkan menggunakan kaedah bermangkin dan penjanaan semula mangkin menggunakan gas CO melalui dua langkah tindak balas redoks iaitu tindak balas penurunan dan tindak balas pengoksidaan (pembelahan molekul air) menggunakan mangkin nikel oksida terubahsuai. Pendekatan awal menggunakan teknik termodinamik digunakan bagi memilih mangkin yang sesuai dan didapati mangkin NiO berpotensi untuk menghasilkan hidrogen secara teori pada suhu penurunan 700 C (ΔG = -51 kJmol-1) dan suhu pengoksidaan 600 C (ΔG = +51 kJmol-1). Tindak balas penurunan dilakukan ke atas mangkin NiO menggunakan gas CO bagi mendapatkan logam Ni sebelum tindak balas pengoksidaan (pembelahan molekul air) bagi penghasilan hidrogen dilakukan. Peratus hasil hidrogen menggunakan mangkin NiO sahaja adalah agak rendah (23.48%) berbanding peratus teori sebanyak 50%. Penggunaan bahan penyokong SiO2 dilihat dapat meningkatkan aktiviti di samping memanjangkan tempoh penghasilan hidrogen sehingga 100 dos wap air berbanding tanpa bahan penyokong. Analisis morfologi menggunakan FESEM menunjukkan terdapat pembentukan karbon tiub nano (CNT) selepas tindak balas penurunan pada suhu 700 C di permukaan 25% NiO/SiO2. Penyokong SiO2 pada mangkin 25% NiO/SiO2 boleh menyumbang peratus hasil hidrogen yang lebih baik (23.3%)berbanding NiO yang berpenyokong Al2O3 kristalin (20.8%). Keadaan optimum bagi purata penghasilan hidrogen adalah 44.6% dan ini boleh dicapai dengan menggunakan mangkin 25% NiO/SiO2 pada suhu tindak balas penurunan 700 °C, suhu tindak balas pengoksidaan (pembelahan molekul air) 600 C dan kadar aliran gas pembawa wap air 10 mLmin-1. Kajian mendapati bahawa mangkin ini boleh dijana semula sehingga lapan kali ulangan dengan mengekalkan purata peratus hasil hidrogen sebanyak 41.5% selepas 400x dos wap air (10.4 μmol/dos). Ini menunjukkan bahawa mangkin 25% NiO/SiO2 merupakan mangkin baru yang sangat berpotensi digunakan dalam penghasilan hidrogen tulen daripada air dan dijana semula menggunakan 40% gas CO. Sebahagian daripada nikel dalam muatan 25% NiO/SiO2 ini membentuk 'intermetallic' nikel silisida, NixSiy yang tidak aktif dan nikel selebihnya membentuk Ni0 yang merupakan tapak aktif mangkin bagi tindak balas penghasilan hidrogen.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.
Pages: 354
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113571+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
908.44 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.