Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500272
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Rozi Umor, Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Hatta Roselee (P78436)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:40:47Z-
dc.date.available2023-10-13T09:40:47Z-
dc.date.issued2019-08-25-
dc.identifier.otherukmvital:113570-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500272-
dc.descriptionBlok Timur Malaya terdiri daripada gabungan Jalur Timur dan Jalur Tengah Semenanjung Malaysia. Batuan volkanik daripada jenis aliran lava dan piroklastik boleh dijumpai di Blok Timur Malaya yang didominasi oleh granit Jenis-I. Dalam kajian ini, batuan volkanik akan dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan komposisi geokimia iaitu felsik, pertengahan dan mafik. Batuan volkanik menunjukkan kepelbagaian jenis daripada jenis riolit hingga ke basalt mengikut klasifikasi geokimia dan cerapan petrografi. Majoriti batuan volkanik di Blok Timur Malaya terbentuk pada sekitaran arka volkanik dan hanya sebilangan kecil batuan volkanik di Blok Timur Malaya yang menunjukkan perkaitan dengan sin - pasca perlanggaran patahan kerak seperti batuan volkanik di Sungai Jan dan Pulau Tenggol. Batuan volkanik felsik, pertengahan dan mafik di Blok Timur Malaya dicirikan oleh nilai Al2O3 yang agak tinggi dengan nilai purata masing-masing 15.5% , 16.2% dan 16.8% dan nilai rendah bagi MgO (<10%), nombor Mg # (<60), Ni dan Cr menunjukkan sumber asalan magma adalah tidak primitif. Terdapat persamaan corak geokimia antara kesemua batuan volkanik yang menunjukkan sumber asalan magma yang sama. Evolusi magma yang membentuk batuan volkanik di Blok Timur Malaya dipengaruhi oleh proses fraksinasi mineral, metasomatisme dan pencemaran kerak. Fraksinasi adalah lebih penting yang melibatkan penghabluran berperingkat mineral seperti olivin, klinopiroksen, hornblend dalam magma mafik. Analisis zirkon U-Pb menunjukkan usia batuan volkanik di Blok Timur Malaya adalah antara 279 juta tahun hingga 213 juta tahun. Nilai εHf(t) adalah berjulat antara -11.08 hingga 7.69 bagi volkanik kaitan arka manakala 5.31 hingga 11.13 bagi volkanik kaitan regangan kerak. Data geokimia, geokronologi dan isotop menyokong bahawa subduksi lautan Paleo-Tethys ke bawah Blok Timur Malaya telah berlaku dan berterusan dari 279 juta tahun hingga lebih kurang 225juta tahun sehingga subduksi terhenti disebabkan perlanggaran orogeni Sibumasu-Indochina semasa kira-kira 220 juta tahun dan diikuti oleh pasca-perlanggaran patahan kerak pada ~213 juta tahun. Kajian ini dapat menyumbang data baru untuk analisis geokimia, geokronologi dan isotop Lu-Hf untuk menentukan petrogenesis dan sekitaran tektonik di Semenajung Malaysia semasa Perm-Trias serta boleh dikorelasi dengan sekitaran tektonik arka Sukhothai.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectBatuan volkanik-
dc.subjectBlok Timur Malaya-
dc.subjectGeokimia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePetrologi dan geokimia batuan volkanik di Blok Timur Malaya, Semenanjung Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages378-
dc.identifier.barcode004268 (2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113570+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.96 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_113570+SOURCE2+SOURCE2.0.PDF
  Restricted Access
1.96 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.