Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500252
Title: Simulasi dan penurunskalaan unjuran hujan masa hadapan di Asia Tenggara dengan menggunakan model iklim rantauan RegCM
Authors: Chung Jing Xiang (P74704)
Supervisor: Liew Ju Neng, Prof. Madya Dr.
Keywords: Hujan
Perubahan iklim
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Nov-2019
Description: Asia Tenggara (AT) telah dilaporkan sedang mengalami dan dipengaruhi oleh perubahan iklim jangka masa panjang. Namun, suatu jurang ilmu mengenai isu ini wujud di AT. Satu kemungkinan berlakunya masalah ini ialah kekurangan maklumat perubahan iklim masa hadapan yang beresolusi tinggi. Maka, untuk memberikan AT maklumat perubahan iklim masa hadapan yang beresolusi tinggi dengan percuma, projek Southeast Asia Regional Climate Downscaling (SEACLID) / Coordinated Regional Climate Downscaling Experiment (CORDEX) AT telah ditubuhkan. Di bawah projek ini, output daripada pelbagai model kitaran umum (GCM) akan diturunskalakan secara dinamik dengan menggunakan model iklim rantauan, terutamanya Regional Climate Model (RegCM) versi 4. Maka, dengan tujuan untuk melengkapkan keperluan saintifik projek SEACLID/CORDEX AT, dan memandangkan hujan memainkan peranan penting dalam ekonomi AT, objektif-objektif kajian ini adalah untuk 1) menentukan kombinasi skema pemparameteran kumulus (CPS) dan fluks atmosfera-lautan (AFS) RegCM4 yang paling sesuai digunakan untuk simulasi hujan purata AT, 2) mengenal pasti skema permukaan Bumi (SPB) yang paling sesuai digunakan untuk simulasi hujan di AT, dan 3) mengkaji tahap perubahan purata hujan masa hadapan AT di bawah senario emisi RCP 4.5 dan RCP 8.5, menggunakan produk-produk GCM yang diturunskalakan oleh RegCM4. Bagi tujuan pemilihan tetapan CPS dan AFS model yang paling sesuai untuk AT, prestasi RegCM4 dengan 18 kombinasi 6 CPS dan 3 AFS dalam simulasi hujan tahunan telah dibandingkan. Simulasi-simulasi ini bermula dari tahun 1990 hingga 2008 dan dijana dengan ERA-Interim. Hasil perbandingan menunjukkan CPS MIT-Emanuel merupakan CPS yang paling sesuai bagi AT, manakala pilihan AFS tidak mempunyai kesan nyata terhadap simulasi hujan. Namun, penggunaan CPS MIT-Emanuel akan menyebabkan simulasi hujan RegCM4 yang amat basah. Kajian-kajian lepas menunjukkan pilihan SPB turut berperanan dalam mempengaruhi jumlah hujan yang disimulasii. Maka, untuk mengkaji kepekaan simulasi hujan AT terhadap SPB, dua simulasi yang serupa tetapi menggunakan SPB berlainan, iaitu Biosphere-Atmosphere Transfer Scheme (BATS) versi 1e dan Community Land Model (CLM) versi 4.5 telah dijalankan. CPS MIT-Emanuel digunakan dalam kedua-dua simulasi ini. Simulasi-simulasi ini dijana dengan ERA-Interim, dan merangkumi tahun 1990 hingga 2007. Hasil perbandingan menunjukkan jumlah hujan yang disimulasikan oleh RegCM4-CLM4.5 lebih mendekati cerapan berbanding BATS1e. Pengunjuran perubahan hujan masa hadapan AT daripada 6 GCM yang diturunskalakan oleh projek SEACLID/CORDEX AT dengan RegCM4 digunakan untuk mengkaji perubahan hujan AT pada masa hadapan. Ujian pengesahan model yang dijalankan menunjukkan 5 daripada 6 produk SEACLID/CORDEX AT berupaya menghasilkan semula hujan klimatologi AT pada tempoh sejarah dengan tepat. Hasil menunjukkan hujan masa hadapan AT secara amnya akan semakin berkurangan merentasi abad ke-21, terutamanya di bawah senario RCP 8.5, pada musim panas Boreal (Jun-Ogos).,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.
Pages: 200
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_112349+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.