Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500251
Title: | Palinologi malvaceae subfamili byttnerioideae, sterculioideae, helicteroideae dan dombeyoideae (Sterculiaceae s.l.) di Malaysia |
Authors: | Muhammad Amirul Aiman Ahmad Juhari (P85655) |
Supervisor: | Noraini Talip, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Palinologi Sterculiaceae s.l. Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 30-May-2019 |
Description: | Kajian palinologi telah dijalankan ke atas 58 spesies daripada 16 genus dalam Sterculiaceae s.l. di Malaysia. Genus dipilih untuk kajian ialah Abroma Jacq. (satu spesies), Byttneria Loefl. (tujuh spesies), Commersonia J.R.Forst. & G.Forst. (satu spesies), Firmiana Marsili (satu spesies), Helicteres L. (lima spesies), Heritiera Aiton (lima spesies), Kleinhovia L. (satu spesies), Leptonychia Turcz. (dua spesies), Melochia L. (dua spesies), Pterocymbium R.Br. (tiga spesies), Pterospermum Schreb. (enam spesies), Pterygota Schott & Endl. (satu spesies), Scaphium Schott & Endl. (tujuh spesies), Sterculia L. (empat belas spesies), Theobroma L. (satu spesies) dan Waltheria L. (satu spesies). Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti corak hiasan eksin, kelas dan bentuk debunga, nisbah P/E (panjang kutub/ diameter khatulistiwa debunga), nisbah C/P (panjang apertur/ panjang keseluruhan kutub debunga) dan nisbah d/D (panjang apokolpium/ diameter pada pandangan kutub), untuk menentukan persamaan, variasi dan ciri diagnostik ciri morfologi debunga antara subfamili, genus dan spesies, untuk mengenal pasti perbezaan ciri debunga berdasarkan habit, untuk menentukan pengelasan Helicteroideae (Malvaceae s.l), untuk membina kekunci dikotomi pengecaman spesies dan genus berdasarkan ciri morfologi debunga yang diperoleh daripada kajian dan membina fenogram menggunakan perisian MVSP 3.1 Kovach untuk melihat pengelompokkan dan pembahagian spesies. Kaedah yang digunakan bagi kajian ini melibatkan teknik asetolisis, teknik pemisahan butiran debunga, titik pengeringan kritikal, penyaduran emas dan pemerhatian di bawah mikroskop cahaya dan imbasan elektron. Variasi ciri morfologi debunga dicerap pada jenis apertur debunga, bentuk debunga, amb debunga, kehadiran dan kelebaran saiz kolpus, lumen dan murus, panjang dan jarak di antara duri pada debunga, saiz panjang dan lebar debunga, bilangan porat dan corak hiasan eksin. Debunga Byttneria tanpa kolpus boleh dibezakan daripada genus lain. Waltheria mempunyai debunga pantokolporat dengan enam porat dan kawasan kolpus. Pterospermum mempunyai saiz debunga terbesar dan Sterculia terkecil. Nilai amb, P/E, C/P, d/D, apertur dan bentuk debunga adalah sangat berguna untuk pembezaan genus. Ciri umum pada subfamili Byttnerioideae ialah kehadiran tiga porat kecuali pada Waltheria indica. Ciri umum Sterculioideae adalah debunga kelas trikolporat. Beberapa ciri diagnosis ditemui berguna untuk pengecaman dan pembezaan spesies secara langsung. Kekunci dikotomi pengecaman spesies dan genus dibina berdasarkan ciri morfologi debunga yang diperolehi daripada kajian. Perbandingan ciri morfologi debunga berdasarkan habit juga membuktikan ciri debunga adalah berbeza serta bervariasi mengikut persekitaran. Helicteres didapati sangat rapat dengan Durio dengan persamaan yang agak banyak dan menjadikan pengelasan kedua – dua genus daripada dua tribus di bawah Helicteroideae ini sukar dilakukan. Kajian ini berjaya membuktikan bahawa ciri morfologi debunga mempunyai nilai taksonomi untuk pengecaman dan pembezaan spesies dan genus dalam Sterculiaceae s.l.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D. |
Pages: | 343 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_112348+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.92 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.