Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500249
Title: Kaedah penentuan bayaran ansuran dan penanda aras keuntungan alternatif: isu pembiayaan rumah patuh syariah
Authors: Nur Amalina Shafie (P70024)
Supervisor: Zaidi Isa, Prof. Dr.
Keywords: Pembiayaan rumah
Pinjaman rumah
Ansuran
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Jun-2019
Description: Dalam era ini, rumah merupakan aset yang penting untuk dimiliki walaupun kian hari harganya makin meningkat. Dalam perbankan Malaysia, kaedah pinjaman rumah dan kaedah pembiayaan rumah digunakan supaya masyarakat dapat memiliki rumah. Kaedah pinjaman rumah yang digunakan oleh perbankan konvensional mempunyai unsur riba. Manakala kaedah pembiayaan rumah yang digunakan oleh perbankan Islam pula mempunyai unsur-unsur yang patuh syariah. Walaupun kaedah pembiayaan yang digunakan patuh Syariah dari segi akad kontrak, pengiraan bayaran ansuran dan penetapan penanda aras keuntungan bagi pembiayaan ini masih lagi merujuk cara pengiraan yang digunakan dalam kaedah pinjaman konvensional. Oleh itu, kajian ini membandingkan kaedah pinjaman rumah konvensional, kaedah pembiayaan Bai' Bithaman Ajil (BBA), Perkongsian Musharakah Mutanaqisah (PMM) dan Kaedah Baki Berkurangan Zubair (KBBZ) dari segi pengiraan bayaran ansuran. Pengiraan bayaran ansuran tersebut mengambil kira bayaran pokok dan bayaran keuntungan kepada bank. Kaedah yang sedia ada, bayaran ansuran pada awal tempoh pelunasan mengutamakan bayaran keuntungan bank berbanding dengan bayaran pokok. Oleh itu, baki belum bayar akan menyusut sangat sedikit pada awal pelunasan. Demi mengatasi masalah ini, kajian ini mencadangkan Model Amaun Keuntungan Sama Rata yang dapat mendorong peminjam melunaskan hutang mereka lebih awal. Isu seterusnya adalah penanda aras kadar keuntungan kaedah pembiayaan masih merujuk kepada penanda aras kadar faedah. Kajian ini mencadangkan dua kaedah untuk mendapatkan nilai penanda aras keuntungan. Pertama, penentuan nilai median daripada simulasi nilai keuntungan yang diramal menggunakan kaedah stokastik. Data Kadar Antara Bank Islam (IIR) tahunan, bulanan dan harian digunakan untuk memperoleh nilai-nilai ramalan kadar keuntungan. Setelah itu, nilai-nilai ansuran dan taburan keuntungan ditentukan bagi menjalankan simulasi 1000 larian nilai keuntungan untuk menentukan nilai median. Nilai median yang ditemui boleh dijadikan sebagai penanda aras keuntungan untuk satu tempoh pembiayaan kerana dilihat lebih adil kepada peminjam dan pihak bank. Kedua, kaedah ramalan harga emas juga dicadangkan sebagai kaedah alternatif untuk menetapkan penanda aras keuntungan kerana harga emas dilihat aset sandaran yang stabil berbanding dengan kadar keuntungan. Kesimpulannya, kajian ini mencadangkan penambahbaikan kaedah pengiraan bayaran ansuran supaya peminjam yang ingin melangsaikan keseluruhan pinjaman pada awal tempoh tidak terbeban dengan baki belum bayar yang tinggi. Kajian ini juga mencadangkan nilai median taburan keuntungan dijadikan penanda aras kadar keuntungan dalam kaedah pembiayaan rumah. Nilai median taburan keuntungan dihasilkan daripada ramalan stokastik terhadap data IIR yang mengambilkira variasi nilai-nilai keuntungan. Selain itu, harga emas, yang dilihat sebagai aset sandaran yang stabil, boleh diramalkan dan kemudiannya dijadikan penanda aras keuntungan dalam pembiayaan rumah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.
Pages: 127
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_112345+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.