Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500245
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Darfizzi Derawi, Dr. | - |
dc.contributor.author | Fatimatuzzahraa Mohd Fadzel (P80652) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:40:22Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:40:22Z | - |
dc.date.issued | 2019-05-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:112337 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500245 | - |
dc.description | Kajian ini melibatkan penghasilan stok asas biopelincir berasaskan asid lemak stearin sawit (PSFA). Proses-proses utama yang terlibat adalah hidrolisis untuk menghasilkan PSFA, pemisahan asid lemak tak tepu (UFFA) daripada lemak tepu stearin sawit (SFFA) yang seterusnya akan melalui proses pengesteran dengan trimetilolpropana (TMP) dan pentaeritritol (PE). Sintesis antara PSFA, SFFA dan asid UFFA dengan TMP dan PE telah berjaya menghasilkan produk-produk stok asas biopelincir iaitu Ester-TMP, Ester-PE, Ester-STMP, Ester-SPE, Ester-UTMP dan Ester-UPE. PSFA telah melalui proses pemisahan asid lemak tak tepu daripada asid lemak tepu dengan menggunakan kaedah pengkristalan-bermetanol dimana nisbah PSFA: metanol adalah 1: 9 dengan suhu optimum dan menghasilkan peratus hasil tertinggi iaitu 98% (wt). Nilai iodin PSFA, SFFA dan UFFA adalah 36, 0.4 dan 98 masing-masing. Stok asas biopelincir telah berjaya dihasilkan melalui kaedah pengesteran dengan pengoptimuman dengan parameter; suhu (110-210 °C), masa (3-6 jam), mangkin (1-3%) dan nisbah PSFA: TMP atau PE (3-5:1). Ester-TMP, Ester-STMP dan Ester-UTMP mencatatkan penukaran triester sebanyak 98%, 93% dan 98% masing-masing. Manakala Ester-PE, Ester-SPE, dan Ester UPE masing-masing mencatatkan penukaran triester dan tetraester adalah sebanyak, 78%, 86% dan 79%. Produk-produk biopelincir telah berjaya disintesis dianalisis menggunakan teknik analisis kromatogafi gas dengan pengesan pembakaran pengionan (GC-FID) untuk menentukan peratus penukaran triester. Spektroskopi inframerah untuk mengenalpasti kumpulan berfungsi yang hadir dan resonans magnetik nukleus (NMR) digunakan untuk pengecaman struktur hasil sintesis ester. Spektrum IR telah menunjukkan setiap ester iaitu Ester-TMP, Ester-PE, Ester-STMP, Ester-SPE, Ester-UTMP dan Ester UPE menunjukkan kehadiran puncak ester bernombor gelombang (1741-1746 cm-1). Spektrum 1H NMR menunjukkan anjakan kimia proton ester, CH2C=O adalah pada (2.27-2.39 ppm). Bagi spektrum 13C NMR pula menunjukkan anjakan kimia karbon ester, C=O pada 173.27-174.45ppm. Sifat pelinciran untuk setiap ester yang direkodkan dengan takat tuang (27, 30, 22, 44, -11 dan 9 °C), takat kilat (210, 225, 240, 243, 260 dan 232 °C), indeks kelikatan (155, 161, 166, 140, 152 dan 151) dan 262, 235, 258, 269, 228 dan 238 °C bagi kestabilan oksidatif terma. Produk biopelincir bergred ISO VG 46 (Ester-TMP), ISO VG 68 (Ester-PE), ISO VG 68/100 (Ester-STMP), ISO VG 46/150 (Ester-SPE), ISO VG 100 (Ester-UTMP) dan ISO VG 100/150 (Ester-UPE) telah berjaya dihasilkan serta berpotensi digunakan sebagai stok asas biopelincir bagi aplikasi hidraulik dan gear. Sintesis dengan kaedah pengesteran antara PSFA, SFFA dan UFFA dengan TMP dan PE telah menghasilkan stok asas biopelincir yang mempunyai peningkatan dalam sifat pelinciran dan berpotensi bagi menggantikan pelincir berasaskan minyak mineral dengan kos yang lebih rendah dan sumber yang boleh diperbaharui.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Biopelincir | - |
dc.subject | Asid lemak | - |
dc.subject | Hidrolisis | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Sintesis stok asas biopelincir berasaskan asid lemak stearin sawit | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 158 | - |
dc.identifier.barcode | 004240(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_112337+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.24 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.