Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500235
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shukor Md. Nor, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Mohammad Kamaruddin Zainul Abidin (P80755) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:40:13Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:40:13Z | - |
dc.date.issued | 2019-08 | |
dc.identifier.other | ukmvital:112328 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500235 | - |
dc.description | Kekurangan dokumentasi dan penilaian terperinci berkaitan keberkesanan pelepasan semula beruang matahari (Helarctos malayanus) di Semenanjung Malaysia telah meninggalkan persoalan tentang sejauh mana beruang ini boleh beradaptasi di habitat liar dan apakah elemen penting dalam keseluruhan proses pelepasan semula. Bermula dari bulan Disember 2015 sehingga Ogos 2017, sebanyak 13 individu beruang telah dilepaskan semula ke habitat liar bagi menyelidik persoalan tersebut. Objektif utama kajian adalah seperti berikut, 1) untuk menentukan kesesuaian habitat beruang matahari di Semenanjung Malaysia, 2) untuk menilai hubungan data asas peribadi, kawasan keliaran dan topografi terhadap adaptasi beruang matahari di habitat liar, 3) untuk menilai penggunaan habitat serta corak keliaran beruang matahari di habitat liar, dan 4) untuk menilai kelestarian jaringan habitat beruang matahari di Semenanjung Malaysia. Pemetaan taburan spesies dilakukan terlebih dahulu untuk menentukan kawasan pelepasan yang sesuai. Penentuan tahap adaptasi, penggunaan habitat dan corak keliaran beruang dilakukan berdasarkan status semasa pemantauan dan corak, arah serta saiz pergerakan beruang yang telah dicerap selama minimum tiga bulan. Jaringan habitat beruang telah ditentukan melalui analisis kos minimum dalam teknik permodelan koridor. Setelah perbandingan dilakukan antara model kawasan potensi konflik (skor AUC= 0.88) dan model potensi kawasan sesuai (AUC= 0.86), didapati luas sebenar kawasan kesesuaian beruang matahari di Semenanjung Malaysia adalah 31437.93 km2. Sebanyak 26.64% daripada keluasan kesesuaian habitat ini adalah bertindih dengan kawasan perlindungan, selebihnya masih berada di persekitaran hutan hujan tropika termasuklah Hutan Simpanan Kekal. Tiga parameter yang telah dikenal pasti signifikan mempengaruhi tahap adaptasi beruang terdiri daripada dua parameter asas peribadi yang diuji menggunakan Chi-square dua hala dan satu parameter topografi yang diuji secara korelasi Spearman, masing-masing iaitu kesihatan fizikal (p=0.04), latar belakang penyakit (p=0.007) dan altitud (p=0.013). Namun begitu, analisis PCA (Principal Component Analysis) turut menunjukkan pengaruh penolakan rendah beruang terhadap kehadiran manusia yang boleh mengurangi adaptasi dan beruang liar lebih berupaya untuk beradaptasi berbanding beruang rehabilitasi. Model regresi logistik biner yang signifikan (χ2(9)= 1020.85, p<0.001) menunjukkan jenis habitat merupakan faktor utama yang mempengaruhi corak keliaran beruang. Beruang didapati lebih cenderung terhadap habitat perladangan jenis kelapa sawit yang bersebelahan dengan pinggir hutan. Corak keliaran beruang kajian didapati selari dengan corak keliaran beruang liar, iaitu lebih aktif terutamaya ketika fasa krepuskul, sederhana aktif ketika tengah hari dan kurang aktif pada waktu malam. Sebanyak 51 koridor telah dimodelkan untuk menghubungkan 74 fragmen habitat beruang serta kawasan perlindungan. Walaupun hampir kesemua fragmen habitat berada di dalam rangkaian hutan kompleks CFS (Central Forest Spine), hanya 21% bilangan koridor kajian (11 koridor) berada di persekitaran sempadan kawasan perlindungan. Kajian ini telah mencadangkan beberapa panduan penting untuk penambahbaikan pengurusan rehabilitasi beruang matahari di pusat menyelamat dan meningkatkan kemandirian beruang setelah dilepaskan. Pemetaan kesesuaian habitat serta permodelan koridor turut memberi panduan dalam mengenal pasti kawasan teras yang perlu dilindungi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Beruang matahari | |
dc.subject | Habitat | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pelepasan semula beruang matahari (Helarctos malayanus) konflik di Semenanjung Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 239 | |
dc.identifier.barcode | 004234(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_112328+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.18 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.