Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500223
Title: | Penyediaan dan pencirian getah asli cecair termodifikasi sebagai pengisi dalam salutan poliuretana |
Authors: | Hamizah Md Rasid (P74553) |
Supervisor: | Siti Fairus Mohd Yusoff, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Rubber Polyurethanes Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Mar-2019 |
Description: | Getah asli cecair (LNR) dengan rantai polimer yang pendek terhasil daripada pendepolimeran getah asli (NR) melalui tindak balas pengoksidaan fotokimia. Kehadiran ikatan tak tepu C=C dalam rantai LNR mengakibatkan ia mudah terdegradasi apabila terdedah kepada cahaya matahari, ozon dan oksigen. Modifikasi kimia wajar dijalankan ke atas LNR bagi meningkatkan sifat fizikokimia LNR serta menghasilkan pelbagai polimer baru dengan sifat istimewa. Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan LNR termodifikasi melalui tindak balas penghidrogenan, penghidroksilan dan pemfluorinan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji parameter tindak balas penghidrogenan dan pemfluorinan ke atas LNR. Sifat kimia, sifat terma serta berat molekul LNR termodifikasi yang telah dihasilkan turut dikaji. Tindak balas penghidrogenan ke atas LNR bagi menghasilkan getah asli terhidrogen (HLNR) dijalankan pada suhu sederhana tinggi dengan menggunakan 2,4,6-trimetilbenzenasulfonil hidrazida (MSH) sebagai sumber diimida. Daripada kajian parameter tindak balas penghidrogenan LNR, adalah didapati bahawa peratus penghidrogenan maksimum sebanyak 80.0% dicapai pada nisbah berat MSH:LNR = 1:1 pada suhu 100 °C selama 60 minit menggunakan pelarut o-xilena. Getah asli terhidroksil (OHLNR) pula dihasilkan melalui tindak balas pengoksidaan LNR menggunakan sistem pemangkinan kompleks tungsten/asid asetik/hidrogen peroksida Na2WO4/CH3COOH/H2O2) bagi menghasilkan LNR dengan kumpulan berfungsi hidroksil yang reaktif. Peratus kandungan hidroksil yang dianggarkan berdasarkan spektrum 1H RMN OHLNR adalah sebanyak 57.0% yang terhasil daripada tindak balas pengoksidaan yang dijalankan selama 8 jam pada suhu 90 °C. Getah asli terfluorin (FLNR) pula merupakan polimer baru berasaskan getah asli yang mengandungi kumpulan berfungsi fluorin dan ia belum pernah dihasilkan sebelum ini. Dalam kajian ini, FLNR diperolehi melalui tindak balas dua langkah iaitu tindak balas pengoksidaan LNR menghasilkan OHLNR dan diikuti dengan tindak balas pengesteran antara OHLNR dengan pentadekafluorooktanoil klorida (PDFOC). Daripada kajian parameter tindak balas pemfluorinan LNR, adalah didapati bahawa peratus kandungan fluorin yang maksimum sebanyak 48.6% dicapai pada nisbah molar OHLNR:PDFOC = 3:1 daripada tindak balas yang dijalankan selama 8 jam pada suhu 50 °C. Analisis termogravimetri (TGA) menunjukkan peningkatan kestabilan terma bagi kesemua LNR termodifikasi kerana mencatat suhu penguraian maksimum yang lebih tinggi iaitu 438 °C bagi HLNR, 410 °C bagi OHLNR dan 391 °C bagi FLNR berbanding LNR (374 °C). Pengukuran sudut sentuhan telah dilakukan ke atas LNR termodifikasi yang dihasilkan dan analisis menunjukkan bahawa FLNR dengan 48.6% kandungan fluorin memberikan nilai sudut sentuhan yang paling tinggi iaitu 111.37 ± 0.84°. FLNR yang bersifat hidrofobik seterusnya digunakan sebagai pengisi dalam resin poliuretana (PU) yang dihasilkan daripada campuran poliol sawit, 4,4-difenilmetana diisiosianat dan polietilena glikol dalam pelarut aseton. Filem komposit PU-FLNR digunakan sebagai salutan ke atas papan partikel untuk melihat potensi FLNR digunakan sebagai bahan perencat api. Ujian kerintangan kebakaran menunjukkan bahawa nilai kadar kebakaran papan partikel tersalut PU-FLNR mengalami penurunan yang tidak begitu ketara. Salutan PU-FLNR pada penambahan 3% FLNR memberikan nilai kadar kebakaran yang paling rendah iaitu 0.23 mm/s. FLNR sebagai pengisi dalam salutan PU dilihat kurang berpotensi digunakan sebagai perencat api papan partikel.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D. |
Pages: | 166 |
Call Number: | TA455.R8H336 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110779+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 928.88 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.