Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500222
Title: Struktur komuniti dan produktiviti hutan untuk pemuliharaan Rizab Biosfera Tasik Chini, Pahang
Authors: Nurhanim Mohamed Noor (P65914)
Supervisor: Wan Juliana Wan Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Biosphere -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Jul-2019
Description: Tasik Chini telah diiktiraf sebagai rizab biosfera yang mengutamakan penggunaan sumber alam secara lestari. Sehubungan dengan itu, perbandingan antara tiga zon pengurusan Rizab Biosfera Tasik Chini (TCBR), Pahang dijalankan. Skop kajian merangkumi struktur dirian, kepelbagaian spesies, spesies endemik dan langka serta status pemuliharaan, ciri fiziko-kimia tanah serta asosiasinya dengan komposisi flora dan penghasilan serasah serta biojisim pokok. Sebanyak 30 plot pensampelan dibina di zon teras, penampan dan peralihan TCBR. Setiap zon mempunyai 10 plot bersaiz 20 x 25 m. Bancian tumbuhan melibatkan tiga komponen flora iaitu pokok besar, anak pokok dan vegetasi lantai hutan. Sebanyak 90 sampel tanah dianalisis untuk sifat fiziko-kimia tanah. Tiga perangkap serasah (1 x 1 m) dipasang dalam setiap plot. Pengutipan serasah dilakukan setiap akhir bulan selama 12 bulan (Disember 2012 - November 2013). Hasil kajian merekodkan 2017 individu pokok besar, 717 individu anak pokok serta 1695 individu vegetasi lantai hutan. Zon peralihan merekodkan bilangan famili, genus, spesies dan individu tertinggi bagi pokok besar. Bagi anak pokok, zon penampan merekodkan bilangan famili dan spesies tertinggi, sementara zon teras mempunyai bilangan genus dan individu tertinggi. Kelimpahan vegetasi lantai hutan direkodkan tertinggi di zon teras. Corak taburan individu berdasarkan kelas diameter pokok berbentuk J-songsang menunjukkan proses regenerasi hutan dalam keadaan seimbang. Dipterocarpaceae merupakan famili terbesar di zon teras, Euphorbiaceae di zon penampan dan peralihan. Streblus elongotus (Moraceae)direkodkan sebagai spesies terpenting zon teras (SIVi=3.55%) dan peralihan (SIVi=2.96%). Endospermum diadenum (Euphorbiaceae) mempunyai SIVi tertinggi di zon penampan (SIVi=3.34%). Indeks Kepentingan Famili (FIVi) tertinggi di zon teras ialah Dipterocarpaceae sementara Euphorbiaceae di zon penampan dan zon peralihan. Kepelbagaian spesies yang tinggi direkodkan di tiga zon pengurusan TCBR dengan Indeks Kepelbagaian Shannon (H') melebihi H'=5.00 bagi pokok besar dan melebihi H'=4.00 bagi anak pokok. Indeks Chao I menganggarkan kekayaan spesies yang lebih tinggi daripada yang direkodkan dalam kajian ini memandangkan lengkuk pengumpulan spesies (SAC) tidak mencapai titik asimptot bagi ketiga-tiga zon pengurusan TCBR walaupun lengkuk SAC telah mendatar dicapai. Sebanyak 78 spesies di TCBR dikategorikan sebagai endemik. Purata penghasilan serasah di TCBR adalah 9.40±0.49 tan ha-1. Zon peralihan merekodkan purata penghasilan serasah tertinggi manakala jumlah biojisim tertinggi direkodkan di zon teras. Tiga tekstur tanah direkodkan di TCBR. Sebanyak 13 parameter faktor edafik digunakan dalam menentukan kekuatan hubungan kelimpahan spesies dengan sekitaran. Nilai eigens Analisis Kesepadanan Berkanonik (CCA) yang rendah iaitu berjulat antara 0.236 hingga 0.318 memberi indikasi faktor tanah mempunyai perkaitan yang lemah dengan komposisi spesies flora di TCBR. Secara keseluruhannya, kepelbagaian spesies adalah tinggi bagi anak pokok dan pokok besar di tiga zon pengurusan RCBR dengan zon penampan merekodkan nilah H' paling tinggi. Penghasilan serasah bagi ketiga-tiga zon pengurusan TCBR adalah sama dan menunjukkan produktiviti hutan adalah tinggi. Urutan produktiviti TCBR dalam susunan zon teras > penampan > peralihan. Hasil kajian menunjukkan ekosistem TCBR mempunyai kekayaan, kepelbagaian biologi, kelangkaan, keendemikan spesies flora dan produktiviti hutan yang tinggi, justeru itu kepentingan pemuliharaan di TCBR tidak patut diabaikan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.
Pages: 355
Call Number: QH343.4.N834 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110778+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.