Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500214
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLee Yook Heng, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNoor Azizah Ahmad (P76827)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:39:55Z-
dc.date.available2023-10-13T09:39:55Z-
dc.date.issued2019-07-03-
dc.identifier.otherukmvital:110617-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500214-
dc.descriptionIndustri makanan berperanan dalam memastikan produk makanan masih berkualiti, kesegaran terjamin dan selamat apabila sampai kepada pengguna. Walaupun demikian, pembungkusan makanan sering menjadi penghalang kepada pengguna dalam mengenalpasti kesegaran produk sepenuhnya. Kajian ini berhasrat menggunakan ekstrak daripada tanaman boleh dimakan sebagai pewarna sensitif pH dalam pembangunan sensor optik untuk penunjuk kesegaran makanan berbungkus. Satu gabungan baru ekstrak campuran daripada bunga telang (Clitoria ternatea L.) dan kobis merah (Brassicca oleracea L.) digunakan sebagai pewarna untuk menghasilkan bahan sensor berjulat pH yang luas. Perubahan warna sensor dengan pH dicirikan secara spektrofotometri dan juga kromametri. Ekstrak campuran didapati berupaya menunjukkan perbezaan warna yang bererti (p<0.05) terhadap perubahan warna pada julat pH 1-13. Analisis ekstrak dengan kromatografi cecair spektrometer jisim (LCMS/MS) mengesahkan bahawa komponen utama ekstrak campuran ialah sebatian sianidin dan ternatin. Ekstrak campuran kemudian dipegunkan ke dalam polimer ι-karagenan untuk menghasilkan filem sensor pH dan sifat larut resap pewarna ditentukan. Ciri fizik filem sensor juga dicirikan secara pembezaan termogravimetrik (DTG). Filem sensor optik berasaskan pemegunan pewarna campuran semula jadi memberikan julat rangsangan linear kepada pH pada pH 1-6 (R2 = 0.9860) dan pH 9-13 (R2 = 0.8490) pada serapan 530 nm. Manakala bagi serapan pada 620 nm, julat rangsangan linear ialah pada pH 2-7 (R2 = 0.9033) dan pH 9-13 (R2 = 0.9649). Nilai sisihan piawai relatif (RSD) yang diperolehi dari kajian kebolehulangan dan kebolehasilan berada di bawah paras 5% untuk pH 4, 7 dan 12. Kestabilan foto filem sensor ialah 1.63% RSD untuk tempoh kajian selama 12 minggu pada suhu 4°C. Kegunaan filem sensor pH optik dinilai dengan sampel udang dan durian yang telah dibungkus. Pengukuran jumlah nitrogen meruap berbes (TVB-N), pH dan kandungan mikroorganisma dalam sampel kajian juga dilakukan. Melalui kajian kromametri, perubahan nilai adjustor.sh assign_extension.sh dan base.sh bb bb2 bb6 warna didapati berkorelasi baik dengan peningkatan TVB-N (R2 = 0.7375), nilai pH (R2 = 0.9038) dan pertumbuhan mikroorganisma (R2 = 0.9662) dalam sampel. Oleh itu, sensor pH optik yang dibangunkan berguna untuk menentukan keadaan kesegaran makanan berbungkus terutamanya dalam pengesanan penurunan kualiti kesegaran untuk pelbagai makanan berbungkus khasnya produk makanan mentah yang mengalami perubahan pH semasa rosak.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectFood -- Packaging-
dc.subjectFood -- Preservation-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSensor pH optik daripada bahan boleh dimakan sebagai penunjuk kesegaran makanan berbungkus-
dc.typeTheses-
dc.format.pages262-
dc.identifier.callnoTP374.N636 2019 tesis-
dc.identifier.barcode004154(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110617+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.