Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500213
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Salmah Yaakop, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Hasyimah Ramli (P81112) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:39:54Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:39:54Z | - |
dc.date.issued | 2019-09-03 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:110616 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500213 | - |
dc.description | Karbon dioksida (CO2) merupakan salah satu gas rumah hijau, dan peningkatan kepekatannya di atmosfera telah direkodkan. Tenebrio molitor L. (Coleoptera: Tenebrionidae) merupakan spesies kumbang yang terpilih untuk digunakan sebagai model spesies dalam kajian ini. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan peningkatan aras CO2 ke atas morfologi (perkembangan (mm) dan perubahan warna), biologi (kitar hidup, jangka hayat dan jangka masa kematian dewasa) dan genetik T. molitor di Free Air CO2 Enrichment System (FACE), Open Roof Ventilation Greenhouse System (ORVS) dan bilik ternak (RR) (kawalan). Perkembangan saiz larva (dari 0-14 hari hingga instar akhir) dan dewasa T. molitor telah direkodkan. Hasilnya, tiada perbezaan bererti ditunjukkan antara saiz perkembangan larva (0-14 hari) bagi RR F1 (0.1006±0.0095 mm) berbanding instar akhir (0.1121±0.0209 mm), dengan p = 0.369 (p > 0.05). Larva FACE F1 dan ORVS F1 menunjukkan corak perkembangan berbeza berbanding RR F1 iaitu melibatkan penurunan saiz perkembangan daripada 0-14 hari kepada instar akhir. Bagi dewasa T. molitor, julat perkembangan tertinggi ditunjukkan antara induk (P) adalah sebanyak 0.0137 mm iaitu antara FACE dan RR. Manakala bagi generasi pertamanya (F1), julat perkembangan tertinggi ditunjukkan antara ORVS dan RR (0.0049 mm). Terdapat perbezaan bererti dan signifikan ditunjukkan antara dewasa T. molitor (induk dan generasi pertama) (F5,254 = 7.62, p < 0.05). Perbandingan perkembangan saiz larva dan dewasa di FACE telah dijalankan sehingga generasi kedua (F2) disebabkan oleh keadaannya yang mimik kepada jangkaan persekitaran pada masa hadapan. Secara keseluruhan, tiada perbezaan bererti ditunjukkan antara perkembangan saiz larva FACE F1 dan FACE F2 (F8,62 = 0.54, p > 0.05). Seterusnya, tiada perbezaan bererti dan signifikan (p = 0.177, p > 0.05) direkodkan antara T. molitor dewasa iaitu FACED F1 (0.167±0.0125 mm) berbanding FACED F2 (0.164±0.0082 mm). Berdasarkan analisis yang dijalankan, terdapat perhubungan korelasi yang signifikan (p < 0.05) antara ciri vs ciri larva dan dewasa bagi T. molitor tersebut. Seterusnya, tiada perubahan warna T. molitor diperhatikan di kedua-dua sistem dan bilik ternak. Tenebrio molitor menjalani metamorfosis lengkap. Kesan peningkatan CO2 terhadap biologi T. molitor dapat dilihat menerusi pemanjangan jangka masa perkembangan daripada peringkat larva ke pupa di ORVS (141-154 hari), namun tiada sebarang perubahan di peringkat telur ke larva (3-6 hari), serta pupa ke dewasa (3-12 hari). Jangka hayat terpendek ditunjukkan oleh dewasa ORVS (29 - 42 hari), manakala RR menunjukkan jangka hayat terpanjang (71-84 hari). Pencapahan yang ketara antara kedua-dua sistem CO2 dan RR dengan nilai butstrap yang tinggi tanpa dahan politomi hanya ditunjukkan pada pohon Neighbour-Joining larva sahaja. Sebagai cadangan untuk menjalankan kajian seterusnya, pemantauan boleh dijalankan pada aras kepekatan CO2 berbeza bagi melihat kesan peningkatan kepekatan gas tersebut dengan lebih tepat. Hasil yang diperolehi melalui kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan bagi proses pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan serangga perosak.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Carbon dioxide -- Environmental aspects | - |
dc.subject | Carbon dioxide mitigation | - |
dc.subject | Air quality management | - |
dc.subject | Greenhouse effect | - |
dc.subject | Atmospheric | - |
dc.subject | Greenhouse gases | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kesan peningkatan kepekatan karbon dioksida (CO2) ke atas morfologi, biologi dan genetik Tenebrio molitor | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 160 | - |
dc.identifier.callno | TD885.5.C3N837 2019 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004153(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110616+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.29 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.