Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500210
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shukor Md. Nor, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Farah Ayuni Farinordin (P77905) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:39:51Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:39:51Z | - |
dc.date.issued | 2019-12-02 | |
dc.identifier.other | ukmvital:110613 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500210 | - |
dc.description | Sisik ialah terbitan dermis terlekat pada badan ikan serta mempunyai pelbagai ciri morfologi tersembunyi yang boleh digunakan untuk pengecaman alternatif ikan. Sehingga sekarang ini, pengecaman taksa menggunakan sisik bukanlah teknik yang diamalkan secara meluas terutamanya di kawasan tropika. Kajian ini penting terutamanya dalam pembangunan teknik pengecaman bagi spesies ikan berdasarkan tinggalan-tinggalan sisik sekiranya teknik konvensional pengecaman berdasarkan morfologi luaran ikan tidak dapat diaplikasikan. Objektif kajian adalah untuk menentukan ciri-ciri morfologi primer dan sekunder sisik; membezakan taksa ikan melalui ciri-ciri primer dan sekunder sisik; membezakan sisik ikan yang berkongsi ciri-ciri primer dan sekunder sepunya, serta membangunkan kekunci dikotomi untuk famili, genus, dan spesies berdasarkan ciri-ciri dan variasi tersebut. Sampel sisik telah dikumpulkan dari sekurang-kurangnya lima spesimen bagi setiap spesies yang ditangkap terus di lapangan atau dari koleksi muzium untuk mewakili 12 famili, 48 genus, dan 70 spesies. Sisik-sisik ditanggalkan dari bahagian bawah garisan lateral, direndam dalam H2O2 (0.5%), NH3 (0.3%), DH2O, dan dibiarkan kering sebelum diapit di antara sepasang slaid kaca. Pengukuran parameter-parameter morfometrik sisik dibuat pada imej digital yang diambil menggunakan mikroskop cahaya pada pembesaran 100X. Pengukuran panjang keseluruhan (L), lebar keseluruhan (W), panjang rostral (L1), panjang kaudal (L2), dan lebar lateral (W1 dan W2) sisik dibuat menggunakan perisian Image J. Elemen primer yang membantu untuk pengecaman sisik ke peringkat famili adalah jenis sisik (berspina dan tidak berspina), jenis spina (ktenoid dan spinoid), jenis ktenoid (keseluruhan, terubah, dan periferal), susunan ktenus, struktur jejari (litupan, susunan, dan keseragaman), bentuk birai anterior, serta kedudukan fokus. Ciri-ciri morfologi sekunder pula ialah sifat jejari (ketebalan, kesimetrian, taburan jejari primer, kehadiran dan susunan jejari sekunder), struktur fokus (bentuk, corak, dan sifat), sifat permukaan di ketiga-tiga birai anterior, lateral, dan posterior, serta bentuk sisik. Ciri-ciri morfologi primer dan sekunder tidak dapat digunakan untuk membezakan 15 spesies, namun, nisbah panjang dan lebar sisik (nisbah L1/L, L2/L, L1/L2, W/L, W1/W, dan W2/W) dapat membezakan spesies-spesies tersebut secara signifikan melalui analisis perbandingan berganda (ANOVA). Neolissochilus soroides (Tengas) dan Tor tambroides (Kelah Merah) berbeza secara signifikan (P < 0.05) dengan sekurang-kurangnya satu spesies lain bagi keenam-enam nisbah berkenaan. Selain nisbah L1/L2, nisbah-nisbah lain tidak dapat digunakan untuk mengasingkan spesies dalam kekunci dikotomi kerana pertindihan julat parameter-parameter tersebut. Kewujudan struktur multi-fokus pada sesetengah sisik (variasi sisik) adalah ciri-ciri semulajadi sisik janaan semula ataupun kehadiran lapisan squamula yang merekah bagi sisik-sisik ikan siprinid. Kekunci dikotomi untuk famili telah dibangunkan berdasarkan ciri-ciri morfologi primer manakala kekunci untuk genus dan spesies dibina berasaskan ciri-ciri morfologi sekunder. Berdasarkan jumlah taksa keseluruhan, 91.67% daripada famili-famili yang dikaji dapat dibezakan melalui kekunci untuk famili, manakala 97.92% dan 75.71% masing-masing untuk genus dan spesies. Pembangunan teknik pengecaman taksa menggunakan morfologi sisik mampu menjadi alternatif dalam teknik pengecaman ikan dan mampu menyumbang terutamanya dalam perkembangan kajian forensik ikan.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Freshwater fishes -- Malaysia | |
dc.subject | Fishes -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pengecaman taksa ikan air tawar terpilih di Semenanjung Malaysia berdasarkan morfologi sisik | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 264 | |
dc.identifier.callno | QL634.M3F337 2019 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004151(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110613+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 12.82 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.