Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500205
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoraini Talip, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNurnida Mohd Kamal (P69838)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:39:48Z-
dc.date.available2023-10-13T09:39:48Z-
dc.date.issued2019-05-29-
dc.identifier.otherukmvital:110605-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500205-
dc.descriptionKajian fitokimia, aktiviti biologi dan anatomi telah dijalankan ke atas lima spesies paku pakis ubatan iaitu Adiantum latifolium Lam., Lygodium flexuosum (L.) Sw., Lygodium microphyllum (Cav.) R. Br., Stenochlaena palustris (Burm.) Bedd. dan Tectaria singaporiana (Wall. ex Hook. & Grev.) Ching di Tasik Chini, Pahang. Objektif kajian ini ialah untuk menentukan kehadiran bahan fitokimia dan kehadiran sebatian kimia; mengenalpasti aktiviti antibakteria dan antioksidan serta mengenalpasti ciri anatomi dan mikromorfologi pina, stip dan rizom spesies paku pakis terpilih berpotensi ubatan di Tasik Chini, Pahang. Tasik Chini, Pahang dipilih kerana ia merupakan kawasan yang diwartakan di bawah UNESCO dan kepelbagaian biologi floranya perlu dikaji bagi manfaat masyarakat setempat dan bagi tujuan membangunkan industri herba ubatan berasaskan kepelbagaian flora. Kajian fitokimia melibatkan kaedah penyaringan fitokimia, pemencilan dan pencirian. Kajian antibakteria melibatkan kaedah peresapan cakera dan kepekatan perencatan minimum manakala penentuan aktiviti antioksida menggunakan kaedah TPC, FRAP, ABTS dan DPPH. Kajian anatomi melibatkan kaedah hirisan dengan mikrotom gelongsor, penjernihan dan siatan epidermis serta cerapan di bawah mikroskop cahaya menggunakan perisian cell^B. Kajian mikromorfologi melibatkan kaedah cerapan permukaan epidermis adaksial dan abaksial pina di bawah mikroskop imbasan elektron menggunakan perisisan SmartSEM. Lima sebatian kimia telah dikenalpasti iaitu Stigmasta-4-en-3-on, Stigmasta-4,22-dien-3-on, Stigmasterol, β-sitosterol dan taraxerone. Pada asai peresapan cakera, ekstrak metanol A. latifolium menunjukkan perencatan yang hampir sama terhadap E. coli dengan kadar perencatan kloramfenikol (1.0 ± 0.8 mm). Perencatan terhadap bakteria Vibrio cholerae pada A. latifolium, L. flexuosum, L. microphyllum dan S. palustris menunjukkan hasil lebih tinggi berbanding dengan kadar perencatan minimum antara 30-7.5 μg/mL. Kajian antioksidan menunjukkan aktiviti antioksida paling tinggi dikesan pada S. palustris dalam kesemua ujian yang dijalankan dengan (jumlah kandungan fenolik 2720 mg, FRAP 1713 mg dan ABTS 9504.9 mg) GAE/100g berat sampel dan radikal bebas DPPH 9289.2 mg AA/100g. Hasil kajian anatomi menunjukkan corak dinding antiklin sinuous hadir pada kesemua spesies yang dikaji, stomata jenis polositik pada T. singaporiana dan jenis anomositik pada spesies-spesies yang lain. Peruratan tengah jenis dikotom kecuali T. singaporiana dengan peruratan terbuka dan bercabang. Stel stip pada A. latifolium jenis Onoclea, L. flexuosum jenis Lygodium, L. microphyllum jenis protostel biasa, S. palustris jenis Stenochlaena dan pada T. singaporiana jenis Polypodium. Trikom yang dicerap ialah trikom ringkas; unisel dan multisel, kelenjar dan kelenjar kapitat. Kesimpulannya, sebatian metabolit sekunder mempunyai perkaitan yang rapat dengan ciri anatomi, sebatian kimia dan aktiviti biologinya. Dua jenis sel perembes yang menjadi tempat perembesan sebatian kimia iaitu sel musilaj dan trikom. Sebatian metabolit sekunder ini memainkan peranan penting dalam menjadikan sesuatu spesies itu berpotensi merencat bakteria dan memerangkap radikal bebas bagi menghalang pengoksidaan berlaku. Ciri anatomi dan mikromorfologi juga mempunyai nilai taksonomi yang boleh digunakan dalam pengecaman spesies paku pakis kajian. Selain itu, data kajian kimia dan aktiviti biologi dapat digunakan sebagai rujukan bagi menyokong penggunaan spesies paku pakis dalam perubatan alternatif dan seterusnya usaha pengkomersialan dapat dilakukan untuk industri herba yang boleh membantu masyarakat setempat terutamanya di Tasik Chini, Pahang.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectFerns -- Malaysia-
dc.subjectPhytochemicals-
dc.subjectEcology -- Malaysia -- Chini Lake (Pahang)-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleFitokimia, aktiviti biologi dan anatomi paku pakis ubatan terpilih di Tasik Chini, Pahang-
dc.typeTheses-
dc.format.pages218-
dc.identifier.callnoQK529.M4N837 2019 tesis-
dc.identifier.barcode004146(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110605+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
16.07 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.