Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500189
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jumat Salimon, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Nurazira Mohd Nor (P78678) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:39:34Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:39:34Z | - |
dc.date.issued | 2019-02-15 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:110160 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500189 | - |
dc.description | Stok asas biopelincir berasaskan minyak sawit mentah (CPO) telah dihasilkan melalui beberapa proses pengubahsuaian kimia. Pengubahsuaian minyak sawit dijalankan melalui proses pemurnian, pengepoksidaan, pembukaan gelang epoksida dan pengesteran, manakala pengubahsuaian asid lemak minyak sawit dijalankan melalui pengesteran dengan beberapa jenis alkohol polihidrik. Pengoptimuman setiap proses pengubahsuaian dijalankan melalui kaedah respon permukaan (RSM) menggunakan reka bentuk D-optimal dan ujian pengecaman dijalankan menggunakan Kromatografi Gas, Spektroskopi Transformasi Fourier Inframerah dan Spektroskopi Resonan Magnetik Nukleus. Proses pemurnian dijalankan ke atas CPO untuk menghasilkan minyak sawit nyahgam, nyahwarna dan nyahbau (RBDPO) dan hasil pemurnian menunjukkan penurunan peratus asid lemak bebas kepada 1% dan 98% penyingkiran warna. RBDPO dengan nilai iodin 57.8 mg/g mengandungi 40% POP (TAG dominan) dan 45% asid oleik (asid lemak dominan) menunjukkan kestabilan oksidatif pada 181oC, 7oC takat tuang, 240oC takat kilat dan indeks kelikatan sebanyak 130. Pengepoksidaan RBDPO dijalankan menggunakan asid performik dijana secara in situ menghasilkan 86% hasil minyak sawit terepoksida (EPO) dengan kandungan oksigen oksirana (OOC) 3.46%. Proses pembukaan gelang EPO dengan asid oleik menghasilkan 84% hasil hidroksi oleate minyak sawit (POHO). Pengesteran POHO seterusnya dengan asid oleik menghasilkan 80% hasil dioleate minyak sawit (PODO) yang mempunyai kestabilan oksidatif pada 157oC, -10oC takat tuang, 315oC takat kilat dan indeks kelikatan 146. Pengubahsuaian asid lemak minyak sawit (POFAs) dengan lima jenis alkohol polihidrik iaitu neopentilglikol (NPG), trimetilolpropana (TMP), pentaeritritol (PE), di-trimetilolpropana (DTMP) dan di-pentaeritritol (DPE) turut dilakukan. Pengesteran POFAs dengan NPG menghasilkan 90% hasil diester NPG (NPGDE) dengan 100% diester dan mencatatkan kestabilan oksidatif pada 184oC, 10oC takat tuang, 235oC takat kilat dan indeks kelikatan 160. Triester TMP (TMPTE) pula (92% hasil dan 100% triester) mencatatkan kestabilan oksidatif pada 183oC, 8oC takat tuang, 290oC takat kilat dan indeks kelikatan 158. Tetraester PE (PETE- 85% hasil dan 97.4% tetraester) mencatatkan kestabilan oksidatif pada 189oC, 17oC takat tuang, 300oC takat kilat dan indeks kelikatan 147. Tetraester DTMP (DTMPTE-75.9% hasil dan 90.52 mgKOH/g nilai hidroksil) mencatatkan kestabilan oksidatif pada 186oC, 16oC takat tuang, 315oC takat kilat dan indeks kelikatan 144. Manakala heksaester DPE (DPEHE-65.5% hasil dan 110.02 mgKOH/g nilai hidroksil) mempunyai kestabilan oksidatif pada 186oC, 15oC takat tuang, 325oC takat kilat dan indeks kelikatan 103. Hasil kajian menunjukkan PETE mempunyai kestabilan oksidatif tertinggi disebabkan oleh pengurangan kandungan ikatan ganda dua yang menjadi tapak aktif pengoksidaan. PODO pula mencatatkan nilai takat tuang terendah disebabkan oleh struktur ester yang bercabang dan bengkok menjadikan molekul kurang padat dan berongga. Manakala, DPEHE mencatatkan nilai takat kilat tertinggi disebabkan oleh pertambahan panjang rantai karbon yang meningkatkan berat molekul. NPGDE pula mempunyai indeks kelikatan tertinggi dan kurang mengalami perubahan secara drastik apabila berlaku peningkatan atau penurunan suhu. Secara keseluruhan, semua biopelincir yang dihasilkan mempunyai sifat kepelinciran yang baik dan sesuai untuk digunakan dalam pelbagai aplikasi pelincir industri.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Palm oil industry | - |
dc.subject | Lubrication and lubricants | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kajian pengubahsuaian minyak sawit mentah untuk penghasilan stok asas biopelincir | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 307 | - |
dc.identifier.callno | TJ1077.N837 2019 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110160+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.05 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.