Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500187
Title: | Penentuan penanda biologi dan penglibatan hipoksia ke atas penyerapan akar apikal luaran gigi kacip semasa rawatan ortodontik |
Authors: | Zulham (P57328) |
Supervisor: | Shahrul Hisham Zainal Ariffin, Prof. Dr. |
Keywords: | Anoxemia Apicoectomy Ortodontik Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 25-Dec-2018 |
Description: | Penyerapan akar gigi dan hipoksia boleh berlaku kesan daripada mampatan yang diberikan terhadap gigi semasa rawatan ortodontik. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penanda biologi serta kehadiran hipoksia pada individu yang mengalami penyerapan akar gigi apikal luaran (PAAL) semasa rawatan ortodontik. Sampel cecair krevis gingiva (GCF) gigi kacip maksila sentral diambil daripada 25 orang individu ortodontik sebelum rawatan (A0), dua minggu selepas penggunaan braket 0.014” (A1), 0.018” (A2), braket 0.018” x 0.025” (A3), braket 0.019” x 0.025” (A4) dan selepas satu tahun rawatan (A5). Peringkat A1, A2 dan A3 dilakukan dalam tempoh 6 bulan pertama rawatan (peringkat awal), manakala A4 dan A5 dalam masa 6-12 bulan rawatan (peringkat akhir). Imbasan tomografi komputeran pancaran-kon (CBCT) digunakan bagi menentukan kehadiran PAAL bagi individu pada sebelum rawatan (X0), 6 bulan rawatan (X6) dan 12 bulan rawatan (X12). Aktiviti spesifik penanda biologi yang terlibat iaitu kreatin kinase (CK), aspartat aminotransferase (AST) dan laktat dehidrogenase (LDH) pula dijalankan menggunakan kaedah pengasaian enzim. Kepekatan nitrik oksida (NO) pula ditentukan melalui pengasaian Griess. Manakala profil penanda biologi yang berpotensi diukur dengan menggunakan pendekatan asai enzim berpaut imunojerapan (ELISA) terapit. Bagi kesan hipoksia pula, analisis penanda HIF-1 ditentukan melalui pendekatan ELISA terapit serta Western Blot. Analisis CBCT menunjukkan penyerapan akar gigi berlaku pada 87.50% individu gigi kacip trauma dan 81.25% individu gigi kacip bukan trauma pada X6, seterusnya menjadi 100% pada X12 Purata PAAL bagi gigi kacip trauma dan bukan trauma pada X6 masing-masing adalah 0.41 + 0.29 mm dan 0.48 + 0.42 mm. Seterusnya menjadi 0.98 + 0.65 mm dan 0.85 ± 0.51 mm pada X12. Analisis statistik ke atas aktiviti spesifik penanda biologi yang terlibat pula mendapati LDH berpotensi sebagai penanda untuk ujian prognostik berbanding dengan NO, CK dan AST. LDH yang diukur pada A1 dengan aktiviti spesifik > 2.00 x 10-9 U/mg menunjukkan tahap sensitif dan spesifik terhadap PAAL adalah masing-masing pada 60% dan 100%, manakala LDH A2; aktiviti spesifik ≤ 5.61 x 10-9 U/mg masing-masing mempunyai tahap sensitif dan spesifik terhadap PAAL pada 85.7% dan 62.5%. Pendekatan ELISA pula menunjukkan kehadiran LDH yang signifikan (p<0.05) pada A1 berbanding dengan A0 semasa 6 bulan pertama rawatan dan pada A4 dan A5 selepas 6 bulan rawatan. Namun, ujian korelasi Kendal Tau mendapati tiada korelasi di antara aktiviti spesifik LDH dengan tahap keterukan penyerapan akar gigi yang terhasil. Selain itu, PAAL peringkat awal menunjukkan peningkatan pengekspresan HIF-1 yang signifikan (p<0.05) pada A2 berbanding A0, manakala pada A4 dan A5 pada peringkat akhir rawatan. Analisis Western Blot pula mendapati HIF-1 diekspreskan lebih tinggi semasa A1 dan A2 dalam kes PAAL pada peringkat awal rawatan, manakala pada A4 dan A5 pada peringkat akhir rawatan. Hal ini menunjukkan kesan hipoksia berlaku pada individu PAAL di sepanjang tempoh rawatan. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan penyerapan akar gigi adalah tinggi dan meningkat seiring dengan tempoh rawatan pada kedua-dua gigi kacip trauma dan bukan trauma. LDH merupakan penanda prognostik terbaik untuk penyerapan akar gigi meskipun tidak sesuai untuk menentukan tahap keterukan penyerapan akar gigi yang terhasil. Kesan hipoksia pula didapati berlaku kepada individu ortodontik yang mengalami PAAL. Kedua LDH dan HIF-1 berpotensi sebagai penanda diagnostik dalam menentukan kehadiran PAAL menggunakan GCF.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. |
Pages: | 234 |
Call Number: | RB150.A67Z835 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110159+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.49 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.