Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500179
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLiew Ju Neng, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNgai Sheau Tieh (P72482)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:39:24Z-
dc.date.available2023-10-13T09:39:24Z-
dc.date.issued2018-01-10-
dc.identifier.otherukmvital:109852-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500179-
dc.descriptionKaedah pembetulan pincang pemetaan kuantil (QM) digunakan untuk membetulkan pincang kerpasan dan min suhu permukaan harian daripada simulasi GCM dan RCMs di kawasan Asia Tenggara. Set data daripada pelbagai RCMs serta pemacu GCM dalam arkib CORDEX (Asia Timur dan Asia Tenggara) diselaraskan untuk: i. mengkaji penambahbaikan penurunan skala dinamikal RCMs dalam konteks pembetulan pincang; ii. membincangkan pengaruh pembetulan pincang terhadap perubahan iklim yang diunjurkan pada masa depan untuk kerpasan, suhu permukaan dan indeks ekstrim, serta untuk menentupasti kesan pembetulan pincang kepada ketekalan fizikal yang wujud antara pembolehubah kerpasan dan suhu permukaan; iii. dan memperolehi dan membandingkan unjuran perubahan hujan, suhu permukaan dan indeks ekstrim sebelum dan selepas pembetulan pincang di Asia Tenggara pada abad ke-21 berdasarkan dua Kepekatan Wakil Laluan 4.5 (RCP4.5) dan 8.5 (RCP8.5). Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah QM memperbaiki pincang yang ketara untuk kerpasan dan suhu. Tiada bukti jelas menunjukkan bahawa penurunan skala RCMs sebagai langkah perantaraan sebelum pembetulan pincang membekalkan penambahbaikan kepada iklim serantau kecil berbanding dengan pembetulan secara terus terhadap pemancu GCM. Penambahbaikan simulasi RCM adalah kurang jelas disebabkan oleh daratan, konfigurasi pantai dan juga operasi proses iklim serantau kawasan situ yang rumit; dan ia berkemungkinan amat kebersandaran lokasi. Pembetulan pincang tidak mempengaruhi corak ruang umum unjuran perubahan hujan tetapi berpontensi mengubahsuai magnitud perubahan hujan. Penggunaan kaedah pengawetan trend QM yang mengekalkan trend masa depan ketika membetulkan pincang adalah lebih sesuai diguna untuk pembolehubah seperti suhu. Simulasi GCM/RCM yang diperbetulkan tidak menjamin ketekalan fizikal antara pembolehubah dan ia juga berkemungkinan akan mempengaruhi isyarat perubahan iklim di lokasi dan musim tertentu. Kaedah ini berpotensi untuk menambah ketidakpastian kepada isyarat perubahan dalam curahan hujan tinggi dan indeks ekstrim hujan. Bagi unjuran masa depan, kaedah QM memperkuatkan magnitud perubahan unjuran simulasi GCMs dan RCMs untuk kedua-dua pembolehubah. Pengaruhan QM amat bergantung kepada pancaran RCP. Perubahan hujan yang diperbetulkan selepas pembetulan pincang mencadangkan bahawa hujan masa depan di purata kawasan Asia Tenggara dijangka akan berubah antara –10% hingga 10% (–40% hingga 20%) untuk hujan tahunan, –20% hingga 10% (–30% hingga 30%) ketikamusim sejuk DJF, dan –15% hingga 15% (–50% hingga 30%) bagi musim panas JJA pada akhir abad ke-21 untuk RCP4.5 (RCP8.5). Purata suhu permukaan akan terus meningkat antara julat 1°C hingga 3°C (3 °C hingga 5 °C) untuk tahunan, 0.5°C hingga 3 °C (2 °C hingga 5 °C) untuk DJF dan 1 °C hingga 3 °C (2 °C hingga 5 °C) bagi JJA pada akhir abad ke-21 untuk RCP4.5 (RCP8.5). Hanya satu kaedah pembetulan pincang dipertimbangkan dalam kajian ini. Pelbagai pendekatan pembetulan pincang harus dipertimbangkan untuk kajian akan datang, supaya dapat menilai ketidaktentuan yang berkaitan dengan kaedah pembetulan dalan kajian kesan perubahan iklim. Pembaca dan pengguna harus memahami bahawa pertimbangan atas sumber tambahan daripada ketidakpastian dalam rantaian permodelan yang menghubungkan model berskala besar dan model impak adalah penting. Walaupun model iklim sejagat dan serantau akan terus dipertingkatkan, pembetulan pincang merupakan kaedah yang berguna untuk merapatkan ketidaksepadanan antara model iklim dengan kajian kesan iklim pada masa ini.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectClimatic changes -- Southeast Asia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePembetulan pincang kerpasan dan suhu permukaan harian simulasi model sejagat dan serantau di Asia Tenggara-
dc.typeTheses-
dc.format.pages234-
dc.identifier.callnoQC903.N463 2018 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109852+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.