Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500141
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ibrahim Abdullah, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Achmad Rodhi (P62825) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:38:54Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:38:54Z | - |
dc.date.issued | 2018-03 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:107628 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500141 | - |
dc.description | Perbandingan struktur di kawasan Johor Timur dan Terengganu merujuk kepada perbezaan pola struktur-struktur utama di kedua-dua kawasan, termasuk diantaranya ialah perbezaan jenis struktur, arah orientasi struktur, arah tegasan kuno, canggaan tektonik dan usia canggaan pembentuk strukturnya. Kajian terperinci dilakukan di Pantai Timur Terengganu dan Johor Timur, kerana terdapat banyak dijumpai singkapan yang menyokong kajian tersebut. Penyelidikan ini dilakukan secara terperinci di 13 kawasan terpilih, bagi menampakkan pelbagai macam struktur di Jalur Timur Semenanjung Malaysia dan menafsirkan perbezaan dan perubahan strukturnya. Formasi Mersing dan Lapisan Sungai Perlis merupakan batuan tertua yang dijumpai di Jalur Timur, Kedua-dua formasi tersebut berumur Karbon. Formasi Mersing ditindih secara tidak selaras oleh Formasi Murau yang berusia Perm Awal dan Sumalayang Ahli dalam Formasi Dohol yang berusia Perm Awal, manakala Lapisan Sungai Perlis ditindih secara tidak selaras oleh Formasi Bukit Keluang yang berusia Perm Tengah. Keseluruhan batuan usia Karbon-Perm Awal ditindih secara tidak selaras oleh batuan volkanik berusia Perm Akhir. Berdasarkan jenis struktur, arah tegasan kuno, dan prinsip genetiknya Jalur Timur Semenanjung Malaysia diduga telah mengalami 5 kali canggaan. Canggaan tertua (D1) pada Perm Awal berarah SBD-UTL menghasilkan sesar dekstral UBL-STG di kawasan Terengganu dan juga Johor Timur. Tegasan ini berlanjutan sehingga Perm Tengah. Di Terengganu canggaan D2 membina sesar dekstral yang arahnya berubah menjadi U-S. Sesar ini berhubungkait dengan lipatan yang memiliki paksi UBL-STG, manakala di Johor membina "kink band" UBL-STG. Canggaan tektonik Perm Akhir (D2) berubah arah ke B-T. (D3a) membina sesar sinistral BL-TG berhubungkait dengan lipatan berpaksi U-S. Di sekitar Cendering canggaan (D3b) membina kumpulan sesar songsang TTL-BBD, yang juga berhubungkait dengan lipatan berpaksi TTL-BBD. Sesar songsang dan lipatan TTL-BBD tersebut membina hubungkait dengan sesar sinistral BL-TG membentuk struktur "Contractional Horsetail Splay". Pada Trias, canggaan D4a transpresi sinistral membina sesar mendatar Lebir dan canggaan D4b membina sesar mendatar konjugat dengan arah orientasi tegasan kuno BBL-TTG. Canggaan D5a transpresi sinistral membina sesar mendatar Kuala Lumpur BBL-TTG, manakala canggaan D5b membina sesar konjugat dengan arah tegasan kuno BBD-TTL. Sejarah tektonik Jalur Timur bermula dari Perm Awal terjadi pertembungan antara Samudera Paleo-Tethys yang bergerak ke TL dengan sisi bahagian BD keping Benua Malaya Timur. Pertembungan tersebut membentuk subduksi serong dan membina sesar dekstral atau zon ricih STG-BBL. Pada Perm Tengah, Paleo-Tethys terus bergerak ke TL melalui sisi barat Benua Malaya Timur membentuk subduksi serong dan membina sesar dekstral U-S. Pada Perm Akhir Paleo-Tethys bergerak berubah arah menjadi B-T, lalu membentuk subduksi serong dan membina sesar sinistral. Pada Trias Tengah Sibumasu yang bergerak bersama dengan Paleo-Tethys membentuk "collision". Canggaan Kapur Akhir hingga Tersier, arah tegasan B-T hingga BBD-TTL membina sesar sinistral BBL-TTG yang dikenal Sesar Kuala Lumpur.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Geology -- Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Perbandingan geologi struktur di Johor Timur dan Terengganu, dengan penekanan di kawasan Pantai Jalur Timur Semenanjung Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 369 | - |
dc.identifier.callno | QE299.5.A464 2018 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003854(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_107628+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.66 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.