Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500140
Title: Pemodelan matematik bagi aliran lapisan sempadan dan pemindahan haba dalam beberapa bendalir tak Newtonan
Authors: Kohilavani Naganthran (P78509)
Supervisor: Roslinda Mohd Nazar, Prof. Dr.
Keywords: Newtonian fluid
Fluid dynamics
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Dec-2018
Description: Dalam industri polimer, pengetahuan dan pemahaman mengenai telatah bendalir tak Newtonan dan perlakuannya terhadap proses pemindahan haba dalam penyemperit adalah penting supaya kualiti produk yang dihasilkan dapat dijamin oleh pihak pengilang. Dalam industri kejuruteraan pula, bendalir tak Newtonan digunakan secara meluas sebagai pelincir dalam jentera perindustrian bagi memastikan ia dapat beroperasi dengan cekap untuk suatu jangka masa yang lama. Sehubungan itu, lima masalah aliran lapisan sempadan dalam lima jenis bendalir tak Newtonan yang berbeza dipertimbangkan dalam kajian ini, iaitu (i) aliran titik genangan tak mantap dan pemindahan haba bagi bendalir istimewa gred ketiga terhadap helaian telap meregang/mengecut; (ii) aliran titik genangan serong dan pemindahan haba terhadap permukaan telap mengecut dalam bendalir likat-kenyal; (iii) aliran titik genangan olakan campuran terhadap plat rata telap menegak mengecut dalam bendalir Powell-Eyring; (iv) kesan sinaran terma pada aliran titik genangan olakan campuran terhadap plat rata telap menegak mengecut dalam bendalir Oldroyd-B; dan (v) aliran titik genangan dan pemindahan haba terhadap cakera berjejarian telap mengecut dalam bendalir Jeffery dengan penjanaan/penyerapan haba. Aliran bendalir dalam rantau titik genangan dikaji terhadap permukaan telap meregang/mengecut yang berkedudukan secara mendatar dan menegak. Kesan fizikal yang lain seperti sinaran terma, penjanaan/penyerapan haba dan olakan campuran turut diketengahkan dalam kajian ini. Model matematik yang terdiri daripada sistem persamaan pembezaan separa tak linear diturunkan kepada sistem persamaan pembezaan biasa tak linear dengan menggunakan penjelmaan keserupaan. Penyelesai masalah nilai sempadan MATLAB bvp4c digunakan untuk menyelesaikan setiap sistem persamaan pembezaan biasa tak linear secara berangka bagi mendapatkan nilai pekali geseran kulit setempat dan nombor Nusselt setempat, di samping menghasilkan profil halaju dan profil suhu. Kuantiti fizikal tadi digunakan untuk menjelaskan telatah aliran bendalir serta kadar pemindahan haba dalam rantau aliran titik genangan, dan ia diberikan dalam bentuk graf dan jadual. Secara keseluruhannya, didapati bahawa kesan sedutan yang kuat, pengurangan sifat tak Newtonan, kesan sinaran terma yang lemah, dan permukaan jasad yang meregang mampu melambatkan pemisahan lapisan sempadan. Penyelesaian cabang bawah menunjukkan pengurangan dalam nilai pekali geseran kulit setempat apabila kesan sedutan bertambah, dan secara langsungnya memerihalkan keadaan aliran bendalir tak Newtonan dengan pemisahan lapisan sempadan. Dalam masalah kajian bendalir Powell-Eyring, pemisahan lapisan sempadan tidak berlaku dalam rantau aliran membantu dan menentang apabila nombor Prandtl sebagai 23 digunakan. Sebaliknya, apabila bendalir tak Newtonan yang kurang likat dikaji, pemisahan lapisan sempadan dapat dikesan. Selanjutnya, penyelesaian dual diperoleh bagi julat parameter meregang/mengecut dan parameter olakan campuran. Tambahan pula, hasil daripada analisis kestabilan menunjukkan penyelesaian cabang atas adalah stabil manakala penyelesaian cabang bawah adalah tidak stabil. Dari segi matematik, kajian ini sememangnya memberikan sumbangan dalam skop mengenal pasti penyelesaian dual dan menjustifikasikan kestabilan penyelesaian dual.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 264
Call Number: QA911.K634 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107627+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.