Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500139
Title: | Aliran lapisan sempadan terhadap permukaan meregang/mengecut dalam nanobendalir dan bendalir berdebu: penyelesaian berangka dan analisis kestabilan |
Authors: | Rohana Abdul Hamid (P76009) |
Supervisor: | Roslinda Mohd Nazar, Prof. Dr. |
Keywords: | Fluid dynamics Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-Jan-2018 |
Description: | Dalam kajian ini, masalah aliran lapisan sempadan terhadap permukaan meregang dan mengecut dalam nanobendalir dan bendalir berdebu telah dipertimbangkan secara berangka. Nanobendalir merupakan bendalir asas seperti air dan etilena glikol yang ditambah dengan zarah berskala nano kurang daripada 100 nanometer (nm) seperti kuprum dan alumina. Sementara itu, nanobendalir bermagnet (ferobendalir) merupakan ampaian nanozarah magnet seperti magnetit dan hematit dalam bendalir asas. Kedua-dua nanobendalir dan ferobendalir sangat bermanfaat dalam aplikasi pemindahan haba dan bidang lain. Selain itu, bendalir berdebu pula merupakan campuran cecair atau gas yang mengandungi zarah debu halus dan kajian dalam bidang ini sangat penting kerana secara semula jadi, bendalir dalam bentuk tulen adalah jarang didapati. Contohnya seperti udara dan air mengandungi kekotoran seperti debu ataupun zarah bendasing lain. Dalam kajian ini, model matematik diterbitkan untuk tiga masalah dalam nanobendalir iaitu (i) aliran titik genangan tak sejajar terhadap permukaan telap meregang/mengecut secara linear menggunakan model semakan Buongiorno; (ii) kesan tindak balas kimia dan radiasi terma ke atas aliran lapisan sempadan magnetohidrodinamik (MHD) yang melalui permukaan meregang/mengecut secara eksponen; dan (iii) kesan tiupan Stefan and nombor Soret ke atas aliran titik genangan ferobendalir terhadap permukaan meregang/mengecut secara linear dengan gelincir. Seterusnya, tiga masalah dalam bendalir berdebu yang dipertimbangkan terhadap permukaan telap meregang/mengecut secara linear adalah (iv) aliran lapisan sempadan mantap; (v) aliran lapisan sempadan tak mantap dengan kelikatan dan gelincir zarah dan (vi) aliran lapisan sempadan mantap dan pemindahan haba dalam ferobendalir berdebu dengan pelesapan likat. Masalah-masalah ini telah diselesaikan menggunakan kaedah penjelmaan keserupaan dengan persamaan menakluk pembezaan separa diturunkan kepada persamaan pembezaan biasa. Berikutnya penyelesaian berangka bagi kuantiti fizikal seperti pekali geseran kulit setempat, nombor Nusselt setempat, fungsi tak sejajar, profil halaju, profil suhu, profil pecahan isi padu nanozarah dan profil kepekatan spesies diperoleh dengan menggunakan fungsi bvp4c dalam perisian Matlab. Kesan pelbagai parameter telah dikaji seperti parameter sedutan (s) , parameter meregang/mengecut , tindak balas kimia , radiasi terma (R) , medan magnet M , parameter nisbah halaju V, nombor Soret S , parameter tiupan Stefan, parameter halaju gelincir G , parameter gelincir terma G , parameter interaksi bendalir-zarah , parameter nisbah kelikatan p dan parameter ketakmantapan A . Daripada keputusan didapati bahawa kesan ketaksejajaran tidak mempengaruhi suhu nanobendalir. Parameter yang mempengaruhi suhu nanobendalir adalah parameter meregang/mengecut, parameter sedutan, parameter radiasi terma, parameter medan magnet dan parameter tiupan Stefan. Sebaliknya bagi kajian bendalir berdebu pula didapati bahawa kelikatan rekaan bagi zarah debu perlu diwujudkan bagi membolehkan zarah terlibat dengan proses sedutan serta kesan gelincir zarah dapat dikaji. Selain itu, dalam kajian ini juga didapati bahawa bagi semua masalah yang dikaji, wujud penyelesaian kedua dalam julat yang tertentu bagi parameter meregang dan mengecut. Oleh itu, analisis kestabilan telah dilakukan dan didapati bahawa penyelesaian kedua adalah tidak stabil.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. |
Pages: | 280 |
Call Number: | TA357.R634 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_107626+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.