Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500134
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorUmar Hamzah, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNur Zulfa Abdul Kalid (P69840)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:38:49Z-
dc.date.available2023-10-13T09:38:49Z-
dc.date.issued2018-07-20-
dc.identifier.otherukmvital:106316-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500134-
dc.descriptionPenafsiran struktur sesar bawah permukaan yang terbentuk di Lembangan Taranaki hasil daripada peristiwa tektonik telah banyak dilaporkan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Banyak penafsiran bawah permukaan lebih tertumpu kepada kajian pola sesar, namun kurang maklumat dilaporkan berkenaan struktur retakan/kekar yang juga banyak terbentuk di kawasan kajian oleh aktiviti tektonik. Selain itu, terdapat juga beberapa struktur sesar yang tidak dipetakan. Ini mungkin disebabkan oleh faktor kualiti dan kejelasan data yang digunakan pada ketika itu sehingga tidak semua struktur sesar yang wujud dapat dipetakan. Kajian struktur di Lapangan Taranaki sebelumnya telah menggunakan data seismos dengan teknik irisan masa untuk menandakan kehadiran struktur sesar berdasarkan perbezaan amplitud gelombang seismos pada peta kontur isokron. Anjakan sistematik amplitud gelombang seismos ini ditafsirkan sebagai sesar major. Namun, pengesanan kehadiran struktur sesar menggunakan kaedah ini memberikan hasil yang kurang jelas. Atribut seismos jenis azimut kemudiannya digunapakai pada peta irisan masa dan mendapati jumlah struktur sesar semakin bertambah diikuti dengan kehadiran sedikit struktur retakan/kekar. Oleh itu, pada kajian ini, satu tafsiran seismos dilakukan untuk mengkaji struktur sesar dan retakan yang terdapat dalam sedimen Paleosen hingga Holosen di Lapangan Kupe dengan menganalisis kiub seismos 3D Kerry. Data kiub seismos 3D ini mengandungi sebanyak 286 garis seismos selari dan 734 garis seismos yang memotong 90 darjah antara satu sama lain meliputi kawasan seluas 555 km2. Bagi pemetaan struktur sesar dan retakan, sebanyak 6 attribut seismos termasuk amplitud, kesamaan kemiringan maksimum, kelengkungan maksimum, kelengkungan minimum, kelengkungan paling positif dan kelengkungan paling negatif telah diuji pada keseluruhan blok seismos 3D. Hasil ujikaji menunjukkan atribut seismos kelengkungan minimum dan paling negatif telah memberikan hasil terbaik untuk menonjolkan kehadiran struktur sesar dan retakan. Sebanyak 808 sesar normal major dari beberapa formasi yang berbeza usia yang menganjur ke arah utara-selatan hingga timur-barat dengan kemiringan berjulat antara 26 hingga 77 darjah telah dikenal pasti di Lapangan Kupe. Teknik atribut seismos ini juga telah berjaya mengesan sebanyak 14,634 lineamen kekar dan retakan yang berarah paling dominan timur-barat dan timur laut-barat daya serta minimum ke arah utara-selatan. Pola kedudukan sesar dan retakan tersebut ditafsirkan hasil canggaan tektonik dari arah barat laut-tenggara. Selain daripada kajian struktur, Kajian mengenai stratigrafi yang merangkumi maklumat berkenaan bahan enapan serta sempadan jujukan bagi unit batuan sedimen yang membentuk Lembangan Taranaki juga banyak dikaji oleh beberapa pengkaji terdahulu. Kajian stratigrafi lebih tertumpu kepada pembinaan unit litostratigrafi dan horizon seismos berdasarkan perubahan fasies tanpa memberi penekanan yang lebih kepada lokasi pengakhiran pantulan. Oleh itu, melalui kajian ini, horizon seismos yang dipilih telah digunakan untuk mengenalpasti sempadan-sempadan jujukan berdasarkan kepada ciri pengakhiran pantulan yang membawa kepada jumpaan jujukan baharu iaitu J1 yang memisahkan unit jujukan Formasi Giant Foresets dengan N80. Selain itu atribut seismos jenis penguraian spektrum juga telah digunakan dengan jayanya untuk mencerap dan memetakan sistem sungai yang terdapat pada formasi berusia Holosen-Resen seperti kehadiran sungai berliku, tasik kuno dan delta. Melalui analisis stratigrafi seismos dan jujukan, satu aras sempadan jujukan telah ditemui dalam sedimen muda berusia Resen berdasarkan ciri-ciri lapik mara hadapan yang menandakan kemaraan air laut pada masa transgresi.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectFaults (Geology) -- New Zealand-
dc.subjectFractures -- New Zealand-
dc.subjectGeology-
dc.subjectStratigraphic-
dc.subjectGeophysical instruments -- New Zealand-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleTafsiran struktur sesar dan retakan, stratigrafi dan saliran kuno menggunakan teknik atribut seismik 3D di Lapangan Kupe, Lembangan Taranaki, New Zealand-
dc.typeTheses-
dc.format.pages325-
dc.identifier.callnoQE606.5.N45N839 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003681(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106316+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.