Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500127
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Abas Kutty, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorMohd Akmal Mahazar (P65077)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:38:43Z-
dc.date.available2023-10-13T09:38:43Z-
dc.date.issued2018-08-08-
dc.identifier.otherukmvital:106258-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500127-
dc.descriptionSungai Penchala merupakan antara salah satu anak sungai kepada Sungai Klang dan dilaporkan sebagai salah satu sungai yang sangat tercemar di Malaysia. Sungai ini mengalami perubahan struktur morfologi yang serius serta kemerosotan kualiti air yang sangat teruk. Oleh itu, kajian penilaian kualiti air, kepelbagaian makroinvertebrat bentik dan permodelan sungai ini telah dijalankan bagi menilai kualiti air dan keupayaan menampung kepelbagaian biologi. Bagi tujuan itu, permodelan kualiti air semasa Sungai Penchala telah dilakukan dengan menggunakan permodelan QUAL2K bagi melihat corak sebaran bahan cemar di dalam sungai serta keupayaan sungai untuk menampung bebanan bahan cemar. Selain daripada itu, data ruangan dan masa kelimpahan makroinvertebrat bentik juga digunakan untuk menilai kualiti air sungai. Persampelan, penilaian kualiti air dan makroinvertebrat bentik dijalankan setiap dua bulan bermula daripada Ogos 2012 dan berakhir pada Jun 2014. Penentuan kualiti air dijalankan mengikut kaedah-kaedah yang disaran oleh American Public Health Association (APHA) dan menggunakan pengelasan indeks kualiti air (IKA) yang dihasilkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Malaysia. Model QUAL2K telah dikalibrasi menggunakan data lapangan dan menepati lebih daripada 85% kejituan yang disarankan. Hasil kajian menunjukkan kualiti air Sungai Penchala berada pada kelas I bagi stesen 1 yang terletak di kawasan paling hulu sungai dengan nilai purata indeks 94, manakala stesen ke-2 ke bawah mempunyai kualiti air yang rendah dan berada di antara kelas III, IV atau V. Sebanyak 4 kelas, 16 order dan 65 famili makroinvertebrat bentik telah dikenal pasti sepanjang tempoh persampelan. Stesen 1 mempunyai nilai purata indeks BMWP sebanyak 108 dan menunjukkan kualiti air yang sangat baik dan seiring dengan nilai IKA. Stesen ke 2, 3 dan 4 pula masing-masing mempunyai nilai purata BMWP 10, 18, dan 8 yang menunjukkan keadaan air sungai yang tercemar. Keadaan sungai yang telah diubah didapati telah menghadkan jenis makroinvertebrat bentik yang mendiami nic di kawasan tersebut. Ini menunjukkan bahawa pemonitoran secara biologi mampu memberikan gambaran yang sama mengenai kualiti air bagi sungai di kawasan bandar. Permodelan QUAL2K menunjukkan sungai ini mempunyai kapasiti untuk mengasimilasi bahan cemar berdasarkan senario-senario yang telah dijalankan dan hasil kajian ini menunjukkan bahawa Sungai Penchala dikategorikan sebagai sangat tercemar disebabkan oleh parameter ammoniakal-nitrogen sahaja. Simulasi QUAL2K menunjukkan peningkatan bahan cemar bagi parameter-parameter lain bermula dari pada kilometer 5 disebabkan peningkatan kemasukkan bahan cemar dari kawasan sekitar melalui saluran-saluran yang banyak di tepi sungai dan juga dari kesan pengumpulan bahan cemar daripada kilometer sebelumnya. Peningkatan kepekatan ammoniakal-nitrogen dipercayai berkait rapat dengan tahap kepadatan penduduk yang tinggi di sekitar Sungai Penchala dan juga pelepasan air kumbahan dari kawasan berdekatan ke dalam aliran air sungai. Oleh itu, kilometer 5 hingga ke hilir sungai merupakan kawasan yang perlu diberi perhatian. Kajian ini telah berjaya memperlihatkan corak kualiti air dan biotik di sepanjang sungai kajian dan menunjukkan keupayaan sungai ini untuk menampung bahan cemar.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectWater quality-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenilaian Sungai Penchala berasaskan indeks kualiti air, penunjuk biologi dan permodelan QUAL2K-
dc.typeTheses-
dc.format.pages192-
dc.identifier.callnoTD370.M833 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003679(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106258+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
986.25 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.