Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500125
Title: Kejuruteraan protein endo-levanase rekombinan daripada Bacillus lehensis G1 bagi meningkatkan penghasilan produk khusus
Authors: Siti Salbiyah Abdul Fattah (P80269)
Supervisor: Abdul Munir Abdul Murad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Bacillus (Bacteria)
Biochemical engineering
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Jul-2018
Description: Endo-levanase daripada bakteria Bacillus lehensis G1 (Levblg1) menunjukkan aktiviti hidrolisis yang tinggi ke atas levan untuk menghasilkan rantaian pendek frukto-oligosakarida (FOS) yang dikenali sebagai prebiotik. Prebiotik merupakan makanan yang khusus untuk menyokong pertumbuhan dan aktiviti bakteria probiotik yang hadir pada usus. Walau bagaimanapun, fungsi FOS sebagai prebiotik adalah bergantung kepada darjah pempolimeran (DP) rantaian FOS di mana rantai pendek FOS terutamanya DP 3 dan DP 4 lebih mudah digunakan oleh bakteria probiotik berbanding rantai panjang FOS. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menghasil dan menciri Levblg1, merungkai fungsi enzim berdasarkan struktur dan membangunkan enzim termodifikasi bagi meningkatkan penghasilan DP 3 dan DP 4. Levblg1 rekombinan yang bersaiz ~69.5 kDa telah berjaya dihasil menggunakan sistem pengekspresan Escherichia coli. Pencirian Levblg1 tertulen menunjukkan enzim ini aktif pada suhu 30°C dan pH 8.0. Kaedah kejuruteraan protein berpandukan struktur telah digunakan untuk menjana varian Levblg1 bagi meningkatkan penghasilan DP 3 dan DP 4. Mutasi yang dilakukan telah mengurangkan aktiviti hidrolisis enzim dan menyebabkan perubahan pada ciri-ciri enzim. Menariknya, pengurangan aktiviti hidrolisis pada enzim varian telah meningkatkan penghasilan DP 3 dan DP 4. Dapatan kajian menunjukkan Levblg1-N28S, Levblg1-N49S, Levblg1-N49G dan Levblg1-N28S/N49G berupaya meningkatkan penghasilan DP 3 dan DP 4 berbanding Levblg1 jenis liar. Modifikasi residu asid amino di sekitar subtapak -3 dan -4 telah memperbesarkan saiz poket di sekitar subtapak berkenaan yang mana telah memberi ruang kepada unit-unit fruktosa untuk mengikat pada subtapak berkenaan bagi membolehkan penghasilan DP 3 dan DP 4 ditingkatkan. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya menentukan ciri-ciri biokimia Levblg1 dan penjanaan varian Levblg1 melalui mutasi terarah tapak berpandukan reka bentuk rasional telah menghasilkan enzim varian yang memenuhi ciri-ciri yang diperlukan,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 242
Call Number: QR82.B3S583 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106257+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.