Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500121
Title: Bakteria endofit sebagai agen kawalan biologi terhadap patogen koko Phytophthora palmivora dan Oncobasidium theobromae
Authors: Ishak Zubir (P72594)
Supervisor: Wan Syaidatul Aqma Wan Mohd. Noor, Dr.
Keywords: Endophytes
Koko
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: Oct-2018
Description: Penyakit buah hitam dan mati-rosot jejalur vaskular yang disebabkan oleh kulat patogen Phytophthora palmivora dan Oncobasidium theobromae menjadi masalah serius yang mengakibatkan penurunan hasil penanaman koko di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan aktiviti anti kulat bakteria endofit terhadap kulat patogen koko, menentukan bahan aktif anti kulat yang dihasilkan, pengenalpastian bakteria endofit dan menentukan kesan pertumbuhan anak benih koko yang ditambah bakteria endofit. Empat pencilan bakteria endofit dipilih daripada kajian terdahulu yang dipencilkan daripada tisu dalaman pokok koko Theobroma cacao L. ditandakan sebagai LKM-UL, LKM-PA, LKM-PD dan LKM-BL dinilai aktiviti perencatan terhadap kulat patogen koko P. palmivora dan O. theobromae. Saringan awal menggunakan kaedah kultur berpasangan menunjukkan pencilan LKM-BL menghasilkan zon perencatan paling tinggi terhadap pertumbuhan P. palmivora dan O. theobromae selepas 24 jam eraman diikuti dengan pencilan LKM-UL, LKM-PD dan LKM-PA. Profil pertumbuhan bakteria endofit mendapati supernatan bebas sel daripada pencilan LKM-BL menghasilkan aktiviti anti kulat melalui zon perencatan terhadap P. palmivora dan O. theobromae yang paling tinggi berbanding bakteria endofit yang lain. Sebanyak tiga gabungan konsortia yang terdiri daripada LKM-BL, LKM-UL dan LKM-PD telah diformulasikan. Hasil kajian menunjukkan korsortia (LKM-BL + LKM-PD) memberikan aktiviti anti kulat yang paling tinggi terhadap P. palmivora dan O. theobromae dengan zon perencatan masing-masing 11.5 ± 0.5 mm dan 8.3 ± 0.6 mm. Walau bagaimanapun pencilan LKM-BL sebagai kawalan memberikan aktiviti perencatan yang paling tinggi iaitu 18.5 ± 0.5 mm terhadap P. palmivora dan 17.3 ± 0.3 mm terhadap O. theobromae. Supernatan daripada LKM-BL ditulenkan menggunakan kaedah kromatografi lapisan nipis (TLC), kromatografi cecair tekanan tinggi (HPLC) dan spektrometri jisim cecair kromatografi (LCMS) mendapati dua bahan aktif yang dikenalpasti iaitu Makrolaktin A dan Makrolaktin M. Keempat-empat bakteria endofit dicirikan melalui ujian morfologi dan biokimia. Berdasarkan analisis Biolog dan penjujukan 16S rDNA pencilan LKM-UL, LKM-PA, LKM-PD dan LKM-BL masing-masing dikenalpasti sebagai Bacillus amyloliquefaciens, Pantoea agglomerans, Bacillus pumilus dan Bacillus subtilis. Kajian anti kulat menggunakan B. subtilis LKM-BL ke atas anak benih koko di tapak semaian menghasilkan 93.3% nilai perlindungan terhadap serangan P. palmivora dan 87.9% terhadap O. theobromae. Pengeringan sembur B. subtilis LKM-BL menunjukkan suhu keluar pada 70oC adalah suhu yang optimum untuk menghasilkan produk serbuk bakteria endofit dengan kandungan kelembapan pada 4.17% dan bilangan sel hidup sebanyak 79.67%. Oleh itu bakteria endofit B. subtilis LKM-BL dengan keupayaan bahan aktif anti kulat yang paling tinggi berpotensi untuk digunakan sebagai agen kawalan biologi terhadap kulat patogen koko di ladang.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 144
Call Number: QR351.I834 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106081+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
833.15 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.