Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500118
Title: Taburan dan ciri anatomi adaptasi Pandanus immersus Ridley dan P. tectorius Parkinson di lokasi terpilih di Semenanjung Malaysia
Authors: Nor Azahana Abdullah (P70204)
Supervisor: Noraini Talip, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pandanus
Anatomi
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Apr-2018
Description: Pandanus immersus Ridley dan P. tectorius Parkinson merupakan spesies tumbuhan yang mempunyai nilai ekonomi dan ekologi. Sebelas sampel P. immersus dan 15 sampel P. tectorius telah dikutip di lokaliti yang berbeza di Semenanjung Malaysia. Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti kesamaan, variasi, dan adaptasi ciri anatomi dan mikromorfologi daun P. immersus dan P. tectorius. Kajian ini juga dijalankan untuk menentukan korelasi di antara ciri anatomi dan mikromorfologi yang berasosiasi dengan ciri tekstur tanah di mana spesies tersebut hidup. Hasil kajian menunjukkan P. immersus sering ditemui di kawasan berpaya, berdekatan sungai atau pantai. Manakala, P. tectorius sering ditemui di kawasan pantai termasuk pantai berbatu dan berpasir. Kebanyakan P. immersus dan P. tectorius juga boleh mendiami tanah jenis tekstur lom lempung berpasir. Status terkini menunjukkan habitat kedua-dua spesies semakin terancam oleh pembangunan dan pembukaan kawasan penempatan. Ciri mikromorfologi daun yang menunjukkan adaptasi pada persekitaran bagi kedua-dua spesies adalah kehadiran kutikel pada bahagian adaksial dan abaksial daun serta kehadiran lilin juga papila pada pasangan sel pengawal, stomata berkedudukan tenggelam dan terlindung. Huraian ciri anatomi daun juga menunjukkan ketebalan dan bilangan lapisan sel mesofil palisad dan mesofil span menunjukkan jumlah yang berbeza di antara lokaliti yang berbeza. Sel arenkima pada P. immersus adalah arenkima lysigenus manakalah sel arenkima pada P. tectorius adalah arenkima skizigenus. Ujian ANOVA dijalankan ke atas 12 ciri kuantitatif untuk mengetahui tahap perbezaan ciri pada kedua-dua spesies. Ciri kuantitatif menunjukkan tiga ciri anatomi pada daun iaitu ketebalan lamina, jarak di antara berkas vaskular dan ketebalan tulang daun adalah signifikan pada lokaliti yang berbeza, manakala ketebalan kutikel pada bahagian adaksial daun pada P. immersus menunjukkan nilai signifikan yang tinggi berbanding ciri ketebalan kutikel pada P. tectorius. Ujian multivariat telah dijalankan terhadap ciri anatomi kuantitatif yang menunjukkan ciri adaptasi pada P. immersus dan P. tectorius. Hasil analisis menunjukkan hubungan ciri anatomi kuantitatif dan tekstur tanah adalah lemah.Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan ciri-ciri anatomi dan mikromorfologi daun kedua-dua spesies Pandanus menunjukkan beberapa penyesuaian ekologi terhadap kawasan sekitar atau habitatnya dan mempunyai perkaitan yang lemah dengan tekstur tanah yang didiami.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 321
Call Number: QK495.P18N633 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106080+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
795.79 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.