Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500116
Title: Sintesis ester fosfat minyak isirung sawit sebagai perencat api untuk penghasilan poliuretana berperencat api
Authors: Nor Rabbi'atul 'Adawiyah Norzali (P57533)
Supervisor: Khairiah Badri, Prof. Dr.
Keywords: Phosphate esters
Poliuretana
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Nov-2018
Description: Dalam kajian ini, ester fosfat (PE) daripada minyak isirung sawit terepoksida sebagai aditif dalam penghasilan poliuretana berperencat api (PU) telah disintesis. PE disintesis melalui tindak balas pembukaan gelang minyak isirung sawit terepoksida (EPKOANM) oleh asid fosforik (H3PO4) pada kepekatan yang divariasikan kepada 2.5, 5.0 dan 7.5 wt%. PE yang ditambah ke dalam poliol sawit (PKO-p) pada peratus penambahan 0, 5, 10 dan 15 wt%. Campuran tersebut ditindakbalaskan dengan 4,4-metilenadifenil diisosianat (MDI) pada nisbah PKO-p kepada MDI 100:140 bagi menghasilkan busa PU berpengisi PE (PU-PE). Sifat fiziko-kimia dan kimia PE sebelum dimasukkan ke dalam resin PU dianalisis. Kandungan oksiran (OOC) menunjukkan pembukaan gelang epoksi apabila nilai OOC menyusut daripada 2.54 % (EPKOANM) kepada 0.02 % (PE). Spektrum FTIR mengesahkan kehadiran puncak PO-C dalam PE pada nombor gelombang 1023 cm-1. Nilai asid meningkat dengan peningkatan H3PO4 iaitu 1.87 mg KOH/g untuk EPKOANM, 10.6 mg KOH/g (PE2.5), 31.3 mg KOH/g (PE5) dan 111.0 mg KOH/g (PE7.5). Nilai hidroksil yang diperoleh untuk PE2.5, PE5 dan PE7.5 masing-masing adalah 35.3 mg KOH/g, 16.2 mg KOH/g dan 26.9 mg KOH/g. Berat molekul PE yang mengandungi PE2.5, PE5 dan PE7.5 yang diperoleh melalui analisis GPC masing-masing adalah sebanyak 517, 553 dan 531. Kelikatan PE meningkat dengan peningkatan peratus penambahan H3PO4 iaitu 82 cP (PE2.5), 87 cP (PE5) dan 128 cP (PE7.5). Ketumpatan PU-PE yang diperoleh adalah dalam julat 45-55 kg/m3, lebih rendah daripada PU kawalan (PU-PE0) (55 kg/m3). Peningkatan amaun PE didalam sistem PU meningkatkan masa tindak balas penghasilan PU. Kekuatan mampatan dan modulus mampatan meningkat apabila PE dimasukkan ke dalam PU. Kekuatan mampatan dan modulus mampatan maksima masing-masing adalah sebanyak 1441 kPa dan 7733 kPa diperoleh pada PU-PE2.5 dengan penambahan PE 10 wt%. Kestabilan dimensi PU-PE0 adalah 0.52 % (70 °C) dan 0.64 % (-15 °C). Perubahan kestabilan dimensi yang rendah diperoleh pada PUPE2.5 dengan 0.03 % untuk penambahan PE 10 wt% pada suhu 70 °C. Pada suhu -15 °C pula, perubahan kestabilan dimensi yang rendah diperoleh pada PU-PE5 dengan penambahan PE 5 wt% (0.02 %). Analisis bom kalorimeter pula menunjukkan entalpi pembakaran berkurang dengan penambahan PE ke dalam sistem PU. PU-PE0 mempunyai entalpi pembakaran sebanyak 7803 kal/g. PU-PE5 dengan penambahan PE 5wt% memberikan entalpi pembakaran yang paling rendah iaitu sebanyak 7072 kal/g. Ujian kebakaran menunjukkan penambahan PE ke dalam sistem PU berjaya mengurangkan kadar kebakaran daripada 0.119 cm/s (PU-PE0) ke 0.047 cm/s (PUPE5).,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafa',Ph.D.
Pages: 135
Call Number: QD415.N637 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106079+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.