Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500112
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIzfa Riza Hazmi, Dr.-
dc.contributor.authorSiti Nurlydia Sazali @ Piksin (P67476)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:38:31Z-
dc.date.available2023-10-13T09:38:31Z-
dc.date.issued2018-05-04-
dc.identifier.otherukmvital:103669-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500112-
dc.descriptionMorfologi adalah penting dalam kajian taksonomi dan sistematik yang menjadi asas dalam menerangkan konsep spesies, juga berguna untuk meneliti perbezaan pada peringkat subspesies dan spesies. Satu kajian morfometrik mengenai variasi morfologi dan filogeni bagi spesies Rhynchophorus dalam famili Curculionidae (Coleoptera) telah dijalankan menggunakan spesimen dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Sejumlah 23 ciri morfologi yang terdiri daripada bahagian kepala, toraks dan kaki kumbang diukur secara linear dan semua data dicatatkan hampir 0.01 mm. Objektif-objektif utama kajian ini ialah untuk (i) mengkaji variasi morfologi dalam populasi kumbang jalur merah, R. vulneratus dari beberapa lokasi geografi yang berlainan, (ii) mengkaji variasi dan pencapahan saiz pada R. vulneratus dan R. ferrugineus serta membuat perbandingan saiz dengan teori 'peraturan pulau', dan (iii) membina filogeni beberapa spesies kumbang terpilih daripada famili Curculionidae berdasarkan ciri-ciri morfologi dan data morfometrik. Dengan menggunakan populasi R. vulneratus dari Samarahan, Mukah dan wilayah tengah Semenanjung Malaysia, penemuan menunjukkan bahawa pronotum dan elitron adalah ciri yang paling signifikan untuk membezakan tiga populasi yang berkenaan. Perbezaan yang didapati mungkin berkaitan dengan faktor sekitaran termasuklah ketersediaan sumber makanan dan kesan gangguan aktiviti manusia. Dalam kajian morfometrik bagi spesies Rhynchophorus pula, kedua-dua spesies R. vulneratus dan R. ferrugineus adalah disyorkan sebagai dua spesies morfologi yang berbeza, kerana perbezaan yang signifikan telah ditemui pada elitron, pronotum dan panjang keseluruhan yang disokong kuat dengan nilai p < 0.001. Hasil ini juga membuktikan bahawa kumbang jalur merah, R. vulneratus yang mendiami pulau menyerupai teori 'peraturan pulau', iaitu mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan kumbang palma merah, R. ferrugineus yang mempunyai saiz yang lebih kecil dan mendiami benua. Selain itu, filogeni antara 43 spesies kumbang terpilih daripada 20 genus dan tujuh subfamili dari Malaysia berjaya dibina berdasarkan 34 ciri morfologi. Status monofiletik bagi famili Curculionidae adalah disokong kuat dengan nilai bustrap yang agak tinggi menerusi analisis kelompok kejiranan (NJ) dan parsimoni maksimum (MP). Secara umumnya, penyusunan dan pengkelasan bagi 19 spesies Dryophthorinae adalah kurang memuaskan, namun kajian ini berjaya menunjukkan hubung kait antara 21 spesies kumbang Curculionidae yang lain daripada subfamili Curculioninae, Entiminae, Lixinae dan Molytinae. Di samping itu, analisis statistik yang dijalankan ke atas 17 spesies kumbang Curculionidae yang terpilih juga berjaya menunjukkan perbezaan saiz yang signifikan menerusi ciri-ciri diagnostik, iaitu elitron, pronotum, panjang keseluruhan dan panjang femur. Secara kesimpulannya, kajian morfometrik diyakini terbukti dan informatif sebagai kaedah alternatif untuk kajian taksonomi dan sistematik haiwan, selain bermanfaat dalam merungkai permasalahan yang melibatkan spesies kompleks dalam serangga. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada kajian ekologi terutamanya terhadap pengurusan serangga perosak di Malaysia.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMorphology-
dc.titleVariasi morfometrik spesies Rhynchophorus dan filogeni spesies kumbang terpilih daripada famili Curculionidae di Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages192-
dc.identifier.callnoQH351.S568 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003617(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103669+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.