Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500100
Title: Aplikasi model matematik terhadap perlakuan imazapic dan imazapyr dalam ekosistem sawah padi
Authors: Fatimah Sh. Mohd Bajrai (P74817)
Supervisor: Ismail Sahid, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Herbisid
Padi
Irrigation engineering
Issue Date: 22-Jun-2018
Description: Empat kajian lapangan telah dijalankan sepanjang dua musim penanaman padi di Sungai Rambai, Melaka untuk menentukan keberkesanan gabungan herbisid imazapic dan imazapyr (OnDuty™) bagi mengawal 'padi angin'. Setiap petak sawah berkeluasan 1 hektar disembur dengan empat dos herbisid yang berbeza iaitu 0, 75, 150, dan 300 g a.i/ha pada hari ketiga selepas benih ditabur. Kajian bagi menentukan populasi rumpai, prestasi hasil padi, pengoptimuman kaedah pengesanan residu dan kajian kekekalan residu telah dijalankan bagi musim pertama (September-Disember, 2015) dan musim kedua (Februari-Mei, 2016) penanaman padi. Padi angin telah dapat dikawal pada musim pertama dengan dos semburan serendah 75 g ai/ha manakala tiada padi angin dikesan pada musim kedua. Hasil padi bagi kedua-dua musim penanaman adalah signifikan apabila peningkatan secara sekata telah direkodkan sejajar dengan peningkatan dos semburan herbisid. Kajian pengoptimuman pengesanan herbisid mempunyai nilai perolehan semula di dalam tanah dan air antara 83% hingga 106% (dengan RSD ≤ 9%) dengan had pengesanan (LOD) antara 0.25 - 0.46 mg L-1 manakala had kuantifikasi (LOQ) adalah daripada 0.74 mg L-1 - 1.37 mg L-1. Keputusan kajian penjerapan dan penyahjerapan sebatian ini bersesuaian dengan model Freundlich dengan nilai Kads dan Kdes bagi imazapic dan imazapyr masing-masing adalah 1.44 dan 1.55 serta 7.60 dan 11.45. Kajian mobiliti dan kekekalan residu imazapic dan imazapyr menunjukkan bahawa herbisid ini tidak ditemui pada kedalamam > 10 cm bagi kesemua dos semburan herbisid dan purata T½ di dalam tanah adalah lebih lama bagi musim kedua (8.59 - 28.76 hari) berbanding musim pertama (3.00 - 11.85 hari). Perkara sebaliknya pula berlaku di dalam air iaitu T½ bagi musim kedua lebih panjang (5.30 - 18.78 hari) berbanding musim pertama (4.08 - 9.44 hari). Model hiperbola segi empat tepat menjangkakan kadar kerugian hasil padi bagi musim pertama akibat persaingan spesies Fimbristylis miliacea boleh mencecah sehingga 1.63 tan/ha manakala bagi musim kedua sehingga 1.51 tan/ha akibat persaingan spesies Alternanthera sessilis. Model Tindakbalas Permukaan (Response surface model) telah digunakan bagi menjangkakan kesan akibat kepekatan dos semburan herbisid terhadap populasi rumpai, hasil padi dan kekekalan imazapic dan imazapyr. Hasil awal mendapati peningkatan dos semburan herbisid iaitu pada julat kepekatan 105 - 240 g ai/ha akan merencatkan pertumbuhan rumpai dan menggalakkan hasil padi akan tetapi penggunaan dos yang terlampau tinggi menyebabkan penurunan keberkesanan kawalan rumpai justeru merencatkan hasil padi.,'Certification of Master's/Doctoral Thesis' is not available
Pages: 211
Call Number: SB191.R5F338 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100992+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.