Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500093
Title: Aktiviti antibiofilem oleh bakteria marin Pseudoalteromonas ruthenica KLPp3 dan Pseudoalteromonas flavipulchra SKtPp3
Authors: Mohd Faiq Iqbal Sulieman (P65554)
Supervisor: Asmat Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Bakteria marin
Biofilms
Issue Date: 21-Jul-2017
Description: Biofilem merupakan sekumpulan bakteria yang melekat pada permukaan dan diliputi oleh bahan matrik polimer ekstraselular. Kajian ini bertujuan memencil dan mengenalpasti bakteria marin yang berpotensi menghasilkan metabolit sekunder antimikrob dan antibiofilem. Dua pencilan bakteria daripada ketam lumpur dan sotong katak, telah dikenalpasti sebagai Pseudoalteromonas ruthenica KLPp3 dan Pseudoalteromonas flavipulchra SktPp1 melalui ujian biokimia, API 20NE, penjujukan nukleotida gen ribosom 16s dan mikroskop imbasan elektron (SEM). Rawatan supernatan dengan proteinase K tidak menunjukkan seberang penurunan dalam aktiviti ekstrak terhadap bakteria penunjuk Serratia marcescens. Ekstrak kasar P. ruthenica KLPp3 masih aktif pada suhu 80oC manakala ekstrak kasar P. flavipulchra SktPp1 tidak aktif pada suhu melebihi 50 oC. Kedua-dua sebatian aktif dalam julat pH 3-9. Medium LB didapati paling sesuai untuk penghasilan kedua-dua ekstrak ini. Ekstrak P. ruthenica KLPp3 dapat menghasilkan sebatian aktif dalam keadaan digoncang dan tidak digoncang. Hasil ujian kepekatan perencatan minimum (MIC), kepekatan bakterisidal minimum (MBC) dan lengkuk pertumbuhan menunjukkan aktiviti kedua-dua ekstrak terhadap S. marcescens adalah bakterisidal. Walaubagaimanapun apabila sub-MIC, 0.1 mg/ml, digunakan penghasilan biofilem berkurang tanpa menjejaskan pertumbuhan bakteria. Kedua-dua ekstrak menghalang faktor virulen iaitu keupayaan motiliti berkerumun dan penghasilan prodigiosin. Kedua-dua ekstrak juga diuji terhadap bakteria penghasil biofilem yang dipencilkan daripada persekitaran laut. Aktiviti tertinggi adalah terhadap Vibrio spp. Kit pasak asai kepekatan minimum membasmi biofilem (MBEC) digunakan untuk mendapatkan kepekatan minimum membasmi biofilem. Nilai MBEC bagi ekstrak P. ruthenica KLPp3 adalah < 20 mg/mL dan P. flavipulchra SktPp1 adalah > 20 mg/mL. Pemerhatian di bawah mikroskop imbasan konfokal laser menunjukkan pada sub-MIC, kedua-dua ekstrak mengurangkan pembentukan lapisan biofilem tanpa menyebabkan kematian sel. Ekstrak kasar P. ruthenica KLPp3 dipisah dan ditulenkan menggunakan kromatografi lapisan nipis (TLC), kromatografi turus kilat, esktraksi fasa pepejal (SPE) dan kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC). Sebatian tulen hasil daripada penulenan KCPT dianalisis menggunakan spektroskopi resonans magnetik nukleus (NMR), spektroskopi inframerah dan spetrometri jisim (MS) untuk mencirikan struktur, rantai sisi dan berat molekulnya. Sembilan fraksi dihasilkan daripada penulenan dan tiga daripadanya mempunyai aktiviti perencatan biofilem. Dua fraksi dikenalpasti menunjukkan kedua-dua fraksi merupakan diastereomer dan struktur molekulnya dipanggil 3-benzil-7-hidroksiheksahidropirrolo[1.2a]pirazin-1,4-dion. Kedua-dua ekstrak ini berpotensi dimajukan sebagai agen antibakteria dan antibiofilem.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 166
Call Number: QR100.8.B55M834 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100984+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
942.09 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.