Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500092
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSarani Zakaria, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNor Aziawati Azahari (P78505)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:38:15Z-
dc.date.available2023-10-13T09:38:15Z-
dc.date.issued2018-12-04-
dc.identifier.otherukmvital:100593-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500092-
dc.descriptionCiri-ciri membran selulosa terjana semula (MSTS) adalah berkait rapat dengan struktur dan morfologinya, di mana ia adalah ditentukan oleh keadaan penggumpal, sifat penggumpal dan mekanisme penggumpalan. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan keadaan penggumpalan yang berbeza kepada struktur dan morfologi MSTS. Selulosa telah diekstrak daripada teras kenaf pulpa melalui siri proses pelunturan (D) dan rawatan alkali (E) mengikut urutan DEED. Sebanyak 4 g selulosa terekstrak dilarutkan dengan menggunakan 100 g pelarut 7 bt% NaOH/12 bt% urea secara kaedah pra-penyejukan untuk menghasilkan larutan selulosa. MSTS dihasilkan dengan menggunakan tiga larutan penggumpal yang berbeza iaitu larutan asid sulfurik (H2SO4), larutan sodium sulfat (Na2SO4) serta larutan campuran asid sulfurik dan sodium sulfat. Parameter setiap penggumpal dipelbagaikan dari segi kepekatan (3 bt%, 5 bt%, 7 bt%, 9 bt%, 11 bt% dan 13 bt%) dan masa (2 min, 4 min, 6 min, 8 min, 10 min dan 12 min) pada suhu bilik, 24 oC untuk melihat kesan parameter tersebut terhadap struktur dan morfologi MSTS. MSTS melalui proses kering-beku untuk pencirian dan juga dikeringkan pada suhu bilik untuk penghasilan filem nipis selulosa untuk analisis seterusnya. MSTS dicirikan dengan XRD, FTIR, FESEM, ujian kekuatan tegangan dan ujian ketelusan. Kesemua MSTS yang digumpal menggunakan penggumpal berbeza menunjukkan struktur berliang yang homogen pada permukaannya. Membran yang digumpal dengan larutan asid sulfurik menunjukkan saiz liang yang lebih kecil dan taburan yang lebih padat berbanding dengan membran yang digumpal di dalam larutan sodium sulfat. Kesemua MSTS yang digumpal dengan tiga larutan penggumpal berbeza menunjukkan peratus ketelusan yang baik. MSTS yang digumpal dengan kepekatan larutan penggumpal yang rendah mempunyai sifat mekanikal yang lebih baik berbanding dengan larutan penggumpal berkepekatan tinggi. Secara keseluruhan, MSTS yang digumpal dengan larutan campuran 5 bt% H2SO4/ Na2SO4 mempunyai sifat yang yang lebih baik, di mana MSTS menunjukkan struktur yang lebih homogen dan menunjukkan ciri mekanikal yang lebih baik berbanding yang lain. Oleh itu, kajian ini dapat memberikan maklumat mengenai penyediaan membran selulosa terjana semula dengan pelbagai saiz liang dan sifat mekanikal melalui pemilihan larutan penggumpal yang berlainan serta pengubahsuaian kepada parameter larutan penggumpal.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah'-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectCellulose-
dc.titlePencirian membran kenaf selulosa terjana semula dalam pelbagai jenis larutan penggumpal-
dc.typeTheses-
dc.format.pages122-
dc.identifier.callnoQK898.C42N637 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003399(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100593+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
264.48 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.