Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500090
Title: Analisis siri masa ozon di Semenanjung Malaysia dengan pendekatan analisis fraktal
Authors: Nuryazmin Ahmat Zainuri (P58676)
Supervisor: Abdul Aziz Jemain, Prof. Dr.
Keywords: Bahan pencemar
Udara
Ozone
Issue Date: 13-Apr-2018
Description: Maklumat dan perilaku agen pencemar adalah sangat penting untuk dikaji bagi memantau tahap kualiti udara yang semakin merosot. Kajian ini memberi fokus kepada agen pencemar ozon bagi menyiasat tingkah laku ozon di Semenanjung Malaysia menggunakan data dari tahun 1998 hingga 2009 yang meliputi 30 buah stesen pemantauan kualiti udara. Langkah pertama dalam analisis ini ialah mengatasi data lenyap dengan menggunakan beberapa kaedah imputasi bagi memperoleh data lengkap. Kaedah imputasi terbaik khususnya bagi data kualiti udara di Semenanjung Malaysia dipilih berdasarkan penunjuk prestasi yang menggunakan nilai pekali korelasi, indeks persetujuan dan min ralat mutlak. Keputusan menunjukkan bahawa terdapat tiga kaedah yang sesuai digunakan iaitu kaedah Jangkaan Pemaksimuman, K-Jiran Terdekat dan K-Jujukan Jiran Terdekat. Seterusnya, analisis fraktal digunakan bagi mengkaji perilaku data ozon. Penggunaan spektrum kuasa dan taburan kebarangkalian empirikal menunjukkan bahawa data ozon mempamerkan tingkah laku fraktal. Nilai eksponen Hurst, H yang diperoleh daripada Kaedah Pengagregatan Varians, VS dapat mengesan kewujudan fenomena panjang ingatan. Bagi kesemua stesen nilai H berada di antara 0.77 dan 0.1. Ini juga menunjukkan kewujudan ciri-ciri fraktal dalam data ozon. Berdasarkan keputusan analisis multifraktal penskalaan, di dapati model multifraktal adalah lebih sesuai digunakan bagi data ozon di Semenanjung Malaysia. Hasil analisis multifraktal spektra mendapati terdapat perbezaan corak tingkah laku ozon di antara stesen-stesen pemantauan kualiti udara yang dikategorikan sebagai kawasan bandar, luar bandar dan kawasan perindustrian. Perbezaan ini juga dapat dilihat berdasarkan kedudukan stesen kajian iaitu barat, timur, utara dan selatan Semenanjung Malaysia. Kajian ini juga mendapati bahawa tingkah laku ozon adalah berbeza bagi ozon maksimum harian dan ozon maksimum dua hari.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah'
Pages: 197
Call Number: QD181.O1N837 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100584+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
135.57 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.