Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500068
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIsmanizan Ismail, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNazirah Abdullah (P69548)-
dc.date.accessioned2023-10-13T09:37:57Z-
dc.date.available2023-10-13T09:37:57Z-
dc.date.issued2018-04-01-
dc.identifier.otherukmvital:98883-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500068-
dc.descriptionEurycoma longifolia atau Tongkat Ali telah dikategorikan sebagai tumbuhan ubatan yang bernilai tinggi dan kebanyakan ciri perubatannya ditemui di bahagian akar. Kutipan dari hutan semakin meluas menyebabkan populasi spesies ini semakin terancam jika tidak dikawal. Teknologi kultur akar rerambut adalah antara pendekatan yang boleh digunakan untuk menghasilkan bahan mentah dan penghasilan metabolit sekunder berskala komersial tanpa mengganggu habitat spesies ini di dalam hutan. Kajian ini bertujuan untuk menentukan media dan pengelisit yang sesuai untuk pertumbuhan akar rerambut E. longifolia dan penghasilan 9-metoksikanthin-6-one serta membangunkan profil transkriptom akar rerambut E. longifolia yang telah dirawat. Kajian ini mendapati medium WPM dengan pH 5.8 paling sesuai untuk pertumbuhan akar rerambut E. longifolia namun medium MS dengan pH 4.9 dipilih sebagai media pengkulturan untuk kajian elisitasi kerana penghasilan 9-metoksikanthin-6-one dalam medium tersebut adalah paling tinggi. Kesan elisitasi yang berbeza dengan menggunakan metil jasmonat, asid salisilik dan ekstrak yis telah duji dan elisitasi dengan 0.1 mM metil jasmonat selepas 168 jam didapati menghasilkan 9-metoksikanthin-6-one yang paling tinggi. Penghimpunan jujukan data dari Next Generation Sequencing (NGS) bagi sampel akar rerambut E. longifolia menghasilkan 197 940 transkrip tidak berulang. Analisa perbezaan pengekspresan gen mendapati sebanyak 12 134 transkrip menunjukkan perbezaan pengekspresan tetapi hanya 3636 transkrip sahaja yang signifikan daripada analisa statistik. Anotasi kefungsian bagi 3636 transkrip yang mempunyai perbezaan pengekspresan yang signifikan menggunakan perisian Blast2GO menunjukkan jumlah transkrip paling tinggi dikategorikan dalam proses metabolik yang tergolong dalam kumpulan proses biologi. Analisis pada transkrip yang mempunyai perbezaan pengekspresan yang signifikan mendapati gen faktor transkrip TCP {transcription factor TCP-like), gen pengangkut ABC (A b c Transporter B Family Member 25), gen protein PPR {Pentatricopeptide Repeat-Containing Protein at2gl3600-like), gen dna (cytosine-5)-methyltransferase 1-like dan s-denosylmethionine-dependent methyltransferase at5g37990 adalah antara gen yang mengalami perbezaan pengekspresan yang besar. Analisa KEGG pula telah mengenalpasti enzim triptofan sintase dan 5-idroksitriptofan dekarboksilase yang terlibat dalam tapak jalan penghasilan indol alkaloid telah diaruh pengekspresannya setelah dirawat dengan metil jasmonat. Gen-gen ini mungkin terlibat dalam tapakjalan penghasilan 9-metoksikanthin-6-one dan berpotensi untuk dimanipulasi pada masa akan datang untuk meningkatkan lagi penghasilan metabolit sekunder tersebut dalam kultur akar rerambut E. longifolia.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah'-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectTongkat Ali-
dc.subjectEurycoma longifolia-
dc.subjectHerbs -- Therapeutic use -- Malaysia-
dc.titleKajian penghasilan 9-metoksikanthin-6-one dan profil transkriptom kultur akar rerambut Eurycoma longifolia (Tongkat Ali)-
dc.typeTheses-
dc.format.pages163-
dc.identifier.callnoRM666.H33N349 2017 tesis-
dc.identifier.barcode003202(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98883+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.