Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500045
Title: Pembangunan penyokong pepejal berlogam menggunakan kaedah ikatan taut silang untuk aplikasi pemangkinan dan jerapan karbon dioksida
Authors: Liew Kin Hong @ Lew Kin Hong (P73084)
Supervisor: Muhammad Rahimi Yusop, Dr.
Keywords: Pemangkinan
Penjerapan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 23-Nov-2017
Description: Kajian terhadap pembangunan penyokong pepejal berlogam menggunakan kaedah ikatan taut silang yang baru dan seterusnya untuk tindak balas pemangkinan dan penjerapan gas karbon dioksida (CO2) telah dijalankan. Mangkin heterogen terdiri daripada logam palladium (Pd) disokong pada resin QuadraPure (QPPd) dan HypoGel (HGPd) telah disediakan melalui pengisitepuan basah dan diikuti oleh ikatan taut silang dengan suksinil klorida. Aktiviti pemangkinan telah dijalankan ke atas tindak balas penggandingan Suzuki di antara asid boronik dan aril halida untuk menghasilkan produk biaril. Mangkin QPPd dan HGPd menunjukkan aktiviti pemangkinan yang tinggi (peratusan hasil sehingga 97%). Selain itu, mangkin-mangkin ini juga mempamerkan sifat kebolehulangan (sehingga 10 kali) yang baik dengan mengekalkan peratusan hasil lebih 90%. Analisis ICP menunjukkan masalah kelarutresapan Pd daripada resin QPPd dan HGPd adalah sangat minimum masing-masing sebanyak 0.21 dan 0.55 ppm. Keputusan ini menunjukkan kaedah ikatan taut silang dapat bertindak sebagai pagar untuk menstabil dan menghalangkan kelarutlesapan Pd. Seterusnya, mangkin bermagnet yang berasaskan kitosan (CS) dengan rutenium (Ru) tersokong, Ru/CS/Mn telah disediakan melalui teknik pengisitepuan basah berdasarkan pengegelan ionik menggunakan natrium tripolifosfat (TPP) sebagai agen taut silang telah dibangunkan. Bahan magnet MnFe2O4 bertindak sebagai teras dan disalut dengan CS melalui pengegelan ionik sebagai matrik penyokong logam Ru. Mangkin Ru/CS/Mn telah menunjukkan aktiviti pemangkinan yang cemerlang (~100% penukaran) terhadap tindak balas penurunan nitroarena dipantau dengan menggunakan spektroskopi UV-vis dalam masa yang singkat (<70 saat) dengan nilai TOF sehingga 16506 j-1 (4-nitrofenol) dan 20214 j-1 (4-nitroanilina). Keputusan XPS menunjukkan bahawa Ru adalah terdiri daripada logam Ru0 (42.3%), Ru3+ (39.0%) dan Ru4+ (18.7%) manakala kandungannya hanya berkurang dari 0.75 kepada 0.72% atom selepas ujian kebolehgunaan sebanyak 10 kitaran. Di samping itu, kaedah ikatan taut silang telah digunakan untuk menghasilkan bahan penjerap gas CO2 melalui gabungan bahan berasaskan logam kuprum oksida (CuO) dan kumpulan berfungsi amino ke atas silika (SiO2). Gabungan ini dapat meningkatkan tahap kecekapan penjerapan CO2 secara kimia dan fizikal. Dua jenis kumpulan berfungsi amina bertindak sebagai agen taut silang kimia dan fizikal telah digunakan iaitu (3-aminopropil)trimetoksilsilana (APTMS) dan polietilneimina (PEI). Kapasiti penjerapan CO2 telah diukur dengan menggunakan penjerapan isoterma N2 (BET) pada suhu 30 oC. Penjerap NH2/SiO2, SiO2/CuO dan NH2/CuO/SiO2 menunjukkan peratusan kapasiti penjerapan CO2 yang lebih tinggi iaitu sebanyak 17.0, 38.1 dan 11.3 % berbanding dengan silika (26.5 mg CO2/g). Selain itu, kesan kandungan PEI yang tersalut pada permukaan CuO/SiO2 juga dikajikan. Kapasiti penjerapan CO2 meningkat dengan peningkatan kandungan PEI yang terjerap pada penjerap CuO/SiO2 dengan kapasiti maksimum penjerapan (30.5 mg CO2/g penjerap, 15.0% lebih tinggi berbanding dengan SiO2) pada kandungan 25% PEI [25PEI/CuO/SiO2] yang terjerap. Ini menunjukkan penambahan oksida logam dan ikatan taut silang kumpulan berfungsi amino berupaya meningkatkan penjerapan CO2. Secara keseluruhan, penyelidikan ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah ikatan taut silang adalah berkesan untuk memerangkap tapak aktif dan seterusnya dapat meningkatkan kesan pemangkinan dan jerapan fizikal dalam pelbagai aplikasi kimia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 184
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98686+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
502.39 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.