Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500043
Title: Kesan ekstrak tumbuhan daripada selasih, cengkih dan serai terhadap sifat antioksidatif, paut-silang dan fizikal gelatin kaki ayam
Authors: Hazmi Yasin (P72601)
Supervisor: Abdul Salam Babji, Prof. Dr.
Keywords: Ekstrak
Analisis
Gelatin
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 17-Aug-2017
Description: Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan ekstrak bunga cengkih, daun selasih dan batang serai untuk menstabilkan dan meningkatkan sifat-sifat gel gelatin kaki ayam. Ekstrak tumbuhan (bunga cengkih, daun selasih dan batang serai) pada 0.0, 1.0, 1.5, 2.0, 2.5 dan 3.0% ditambahkan pada gel gelatin kaki ayam. Analisis-analisis yang dijalankan pada gel gelatin termasuk analisis-analisis fizikal, paut-silang, antioksidatif dan reologikal. Analisis fizikal termasuk warna, kekeruhan, kelikatan, kekuatan gel,peratusan hasil gelatin, titik lebur, kemampuan mengikat air (KMA), dan kelarutan. Untuk analisis paut-silang adalah termasuk ujian kandungan gel, nisbah pembengkakan, tahap paut-silang, dan kalorimetri pengimbasan berbeza (DSC). Manakala untuk analisis antioksidatif adalah termasuk uji kandungan fenolik jumlah, penurunan kuasa antioksidan ion ferik (FRAP), kaedah asid 2,2'-azino-bis(3-etilbenzotiazolina-6-asid sulfonik) (ABTS), dan reologi pula termasuk perubahan bentuk ricih berayun, kelikatan kompleks, dan tanjakan suhu. Gel gelatin kaki ayam yang dipaut-silangkan dengan ekstrak tumbuhan adalah lebih keruh daripada kawalan, memiliki nilai KMA dan nisbah pembengkakan yang menurun. Meskipun demikian, peningkatan dalam kestabilan haba dan modulus keanjalan telah didapati bahawa peningkatan ekstrak tumbuhan adalah hingga 2.0% gelatin kering. Nilai kelikatan kompleks (ƞ*) gelatin dengan dan tanpa penambahan ekstrak tumbuhan adalah menurun dengan peningkatan suhu. Gel gelatin yang dipaut-silangkan dengan ekstrak tumbuhan menunjukkan nilai yang lebih tinggi pada kekuatan gel, kandungan gel, FRAP dan ABTS berbanding kawalan, tetapi memiliki nilai yang lebih rendah pada warna, kelikatan dan kelarutan. Kekuatan gel gelatin kaki ayam meningkat ketika kepekatan ekstrak tumbuhan meningkat hingga 2.0% gelatin kering. Meskipun demikian, penurunan yang beransur-ansur pada kekuatan gel didapati dengan peningkatan kepekatan ekstrak tumbuhan pada 2.5 dan 3.0% gelatin kering. Kandungan gel dan ABTS juga meningkat (p<0.05) ketika ekstrak tumbuhan pada kepekatan 2.0% gelatin kering ditambahkan. Warna gel gelatin menurun dengan peningkatan kepekatan ekstrak tumbuhan. Kelarutan menurun ketika kepekatan ekstrak tumbuhan meningkat hingga 2% gelatin kering, tetapi kemudian meningkat pada kepekatan 2.5 dan 3.0% gelatin kering. Penambahan ekstrak tumbuhan mempengaruhi tahap paut-silang gel gelatin kaki ayam (p<0.05). Tahap paut-silang gel gelatin kaki ayam yang ditambahkan dengan ekstrak tumbuhan didapati meningkat dari kepekatan daun selasih dan batang serai pada 1.0 hingga 2.0% tetapi kemudian menurun sebagaimana kepekatan ekstrak daun selasih dan batang serai meningkat dari 2.5 hingga 3.0% gelatin kering. Untuk gel gelatin kaki ayam yang ditambahkan dengan ekstrak bunga cengkih, tahap paut-silang didapati menurun dari 1.0 hingga 2.5% yang kemudian pada kepekatan 3.0% daripada ekstrak bunga cengkih, tahap paut-silang meningkat. Titik lebur gel gelatin kaki ayam yang dipaut-silangkan secara signifikan lebih rendah (p<0.05) pada kepekatan 1.0% daripada ekstrak tumbuhan berbanding gel gelatin kaki ayam yang tidak dipaut-silangkan dengan ekstrak tumbuhan (tanpa penambahan ekstrak tumbuhan). Pada kepekatan 1.5% daripada ekstrak daun selasih dan batang serai, titik lebur mula untuk meningkat hingga 2.0% daripada ekstrak daun selasih dan batang serai, yang mana pada 1.5% gelatin kering daripada ekstrak bunga cengkih, titik lebur mula untuk menurun hingga 2.5% gelatin kering. Oleh kerana itu, ekstrak tumbuhan pada kepekatan yang sesuai boleh bertindak sebagai penggalak gel semula jadi daripada gelatin kaki ayam.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 180
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98681+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
551.23 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.