Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500040
Title: Penerokaan kaedah pemeringkatan organisasi mengikut keberkesanan amalan pemutusan pelbagai kriteria
Authors: Suhaina Musani (P58666)
Supervisor: Abdul Aziz Jemain, Prof. Dr.
Keywords: Pemeringkatan
Pengaggregatan
Kriteria
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 26-Sep-2017
Description: Masalah pelbagai kriteria melibatkan satu senarai pilihan yang disusun mengikut tertib keutamaan. Susunan mengikut keutamaan tersebut berasaskan kepada beberapa kriteria. Kriteria yang menjadi asas pertimbangan adalah berbeza-beza dan tidak bersandar antara satu sama lain. Nilai keutamaan setiap kriteria pula ditentukan oleh pemberat setiap kriteria berkenaan. Pemberat atau wajaran kriteria disukat pada setiap pilihan yang dinilai. Indeks akan digubah dengan mengaggregatkan nilai kriteria dengan wajaran kriteria. Nilai indeks yang diperoleh ini akan diperingkatkan mengikut tertib keutamaan. Keadaan ini dikenali sebagai pemutusan pelbagai kriteria. Masalah yang ingin ditangani dalam kajian ini adalah berkenaan terdapat satu keadaan di mana kriteria yang dipertimbangkan berbeza dari kelaziman. Ia terjadi apabila penilaian setiap kriteria dalam keadaan ini adalah berdasarkan kepada beberapa ciri. Setiap ciri dinyatakan bilangan masing-masing dalam ciri ordinal. Persoalannya, bagaimana penilai menggabungkan ciri-ciri ordinal berkenaan menjadi satu nilai tunggal seperti kelazimannya. Oleh itu, penyelesaian bagi masalah ini adalah dengan mengambil ciri-ciri ordinal disekutukan dengan nombor-nombor tertentu.Pengaggregatan dengan nombor-nombor tertentu dilakukan melalui pendekatan pertama di mana mengambil kira penilaian yang dinilai dalam bentuk skor merit yang berbentuk krisp. Pendekatan kedua pula mengaitkannya dengan nombor kabur. Kedua-dua pendekatan ini telah digunakan untuk menilai pencapaian sekolah. Kajian ini mengambil satu set senarai sekolah untuk di pertimbangkan. Penilaian ini dilakukan berdasarkan prestasi pencapaian beberapa kursus bagi sesuatu peperiksaan. Setiap kursus yang menjadi asas pertimbangan dinilai berdasarkan ciri ordinal iaitu sangat lemah, lemah, sederhana, baik dan cemerlang. Sehubungan itu, 57 buah sekolah di selatan tanah air telah dijadikan contoh penerapan. Memandangkan pelajar sekolah yang dinilai diambil daripada sampel, justeru maklumat yang diperoleh bertabur secara rawak. Maka, aspek kerawakan ini perlu diambil kira. Oleh itu, pendekatan Bayesan diperkenalkan. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan kaedah Bayesan ini mampu menghasilkan suatu data rawak pada setiap pemeringkatan bersama dengan darjah kepastiannya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 165
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98677+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
279.72 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.