Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500024
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sahrim Haji Ahmad, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Adilah Mat Ali (P60792) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-13T09:37:25Z | - |
dc.date.available | 2023-10-13T09:37:25Z | - |
dc.date.issued | 2017-01-17 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:97911 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500024 | - |
dc.description | Asid polilaktik (PLA) merupakan polimer terbiodegradasi yang digunakan secara meluas kerana selamat dan mesra alam. Walaubagaimanapun, kegunaannya menjadi terhad kerana sifatnya yang rapuh dan kadar penghabluran yang rendah serta bersifat penebat. Penambahan cecair getah asli (LNR) dilihat mampu memberi sifat keliatan dan mempertingkatkan kekuatan hentaman PLA. Walaubagaimanapun ianya menurunkan kadar penghabluran PLA. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menyediakan dan mencirikan nanokomposit PLA/LNR berpengisi hibrid tiub nano karbon berbilang dinding (MWCNT) dan kepingan nano-zarah grafin (GNP) dengan kesan sinergestik bagi mempertingkatkan prestasi mekanik, terma dan elektrik yang lebih baik berbanding adunan PLA/LNR yang tidak berpengisi. Ujian tegangan bagi penentuan parameter pemprosesan bagi nanokomposit PLA/LNR dicatatkan pada suhu pencampuran 190ºC, kelajuan rotor 90 rpm dan masa adunan selama 14 min. Penggunaan ultrasonik digunakan bagi membantu serakan pengisi MWCNT, GNP dan GNP-MWCNT di dalam PLA/LNR. Penggunaan kaedah mekanik bagi PLA/LNR/MWCNT tidak dapat membantu dalam peningkatan kekuatan tegangan dan modulus Young. Walaubagaimanapun, penggunaan ultrasonik membantu meningkatkan kekuatan tegangan dan modulus Young iaitu pada masa ultrasonik 1 jam bagi PLA/LNR/MWCNT dan 3 jam bagi PLA/LNR/GNP. Pemanjangan takat patah menunjukkan penurunan dengan penambahan pengisi ke dalam PLA/LNR. Walaubagaimanapun, kekuatan hentaman PLA/LNR/MWCNT, PLA/LNR/GNP dan PLA/LNR/GNP-MWCNT meningkat dengan kehadiran pengisi. Ujian mekanik menunjukkan kekuatan optima dicapai pada kandungan 3.5%bt. MWCNT, 0.4%bt.GNP dan 0.8%bt.GNP-3.5%bt.MWCNT di dalam PLA/LNR. Sifat terma diukur menggunakan TGA, DSC dan TCA. Keputusan menunjukkan peningkatan kestabilan terma bagi kesemua adunan nanokomposit yang dihasilkan. Ujian DMA mencatat nilai moduli simpanan (E'), moduli kehilangan (E'') dan tan δ bagi PLA/LNR/0.4%bt.GNP-3.5%bt.MWCNT yang lebih tinggi berbanding PLA/LNR dan PLA/LNR/0.4%btGNP. Kekonduksian elektrik bagi sistem hibrid PLA/LNR/GNP-MWCNT juga adalah lebih tinggi berbanding PLA/LNR/GNP dan PLA/LNR/MWCNT. Walaubagaimanpun, kesemua nanokomposit yang dihasilkan menunjukkan peningkatan di mana ianya merubah keadaan PLA/LNR yang bersifat penebat kepada semi konduktor apabila ditambah dengan 2.5%bt. MWCNT, 0.4%bt. GNP dan pada kesemua gabungan pengisi bagi sistem hibrid. Analisa FTIR pula menunjukkan tiada perubahan kimia yang berlaku apabila MWCNT dan GNP dimasukkan ke dalam PLA/LNR. Analisa XRD mencatatkan peningkatan kadar penghabluran apabila terdapatnya kehadiran pengisi bersaiz nano di dalam PLA/LNR. Pencirian struktur yang diperolehi dari SEM menunjukkan pengisi MWCNT tersebar dengan homogen di dalam PLA/LNR pada 0.5, 1.5, 2.5 dan 3.5%bt MWCNT manakala bagi GNP pada 0.2 dan 0.4%bt. sahaja. Walaubagaimanapun, GNP dapat diserakkan dengan baik sehingga 0.8%bt. apabila terdapat kehadiran MWCNT di dalam PLA/LNR. Ini dibuktikan lagi dengan pencirian yang diperolehi dari TEM.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Nanokomposit | - |
dc.subject | Asid polilaktik | - |
dc.subject | Biodegradable plastics | - |
dc.title | Nanokomposit asid polilaktik berpengisi hibrid tiub nanokarbon berbilang dinding dan kepingan nanozarah grafin | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 179 | - |
dc.identifier.callno | TP1180.B55A335 2017 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003028(2017) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97911+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 452.76 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.