Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500020
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZaidi Isa, Prof. Dr.
dc.contributor.authorZetty Ain Kamaruzzaman (P55938)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:37:21Z-
dc.date.available2023-10-13T09:37:21Z-
dc.date.issued2016-01-01
dc.identifier.otherukmvital:97909
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500020-
dc.descriptionKetidakstabilan pasaran kewangan global memberikan impak yang signifikan terhadap keadaan ekonomi Malaysia. Pasaran saham yang merupakan cerminan jangkaan masa hadapan keadaan ekonomi negara penting untuk dikaji secara mendalam khususnya dalam persekitaran ekonomi yang mencabar kini. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengemukakan suatu analisis berstatistik terperinci bagi mengkaji cadangan penggunaan taburan alternatif daripada kelas keluarga taburan campuran terhingga iaitu taburan campuran Normal melalui aspek pengganggaran, pemodelan, penilaian dan pengesahan model dalam bidang statistik, ekonomi dan kewangan serta analisis risiko. Kajian empirik dilakukan terhadap dua indeks saham Shariah di Bursa Malaysia iaitu Indeks FTSE Bursa Malaysia EMAS Shariah (FBMS) dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Hijrah Shariah (FBMHS) dari November 2007 sehingga Julai 2012 merentas frekuensi bulanan, mingguan dan harian. Berdasarkan ujian berstatistik, andaian kenormalan bagi kedua-dua indeks pada kesemua frekuensi ditolak. Berdasarkan analisis empirik, gelagat pulangan saham Shariah Malaysia didapati mempamerkan lebihan kurtosis, kepencongan, hujung berkembang, kemeruapan berubah mengikut masa dan kemeruapan berkelompok. Pertama, penyuaian dan perbandingan dilakukan terhadap dua taburan konvensional dan taburan alternatif bagi mengkaji taburan kebarangkalian yang relevan bagi kajian pemodelan pulangan. Berdasarkan ujian berstatistik, taburan campuran Normal dua komponen merupakan taburan penyuaian terbaik kecuali bagi siri bulanan Indeks FTSE Bursa Malaysia EMAS Shariah (FBMS). Kedua, bagi kajian pemodelan kemeruapan, taburan campuran Normal boleh digabungkan dengan model kemeruapan seperti model GARCH dan A-GARCH. Dalam kajian simulasi, model kemeruapan alternatif ini didapati lebih teguh. Penyuaian dan perbandingan turut dilakukan terhadap siri harian Indeks Shariah menggunakan model GARCH dan A-GARCH dengan taburan konvensional dan alternatif (simetri dan asimetri) bagi mengkaji model kemeruapan yang relevan bagi kajian pemodelan kemeruapan. Berdasarkan kriteria pemilihan model, hasil keputusan empirik membuktikan model campuran Normal A-GARCH merupakan model suaian terbaik bagi siri harian Indeks FTSE Bursa Malaysia EMAS Shariah (FBMS). Bagi kajian pemodelan pulangan dan kemeruapan, taburan campuran Normal didapati mudah dilentur, mempunyai tafsiran intuitif tersendiri bagi kelakuan rejim spesifik pasaran saham di mana ia dapat merakamkan rejim kelakuan berbeza bagi pulangan dan kemeruapan serta dapat menangani isu kemeruapan berubah mengikut masa dan kemeruapan berkelompok bagi data pulangan indeks pasaran saham. Akhir sekali, analisis risiko berdasarkan taburan campuran Normal didapati dapat mengambil kira kejatuhan dan krisis yang berlaku dalam pasaran saham Malaysia. Secara umumnya, huraian kuantitatif data empirik, bentuk taburan, gelagat pulangan serta sifat semulajadi taburan pilihan adalah amat penting untuk dikenalpasti terlebih dahulu sebelum analisis lanjut dijalankan. Tidak kurang pentingnya, aspek penilaian dan pengesahan model bagi mengesahkan kejituan keputusan yang dipilih. Kesimpulannya, taburan campuran Normal yang diusulkan dalam kajian ini dapat memberikan alternatif terbaik terhadap kajian pemodelan siri masa kewangan dan analisis risiko pasaran saham Shariah Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectSecurities -- Malaysia
dc.titlePemodelan dan analisis risiko bagi pulangan saham Malaysia menggunakan taburan campuran normal
dc.typeTheses
dc.format.pages155
dc.identifier.callnoHG5750.6.A3Z435 2017 tesis
dc.identifier.barcode003026(2017)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97909+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
408.55 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.