Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500019
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Rosmanira Ismail, Dr.
dc.contributor.authorRuzanita Mat Rani (P60767)
dc.date.accessioned2023-10-13T09:37:20Z-
dc.date.available2023-10-13T09:37:20Z-
dc.date.issued2017-07-17
dc.identifier.otherukmvital:97908
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500019-
dc.descriptionSyarikat pembuatan makanan PKS adalah bercirikan sistem pembuatan intensif buruh. Bagi sistem pembuatan intensif buruh, pengagihan operator ke pelbagai proses memainkan peranan yang penting kerana ia memberi kesan terhadap prestasi sistem. Keputusan pengagihan operator yang tidak optimum akan memberi kesan terhadap produktiviti syarikat yang mana tenaga kerja yang ada tidak digunakan sepenuhnya, masa melahu setiap operator meningkat, tempoh masa menunggu bagi setiap entiti ke setiap proses meningkat seterusnya tempoh masa pengeluaran juga akan turut meningkat. Keadaan ini akan mengakibatkan jumlah pengeluaran yang dihasilkan adalah rendah dan berlaku pembaziran dari segi kos yang digunakan. Oleh itu, objektif kajian adalah untuk membangunkan satu kaedah pembuatan keputusan pengagihan operator yang optimum. Kaedah ini dinamakan sebagai Kaedah Tiga Fasa, merupakan lanjutan Kaedah Dua Fasa daripada kajian terdahulu yang umumnya menganggap semua operator mempunyai prestasi yang sama. Kajian yang dijalankan ini melibatkan tiga fasa. Fasa 1 adalah fasa penilaian prestasi operator dengan menggunakan Kaedah Pembuatan Keputusan Pelbagai Kriteria (PKPK). Fasa 2 adalah pembangunan model simulasi dan mengenal pasti kesemua alternatif pengagihan operator dengan menggunakan rumus matematik yang dibangunkan. Seterusnya dalam Fasa 2 ini simulasi berkomputer diaplikasikan bagi menentukan input dan output bagi setiap alternatif pengagihan operator yang dicadangkan. Fasa 3 merupakan fasa terakhir, iaitu untuk memilih alternatif pengagihan operator yang optimum. Dalam Fasa 3 ini Analisis Penyampulan Data (APD) model BCC, Kecekapan Bersilang, Kecekapan Super I dan Kecekapan Super II digunakan dalam menentukan alternatif pengagihan operator yang optimum. Analisis menunjukkan bahawa kelebihan Kaedah Tiga Fasa yang dibangunkan ini berbanding dengan Kaedah Dua Fasa adalah pertama, ianya mewakili kesemua faktor penting dalam membuat keputusan berkaitan pengagihan operator iaitu dengan mengambil kira skor prestasi operator, perbezaan kemahiran dalam kalangan operator dan memilih alternatif pengagihan operator yang optimum berdasarkan ukuran prestasi. Kedua, alternatif pengagihan operator yang dikenal pasti tidak dilakukan secara manual tetapi melalui rumus matematik yang dibangunkan, dan ketiga, alternatif pengagihan operator yang dicadangkan dapat menentukan operator manakah yang akan bertugas di setiap proses. Selain daripada itu purata penggunaan masa operator dapat ditingkatkan, purata masa menunggu bagi setiap entiti ke setiap proses dan purata masa pengeluaran dapat dikurangkan. Seterusnya jumlah pengeluaran dan jumlah keuntungan syarikat dapat ditingkatkan sekiranya Kaedah Tiga Fasa dilaksanakan. Kaedah Tiga Fasa yang dibangunkan dapat membantu membuat keputusan berkenaan pengagihan operator yang optimum. Melalui Kaedah Tiga Fasa ini juga, produktiviti syarikat dapat ditingkatkan, setiap tenaga kerja yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan penggunaan kos serta masa dapat dijimatkan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectPengagihan operator
dc.subjectPembuatan keputusan
dc.subjectIndustrial productivity
dc.titleKaedah tiga fasa bagi menentukan alternatif pengagihan operator yang optimum
dc.typeTheses
dc.format.pages215
dc.identifier.callnoHC79.I52R839 2017 tesis
dc.identifier.barcode003025(2017)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97908+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
751.28 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.